Thursday, April 1

Khidmat Masyarakat Ganti Hukuman Sebat Kartika?


Menurut laporan Malaysiakini, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan bekas model itu menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama 3 minggu bagi menggantikan hukuman sebat atas kesalahan minum arak 

Kartika ditangkap ketika meminum arak di khayalak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan pada Disember 2007.

Titah Baginda Sultan Pahang itu dimaklumkan kepada Kartika melalui sepucuk surat  yang memaklumkan mengenai keputusan itu. 
 
Walaubagaimanapun Kartika diperintahkan ke Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan pada 2 April 2010 ini bagi menjalani hukuman khidmat masyarakat.

Keputusan itu juga disambut baik oleh menteri berkaitan hal ehwal Islam,  Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata keputusan itu dibuat mengikut bidang kuasa Sultan Pahang.
 
Adios~~~

2 comments:

  1. hukum Allah nak di permainkn cmtu..sultan xda hak nk tukar hukum Allah dah tetap..xsnggup jlnkn hukum Allah ke..

    ReplyDelete