Menurut Malaysiakini, Malaysia telah kehilangan ramai tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Banyak tenaga kerja mahir Malaysia mencari rezeki di negara lain. Menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia, pada 2008 kira-kira 350,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi pengajian tinggi.
Kebanyakan pemain industri mengeluh kerana kurangnya tenaga kerja mahir yang sesuai di pasaran. Menurut mereka kebanyakan tenaga kerja yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan dan yang diperlukan oleh syarikat adalah tidak sepadan.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana negara amat perlukan pekerja mahir dalam pembangunan ekonomi negara.
Memang sukar untuk menyekat mereka berhijrah ke luar negara. Namun apa yang boleh dilakukan ialah memberi insentif yang menarik agar mereka kekal berkhidmat di negara sendiri. Selain itu lahirkan lagi ramai graduan yang memenuhi kehendak industri agar dapat menampung permintaan industri.
Adios~~~
maybe Malaysia kena fikirkan kembali untuk elakkan perkara ini berlaku di masa yang akan datang
ReplyDeleteJom Carrefour Express
Nombor Kat McD???
Pekerja mahir keluar..
ReplyDeletePekerja tak mahir pulak yang berlambak² masuk..huhuhu