Tuesday, February 1

Ariel Peterpan Di Hukum Penjara 3 Tahun 6 Bulan



Akhirnya vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Dearah Bandung 


Ariel didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi di internet membabitkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.


Ariel dan Luna Maya tidak mengaku bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel.




Di luar mahkamah, ratusan penunjuk perasaan bersedia sejak pagi untuk melakukan demonstrasi sehingga menyebabkan lalulintas menjadi sesak.


Mereka terdiri daripada dua kumpulan iaitu penyokong yang menamakan diri sebagai "Sahabat Peterpan" dan kumpulan masyarakat termasuk beberapa pergerakan radikal Islam, yang mengutuk perbuatan Ariel.


Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat semua tak kiralah anda selebriti, ahli politik atau orang biasa. Sebelum membuat sesuatu tidakan fikirkanlah dulu kesan baik buruknya...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

No comments:

Post a Comment