Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Undian Separuh Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 telahpun diketahui. Keputusan undian Separuh Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 ini telah berlangsung di pejabat UEFA di Nyon Switzerland.


Undian separuh akhir (semi final) ini telah dibuat oleh lagenda bola sepak Portugal, Luis Figo selaku duta perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah 2014/2015 yang akan berlangsung di Lisbon, Portugal.  


Inilah dia keputusan undian Separuh Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 :-

  • Real Madrid VS Bayern Munich
  • Athletico Madrid VS Chelsea

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 22-23 April manakala separuh akhir kedua akan berlangsung pada 29-30 April.1 dan 2 April 2014 manakala suku akhir kedua akan berlangsung pada 8 dan 9 April 2014.


Ini pula keputusan undian Separuh Akhir Europa League 2014/2015 :-

  • Sevilla VS Valencia
  • Benfica VS Juventus


Jangan lupa saksikan Separuh Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) dan Separuh Akhir Europa League 2014/2015 yang pastinya menjanjikan persaingan yang menarik !

Pesawat MH370 Sah Terhempas di Lautan Hindi !



BREAKING NEWS


Pesawat MH370 sah terhempas di Lautan Hindi ! Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan MH370 terhempas di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia berdasarkan kedudukan terakhir berdasarkan analisis Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB)


Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan terakhir MH370. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.


"Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur" kata  Perdana Menteri Datuk Seri Najib.


Sebelum ini, pihak berkuasa Australia mengesan dua objek di kawasan pencarian Australia, satu berbentuk bulat dan satu lagi segi empat tepat yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.




Pihak MAS (Penerbangan Malaysia) telah memaklumkan mengenai perkembangan ini kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal.


Untuk rekod, penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.


Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Satu sidang media akan diadakan pada Selasa berhubung perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370.


Takhziah kepada semua keluarga penumpang MH370...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA DUN KAJANG


Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti  5,379 undi.


Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi.


Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.


Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.


Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.


Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.


Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.


Previous Entry :


Keputusan Pilihanraya Dun Kajang 23 Mac 2014 akan diketahui seawal 9 malam ini. Keputusan Pilihanraya Dun Kajang ini di anggap penting bagi mengetahui sejauh mana kekuatan sokongan rakyat terhadap parti dan calon yang bertanding. 


Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama melalui calonya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 


Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan.


Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.


Apa pilihan penduduk Kajang?


LAPORAN LANGSUNG


7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 13,414
BN - 8,226

Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi.

7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira

PKR - 10,187
BN - 6,494

7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang.

Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz.

7.05pm Tak rasmi - Jumlah undi setakat dari 53 saluran:

PKR - 10,070 BN
BN - 6,145
Majoriti - 5,075

6.56pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 52 saluran diperolehi

PKR - 9,892
BN - 6,075
Majoriti - 3,817

6.53pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 48 saluran diperolehi:

PKR - 9,257
BN - 5,448
Majoriti - 3,809

6.42pm Tak rasmi - Sumber PKR memberi angka menunjukkan parti itu semakin mendahului berdasarkan undi dari 45 saluran.

PKR - 8,847
BN - 5,260
Majoriti - 3,587

6.35pm Tak rasmi dari sumber PKR - Keputusan dari 39 saluran:

BN - 4,361
PKR - 7,514

6:30pm Tak rasmi - Keputusan dari 31 saluran diperolehi

PKR - 5,242
BN - 3,429

6.15pm Tak rasmi - Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum parti itu menguasai pilihan raya kecil DUN Kajang, berdasarkan pengiraan awal:

PKR - 4,239 undi
BN - 1,617
Majoriti - 2,622

Keputusan itu berdasarkan 26 dari 88 saluran pengundian, atau 33 peratus dari jumlah undi.



Berita selanjutnya akan menyusul....



Sumber : Malaysiakini



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 telahpun diketahui. Keputusan undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 ini telah berlangsung di pejabat UEFA di Nyon Switzerland.


Undian suku akhir (quater final) ini telah dibaut oleh lagenda bola sepak Portugal, Luis Figo selaku duta perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah 2014/2015 yang akan berlangsung di Lisbon, Portugal.  


