Baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres SeMalaysia (PMBOA) mencadangkan untuk mengenakan surcaj tol kepada setiap penumpang bas ekspres.
Walaubagaimanapun, surcaj ke atas penumpang ini hanya untuk bas ekspres yang menggunakan laluan lebuhraya yang bertol sahaja.
Cadangan ini di utarakan ekoran tindakan kerajaan menarik balik pemberian diskaun tol 50% kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari 2011.
Jika cadangan mengenakan surcaj tol itu dipersetujui kerajaan, ia tentunya membebankan pengguna yang tiada pilihan kecuali menaiki bas terbabit dengan tambang lebih tinggi.
Secara peribadi, kerajaan perlu kaji balik tindakan hentikan pemberian diskaun tol kerana tindakan itu membebankan rakyat, terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana.
Jangan salahkan rakyat kalau ramai yang tidak mahu menaiki pengangkutan awam lagi selepas ini.. Rakyat kini dah pandai menilai baik buruk..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~
No comments:
Post a Comment