Sunday, April 11

Tangan Di Bedah Angkara Kerap Ber'SMS'


Tahukah anda seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari  dari telefon bimbitnya.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.



Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Yang pasti inilah bahana yang perlu di tanggung jika kerap bermain SMS. Biasanya fenomena ini berlaku bila mana cinta berputik. Si perempuan akan ber'SMS' dengan lelaki dan lelaki akan ber'SMS' dengan perempuan. Daripada menanggung bahana tu, bak kata makcik aku, KAHWIN AJE LAA....


Adios~~~

4 comments:

  1. I think I send more than 100 msg a day too. Luckily my hands are till safe now.

    ReplyDelete
  2. betul kata makcik kamu. KAHWIN ajer...

    ReplyDelete