Inilah dia keputusan undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 :-

  • Barcelona VS Athletico Madrid
  • Real Madrid VS Borussia Dortmund
  • Paris Saint Germain VS Chelsea
  • Manchester United VS Bayern Munich

Suku Akhir pertama akan berlangsung pada 1 dan 2 April 2014 manakala suku akhir kedua akan berlangsung pada 8 dan 9 April 2014.


Jangan lupa saksikan Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 yang pastinya menjanjikan persaingan yang menarik !



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 28) 26 Januari 2014 telahpun di ketahui. Anugerah Juara Lagu (AJL 28) 26 Januari 2014 telahpun berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan di TV3 jam 9 malam. 


Jom kita terjah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 28)

  • Juara Lagu Lagu : Hafiz - Bahagiamu Deritaku 
  • Tempat Kedua : Hyper Act - Hanya Aku
  • Tempat Ketiga: Altimet & Awi Rafael : Kalau Aku Kaya\
  • Persembahan Terbaik : Hafiz - Bahagiamu Deritaku
  • Vokal Terbaik : Jaclyn Victor - Ikut Rentakku 

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos. 


Berikut ialah senarai lagu-lagu yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL 28) :-


1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara

2. Takkan Terpisah = Black

3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz

4. Aku Pelat = Salam Musik

5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan

6. Bosan = Stacy

7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael

8. Hanya Aku = Hyper Act

9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter

10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul

11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor

12. Kau Yang Terindah = Alyah


Persembahan pembukaan tirai AJL28 yang membawakan konsep ‘battle’ vokal dan tarian oleh Shila Amzah dan Mus May manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya Waris, Dato’ M.Daud Kilau, Ziana Zain, Dali Ahli Fiqir dan Zaidi One Nation Emcees. 


Tahniah kepada Hafiz yang muncul pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 28). Tahniah juga kepada pencipta lagu Bahagiamu Deritaku, LY dan Baiduri yang mencipta lagu yang hebat ini.... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Dividen ASB untuk tahun 2013 ialah 8.7% (Dividen 7.7 Sen seunit, Bonus 1.0 Sen seunit). Dividen ASB 8.7% 2013 ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.


Nampaknya pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas iaitu 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Menurut PNB, kadar itu masih di anggap kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.


Untuk rekod, kadar dividen tahun ini bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen termasuk bonus adalah 8.6 sen seunit. Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi PNB mahu bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan.




Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.


Buat masa ini semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.


Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen sekitar 6.7% sahaja untuk 2013.


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan undian Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) pusingan kedua (16 pasukan terakhir) 2013/2014 telahpun diketahui. Undian Liga Juara Juara Eropah pusingan kedua ini telah berlangsung di Nyon, Perancis.


16 pasukan yang dipilih adalah pasukan yang muncul Juara dan Naib Juara dalam pertandingan peringkat kumpulan UEFA Champions League. 


Jom kita terjah keputusan undian Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) pusingan kedua (16 pasukan terakhir) 2013/2014 :




Nampaknya tugas berat menanti Manchester City apabila diundi menentang Barcelona. Perlawanan tumpuan yang lain adalah melibatkan Arsenal menentang Juara bertahan, Bayern Munich. Didier Drogba pula akan kembali ke Stamford Bridge bagi menentang bekas pasukannya, Chelsea. 


Perlawanan pusingan pertama (1st leg) aakan berlangsung pada 18,19,25 dan 26 Februari 2014 manakala perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 11,12,18 dan 19 Mac 2014.


Tahun ini pasukan manakah yang anda rasa akan menjulang trofi Liga Juara- Juara Eropah ? Saya pilih Barcelona....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 20) 2013



Keputusan pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 telahpun diketahui. Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 ini telah bersiaran di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013.


Siaran langsung (live streaming) AIM 2013 dapat ditonton di Astro Ria dan Astro Maya HD jam 9 malam. Era FM pula bertindak selaku radio rasmi bagi AIM 20.


Jom kita terjah senarai pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 :


Artis Baru Terbaik
  • Alex Subryn

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
  • Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
  • Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
  • Saujana – Salam Atasmu

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
  • Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)

Kulit Album Terbaik
  • Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Susuanan Muzik Terbaik Dalam Lagu
  • Bila Resah - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)

Rakaman Album Terbaik
  • Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)

Video Muzik Terbaik
  • #1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
  • Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik
  • Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)

Lagu Pop Terbaik
  • Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Hip Hop Terbaik
  • Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet 

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
  • Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)

Anugerah Kembara
  • Shila Amzah

Anugerah Sri Wirama
  • Tan Sri Tony Fernandes

Lagu Terbaik
  • Yuna - Lelaki

Album Terbaik
  • Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni 


Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013...



