Pernah tak anda memulakan perjalanan jauh dengan menunggang motorsikal pada waktu malam? Kalau bukan menunggang motorsikal mungkin anda menaiki kereta, bas atau keretapi ke destinasi pilihan di malam hari. Tapi apa yang aku nak share di sini hobi terbaru aku suka memulakan perjalanan jauh dengan menunggang motorsikal pada waktu malam.
Gila ko ni!. Inilah ungkapan yang sering berkumandang bila ada yang tahu aku akan memulakan perjalanan pada waktu malam dengan menunggang motorsikal. Sebenarnya aku faham apa di fikiran mereka namun keghairahan untuk sampai ke destinasi membatasi segalanya.
Bagi aku yang bestnya perjalanan pada waktu malam ini adalah kerana cuacanya lebih sejuk, tidak jem dan best untuk melayan perasaan. Di sebalik semua itu, faktor keselamatan perlu dititikberatkan.
Bagi yang suka memulakan perjalanan pada waktu malam aku nak share sedikit tips keselamatan:-
- Pastikan kenderaan anda di servis dahulu sebelum memulakan perjalanan.
- Pastikan tekanan angin tayar mencukupi.
- Pastikan lampu kenderaan anda berfungsi sebaiknya.
- Jangan pandang belakang kerana bimbang 'ada' yang mengekori
- Kalau mengantok, berhenti berehat seketika
- Jangan pandu terlalu laju kerana bimbang jalan yang tidak sekata
- Patuhi undang-undang jalanraya
Adios~~~
thanks for the tips
ReplyDeleteModel Ekonomi Baru
Air Batu Naik