Velasrizal Rodiguez



Adios~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Skrin (ASK 2013) 29 November 2013 telahpun diumumkan. Anugerah Skrin (ASK 2013) 29 November 2013 ini telah bersiaran langung dari Stadium Malawati, Shah Alam , jam 9 malam dan disiarkan secara langsung (live) di TV3.


Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.


Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini.


Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2013:



KATOGERI DRAMA


1. DRAMA TERBAIK
  • Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
  • Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
  • Datin Umie Aida – Aku Bukan Malaikat

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
  • Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
  • Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
  • Erma Fatima – Aku Bukan Malaikat

7. ARTIS HARAPAN PANTENE
  • Shasha Al Khred – Kawan

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
  • Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
  • Mentua VS Menantu – Primeworks Studios


KATEGORI FILEM



10. FILEM TERBAIK
  • KIL – Grand Brilliance

11. PENGARAH TERBAIK FILEM
  • Nik Amir Mustapha – KIL

12. PELAKON WANITA TERBAIK
  • Cristina Suzanne – KIL

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
  • Shaheizy Sam – SAM

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
  • Miera Liyana – Pecah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
  • Khir Rahman – Rock OO

LAKON LAYAR TERBAIK FILEM

Nik Amir Mustafa - KIL


KATEGORI PENERBITAN DALAMAN


16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
  • Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
  • Bella (ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
  • Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
  • Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
  • Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)

22. ANUGERAH KHAS ASK 2013
  • Sebenarnya Saya Isteri Dia


Tahniah kepada semua pemenang....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu ketiga 22 November 2013 akan diumumkan sebentar nanti.Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu ketiga 22 November 2013 ini akan bersiaran langsung (live) dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan di TV3. 


Inilah dia senarai lagu yang bertanding dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu ketiga 22 November 2013 :


1. Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip) Komposer: Ly, Lirik: Baiduri

2. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) ciptaan penuh Edry Abd. Halim

3. Bosan (Stacy) Komposer: Audi Mok, Lirik: Omar K

4. Kembali (Akim Ahmad & Stacy) ciptaan penuh Akim Ahmad

5. Anugerah Hidup (Estranged) Komposer: Estranged, Lirik: Richael L. Gimbang

6. Dwihati (Yuna & Aizat) Komposer: Anas, Lirik: Aizat & Noh Salleh

7. Rumah Kita (Hujan) ciptaan penuh Noh Salleh

8. Jagalah Diri (Jaclyn Victor) ciptaan penuh Edry Abd. Halim



Inilah dia lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 28 :


1. Penglipurlara - Hazama  feat The Penglipurlara

2. Takkan Terpisah - Black

3. Bahagiamu Deritaku - Hafiz

4. Aku Pelat - Salam Music

5. In love in you - Noh Salih & Aizat Hamdan

6. Bosan - Stacy

7. Kalau Aku Kaya - Altimet Feat Awi Rafael

8. Hanya Aku - Hyper Act

9. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter

10. Sahabat - Najwa Latif, Sleeq dan Sham Kamarul

11. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor

12. Kau Yang Terindah - Alyah




Tahniah kepada semua lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 28....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu kedua 15 November 2013 telahpun diumumkan. Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu kedua 15 November 2013 ini telah bersiaran langsung (live) dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan di TV3. 

Inilah dia 10 buah lagu yang bertanding dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu kedua 15 November 2013:-


1. Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter) Komposer: Light & Bakri, Lirik: Dark

2. Kita (Forteen) ciptaan penuh Edry Abd. Halim

3. Dewi Cinta (Adira) ciptaan penuh Mohd Atlas & Aiman

4. Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Shamkamarul) Komposer: Najwa Latif, Lirik: Ika Latif

5. Adamu (Najwa Latif) Komposer: Najwa Latif, Lirik: Ika Latif

6. 5 Minit (Ramlah Ram feat. Caprice) Komposer: ID Mifzal, Lirik: B.A.M. Ariz

7. Hanya Aku (Hyper Act) Komposer: Hyper Act, Lirik: Frozen

8. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) Komposer: Omar K & Audi Mok, Lirik: Altimet

9. Aku Pelat (Salam Musik) Komposer: DJ Fuzz, Lirik: Salam, Eyzabahra & Jaytan

10: Kau Yang Terindah (Alyah) Komposer: Citra, Lirik: Erma Fatima

11. Penghibur Jalanan (Amir Jahari), ciptaan penuh Amir Jahari


Inilah dia Top 6 lagu markah tertinggi pada minggu kedua :

1. Hanya Aku = Hyper Act

2. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael

3. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter

4. Kau Yang Terindah = Alyah

5. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul

6. Aku Pelat = Salam Musik


Top 6 minggu pertama dan Top 6 minggu kedua akan bersaing markah dgn 8 buah lagu yg bakal bertanding pada minggu ketiga mm28sf. 12 buah lagu akan diumumkan pada minggu ketiga mm28sf bagi melayakkan ke #ajl28


Ini pula 6 buah lagu telah disenarai pendek pada minggu pertama untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 28 2013. Lagu-lagu tersebut ialah :-


1. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan

2. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara

3. Jangan Pergi = Loka

4. Agenda Jahiliah = Bunkface

5. Takkan Terpisah = Black

6. Permata = Alyah feat Ben



Jangan lupa sksikan Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu Ketiga 22 November 2013 bagi mengetahui lagu lain yang bakal mara ke Anugerah Juara Lagu ke 28...


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu Pertama 8 November 2013 telahpun diumumkan. Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu Pertama 8 November 2013 ini telah bersiaran langsung (live) dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan di TV3. 


6 buah lagu telah disenarai pendek untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 28 2013. Lagu-lagu tersebut ialah :-


1. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan

2. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara

3. Jangan Pergi = Loka

4. Agenda Jahiliah = Bunkface

5. Takkan Terpisah = Black

6. Permata = Alyah feat Ben



Berikut pula merupakan senarai 10 lagu yang telah bertanding pada Muzik Muzik Separuh Akhir 2013 Minggu Pertama :-


1. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan

2. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara

3. Menunggu = Akim

4. Jangan Pergi = Loka

5. Tetap Menantimu = Nomad

6. Cinta Kasih = Nubhan feat Mila

7. Tak Cuba Kembali = Asfan

8. Setia Hujung Nyawa = Fiq feat Mell Sakura

9. Agenda Jahiliah = Bunkface

10. Takkan Terpisah = Black

11. Permata = Alyah feat Ben


Jangan lupa sksikan Separuh Akhir Muzik Muzik 28 Minggu Kedua 15 November 2013 bagi mengetahui lagu lain yang bakal mara ke Anugerah Juara Lagu ke 28...


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :-


Kelantan 0-1 Pahang
  • Pahang : Martias Conti (58')


Keputusan Kelantan VS Pahang live Final Piala Malaysia 3 November 2013 menyaksikan Pahang menang sekaligus memenangi Piala Malaysia selepas menumpaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.


Pada separuh masa pertama, Pahang dilihat banyak mengasak ke kubu Kelantan namun beberapa percubaan tidak menemui sasaran. Kelantan pula dilihat tercari-cari rentak permainan dan sukar mengatasi rentak laju Pahang. Kedudukan separuh masa pertama tamat Kelantan 0-0 Pahang.


Pada separuh masa kedua Pahang terus mengasak ke kubu Kelantan dan akhirnya Pahang berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tandukan Martias Conti minit ke 58 menerusi hantaran Azamuddin Akil.


Kelantan yang tersentak dengan jaringan itu lantas mengasak kubu Pahang namun gagal mencari gol penyamaan. Kedudukan tamat dengan kedudukan kelantan 0-1 Pahang


Boleh di katakan punca kekalahan Kelantan ialah bahagian tengah Kelantan tidak berfungsi sepenuhnya. Apa-apa pun Tahniah kepada pasukan Pahang yang muncul juara Piala Malaysia !


Senarai Pemain

Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak


Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan



Previous Entry


Keputusan Kelantan VS Pahang live Final Piala Malaysia 3 November 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Kelantan VS Pahang perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini akan menentukan pasukan manakah yang layak digelar gergasi Pantai Timur.


Berdasarkan pencapaian lalu, kedua-dua pasukan itu berkongsi dua kejuaraan dengan Kelantan berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 2010 dan 2012. Pahang pula berjaya menjulang dua kali trofi keramat itu pada tahun 1983 dan 1992.


Justeru, kedua-dua pasukan ini dijangka bakal berjuang habis-habisan dalam usaha menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga sebelum Liga Malaysia (Liga M) melabuhkan tirai pada malam ini.


Di atas kertas, prestasi semasa skuad kendalian Dollah Salleh itu mampu mengimbangi rentak Kelantan biar pun skuad Kijang dilabelkan sebagai pasukan pilihan berdasarkan persembahan konsisten sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.


Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan VS Pahang yang akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.40 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Kelantan VS Pahang Live Final Piala Malaysia 3 November 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti umum (peristiwa) telah diumumkan di Kelantan dan Pahang pada 4 November 2013 (isnin) sempena Final Piala Malaysia. Pengumuman cuti peristiwa ini di buat oleh Menteri Besar Pahang dan Kelantan. 


Cuti peristiwa ini diberikan bagi membolehkan penyokong skuad bolasepak Kelantan dan Pahang merancang perjalanan pulang mereka dari Stadium Shah Alam ke negeri masing-masing tanpa perlu tergesa-gesa untuk berkerja pada hari isnin 4 November 2013. 


Perlawanan akhir Piala Malaysia yang meyaksikan pertembungan Kelantan menentang Pahang akan di adakan pada 3 November 2013 jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam. 


Buat penyokong-penyokong Kelantan dan Pahang, jagalah tingkahlaku di Stadium nanti. Jangan timbulkan kekecohan. Tang penting tampilkan semangat kesukanan. Menang kalah kan adat permainan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN PENUH :


Pahang 3-1 Sarawak

  • Pahang : Azamuddin Akil (2 gol), Matias Conti
  • Sarawak : Mohd Shahrol Saperi

Keputusan Pahang VS Sarawak Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 menyaksikan Pahang menang 3-1 ke atas Sarawak.



Previous Entry


Keputusan Pahang VS Sarawak Live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 akan diketahui malam ini. Perlawanan Pahang VS Sarawak live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 ini akan baerlangsung di Stadium Darul Makamur jam 8.40 malam. 


Di kem Pahang, kepulangan semula 2 tonggak, Razman Roslan dan Mohd. Amirulhadi Zainal yang selama ini dikhabarkan cedera, memberi suntikan semangat tambahan buat skuad Tok Gajah. Selepas badi 9 tahun tidak pernah berada di separuh akhir telah ditamatkan, kini anak-anak buah Dollah Salleh cukup bersemangat untuk mengakhiri penantian tidak pernah menjejak kaki ke pentas akhir sejak 1997.


Kekuatan maksium memang diperlukan Pahang untuk berdepan Sarawak yang memiliki jentera serangan berbisa, diterajui Muamer Salibasic. Jika Muamer dikawal ketat, Sarawak masih memiliki Bobby Gonzales yang semakin taja jika Damion Stewart atau Razman lalai mengawal kubu Tok Gajah.




Satu lagi kekuatan yang boleh membantu Bujang Senang adalah kekuatan di bahagian pertahanan yang dikawal dua orang lama, Mohd. Hairol Mokhtar dan Ronny Harun. Kekuatan fizikal Junior Eldstal di bahagian tengah pasti menyulitkan Hafiz Kamal atau Azidan Sarudin untuk merencana serangan ke ara kubu Sarawak.


Siaran langsung (live) Pahang VS Sarawak separuh akhir Piala Malaysia akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Pahang VS Sarawak separuh akhir pertama Piala Malaysia akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Planet Muzik (APM 2013) telahpun di ketahui. Jom kita terjah senarai pemenang Anugerah Planet Muzik (APM 2013) :-

  • Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
  • Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza)
  • Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
  • Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
  • Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
  • Artis Lelaki Terbaik: Judika
  • Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
  • Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (Muara Hati)
  • Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
  • Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
  • Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)\
  • Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
  • Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
  • Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
  • Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
  • Ikon Media Sosial: SleeQ\
  • Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
  • Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone


Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Planet Muzik (APM 2013)....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :-


ATM 1-2 Kelantan

  • ATM : Christie Jayaseelan (19')
  • Kelantan : Badri Radzi (15'), Nor Farhan Mohammad (79')


Keputusan ATM VS Kelantan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia menyaksikanATM kalah 1-2 ke atas Kelantan yang berlangsung di Stadium Selayang. 


ATM menguasai permainan pada 12 minit pertama, dengan melakukan serangan seawal permainan apabila menyaksi lorongan Bruno Martelotto tepat ke kaki Fitrie Omar, namun cubaan itu tersasar.


Bagaimanapun, Kelantan yang turun beraksi sebagai juara bertahan, bangkit menyaingi corak permainan ATM dengan mengatur strategi lebih baik dan pada itu kapten pasukan, Badri Radzi berjaya menyudahkan bola muntah hasil cubaan Zairul Fitree pada minit ke-15.


Hanya 4 minit mendahului kedudukan, Christie Jayaselan menyamakan jaringan hasil daripada gerakan solo sebelum melepaskan rembatan sempurna ke arah pintu gol, Khairul Fahmi Che Mat.




Peluang terakhir ATM beraksi di tempat sendiri ini gagal digunakan sebaiknya apabila Norfarhan Muhammad berjaya meletak pasukan Kelantan di depan pada minit ke-79 selepas tiga cubaannya sebelum ini tidak tepat ke gawang Farizal Harun.


Keputusan 2-1 itu kekal ke wisel akhir permainan sekaligus menyaksikan tugas sukar buat skuad kendalian B.Sathianathan menjelang kunjungan mereka ke Kelantan pada 25 Oktober ini bagi perlawanan timbal balik.


Pun begitu, pasukan Bojan Hodak ini pastinya akan lebih berwaspada dengan percaturan terbaru ATM dan ini juga peluang terakhir skuad Kelantan untuk menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut.


Nampaknya Kelantan berkelebihan untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Namun masih ada 90 minit di Kota Bahru. Apa-apa pun boleh berlaku...



Previous Entry 


Keputusan ATM VS Kelantan live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 (18 Oktober 2013) akan diketahui malam ini. Perlawanan ATM VS Kelantan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2013 ini akan berlangsung di Stadium Selayang jam 8.45 malam.


ATM dibarisi beberapa pemain 'kuda tua' namun kaya dengan pengalaman dan mara ke separuh akhir dengan menundukkan Juara Liga Super, Lions XII.  


Sementara itu Kelantan mempunyai sebuah skuad yang seimbang daripada segenap aspek, menjadikan perlawanan yang bakal bermula 8.45 malam ini pasti mendebarkan untuk ditonton.


Di atas kertas, Kelantan nampaknya dilabel sebagai pasukan pilihan selepas menjinakkan Johor Darul Takzim (Johor DT), 6-1 pada suku akhir kedua tetapi pengendali Kelantan, Bojan Hodak tidak rela anak-anak buahnya lena dibuai mimpi memandangkan ATM bukanlah calang-calang pasukan.


Siaran langsung (live) ATM VS Kelantan Separuh Akhir Pertama akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) ATM VS Kelantan Separuh Akhir Pertama 2013 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Sinopsis Dan Review KL Gangster 2 2013



Kali ini nak share dengan dengan ada semua sinopsis dan review filem KL Gangster 2 2013. Filem KL Gangster ini sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2013. 


KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011)


KL Gangster 2 adalah filem paling mahal terbitan Skop Production dengan melibatkan kos sebanyak RM4.5 juta (kos ini juga telah tersasar dari bajet asal sebanyak RM3 juta) dan telah menggunakan 320 gulung filem (paling banyak) dalam sejarah terbitan filem-filem Skop Production dan filem Melayu


Filem ini dibintangi oleh pelakon utama antaranya Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak, Syamsul Yusof dan ramai lagi.


Jom kita terjah sinopsis filem KL Gangster 2 2013

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.
Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.
Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.
Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.
Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.
Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.
Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Ini pula review filem KL Gangster 2 pula :


  • Penuh dengan aksi dan sepanjang tayangan, KL Gangster 2 tidak menunjukkan sebarang rasa bosan. Mata akan sentiasa segar menyaksikan aksi-aksi yang ditunjukkan para pelakon-pelakonnya.
  • Elemen pertempuran, perlanggaran kereta, dan pelbagai aksi lasak yang telah diangkat ke satu tahap baru bagi menampakkan elemen realistik dan dramatik bolehlah dianggap setaraf filem Korea dan Jepun.
  • Menampilkan teknik imej janaan komputer (CGI) yang berkesan dan kemas, namun, elemen kekeluargaan turut ditampilkan bagi menyakinkan penghayatan para penonton.
  • Watak Abang Long Fadil (Zizan Razak) mengundang tawa hilai penonton dalam setiap babak yang melibatkannya dengan watak poyo yang berlagak hebat tetapi tidak pandai berlawan. 
  • Memang tidak dinafikan lakonan Rosyam Nor untuk filem ni membuktikan pelakon lama masih berbisa dan hebat. Lakonannya tampak cukup kemas dalam babak pertarungan dan karakter itu menjadi seperti seorang lelaki yang kejam dan psiko.
  • Walaupun watak Tailong lakonan Rosyam Nor dilihat menjadi namun pakaian beliau dalam filem ini tidak menampakkan beliau seorang gangster kerana kerap memakai baju kemeja putih.
  • Filem ini tidak menunjukkan bagaimana dan kenapa Ajib (Sofi Jikan) dari kumpulan King menyertai kumpulan Dragon dalam KL Gangster 2011.


Kalau nak tahu sendiri kesudahan filem ini bolehlah tonton di pawagam-pawagam yang berdekatan. Secara overall saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Dividen AS1M 2013 adalah 6.70 sen seunit ! Dividen Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) 2013 untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2013 meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit untuk 2012.


Agihan pendapatan akan melibatkan pembayaran sebanyak RM593.06 juta, peningkatan 30.9% berbanding pembayaran jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM453.03 dan akan memanfaatkan seramai 365,355 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 9.28 bilion unit AS1M.


AS1M mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM723.93 juta, dengan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM405.99 juta atau 56.1% manakala baki RM128.15 juta atau 17.7% lagi diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.


Bagi yang belum tahu, AS1M merupakan dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dengan 50% saiz yang diluluskan dibuka untuk pelabur Bumiputera, 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% untuk kaum India dan selebihnya untuk rakyat Malaysia yang lain.


Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, semua urus niaga AS1M di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 September sehingga 30 September. Semua pengagihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Oktober.


Bagi yang belum tahu, pengiraan pengagihan pendapatan AS1M adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana...


Dengar cerita tak lama lagi ASB 2 akan dilancarkan untuk memperkasakan gologan bumiputera. Walaubagaimanapun ia masih dalam peringkat perbincangan. Sama-samalah kita tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Harga baru petrol RON95 mulai 3 September 2013 ialah RM2.10 seliter, naik 20 sen manakala hara baru diesel pula ialah RM2.00 seliter. Harga baru petrol RON95 dan diesel mulai 2013 ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.


Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.


Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014. 




Agaknya kenapa ya kerajaan menaikkan harga petrol ? Adakah kerana kerana harga pasaran minyak dunia meningkat gara-gara ura-ura Amerika akan menyerang Syria atau berpunca melihatkan kepada keadaan ekonomi Malaysia yang akan terus tidak menentu dek kerana pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.


Yang pastinya mulai malam ini kebanyakan stesen minyak mula diserbu pemilik kenderaan. Keadaan di stesen minyak bagaikan suasana di rumah terbuka Aidilfitri namun masing-masing cuba memenuhkan tangki kenderaan sebelum harga baru berkuat kuasa.


Mungkin ada sesetengah pihak akan berkata inilah hadiah terbaik dari kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia yang sudi mengundi mereka semasa Pilihanraya baru-baru ini. Itu belum lagi dengan perkenalan GST dan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan tak lama lagi. 


Dua puluh sen dari harga sebelum ini RM1.90 adalah dalam 10.5%. Kalau sekarang anda isi minyak untuk cover 5 hari bekerja rm50, lepas ini akan jadi RM55.25.  Penambahan sebanyak RM5.25 seminggu, kalau 4 minggu sebulan so penambahan kos minyak sebanyak RM21 sebulan. Banyak tu...


P/S : Sama-samalah kita merasai kesan domino dari kenaikan harga minyak petrol ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget