Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 2012



Senarai lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 2012 telah pun diumumkan. Senarai lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 telah diumumkan di Ecoba, Menara Bata, Damansara Perdana.


30 buah lagu yang layak ke Separuh Akhir bakal berentap menerusi 3 pusingan yang akan berlangsung pada hari Ahad jam 9.00 malam bermula 11hb hingga 24hb November 2012 bagi menempah tempat ke Anugerah Juara Lagu 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013.


Jom kita terjah  30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-27:


1. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

2. Sesaat Kau Datang
Artis : Ramlah Ram & Sleeq
Komposer : ID Mifzal
Penulis Lirik : Zie Syafruddin

3. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari

4. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

5. Angkasa
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Diandra Arjunaidi

6. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi

7. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah

8. Tapi Bagaimana
Artis : Spider
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : M.Nasir

9. Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal

10. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram

11. Terlalu Mencintaimu
Artis : Suki
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Jeremy Chong

12. Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

13. Mesti Ada Cinta
Artis : Akim dan Fiq
Komposer dan Penulis Lirik : Kuncidemak

14. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat

15. Sebelah Jiwaku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

16. Aku Datang
Artis dan Komposer : Tomok
Penulis Lirik : Rafidah Abdullah

17. Jerrypah
Artis dan Penulis Lirik : Aizat
Komposer : Anas dan Aizat

18. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna

19. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan

20. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

21. Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul

22. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

23. Beginilah Caranya
Artis : Shaheizy Sam
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

24. Harapan
Artis dan Komposer : Hyper Act
Penulis Lirik : Frozen

25. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

26. Panik
Artis : Bunkface
Komposer dan Penulis Lirik : Sam Bunkface

27. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

28. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique

29. Aku Suka Dia
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Ainan Tasneem

30. Majnun
Artis : Hazama
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Audi Mok / Omar K


Hmm memang banyak lagu yang best-best terpilih kali ini. Kalau tahun lepas, lagu Awam Nano menjadi juara, siapa pula yang akan dijulang pada tahun ini ?....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :


Chelsea 2-3 Manchester United

  • Chelsea : Juan Mata (44'), Ramires (53')
  • Manchester United : David Luiz (own goal) (4'), Robin Van persie (12'), Javier Hernandez (75')

Keputusan Chelsea VS Manchester United 28 Oktober 2012 Liga Perdana Inggeris menyaksikan Chelsea kalah 2-3 ke atas Manchester United dalam perlawanan yang penuh kontroversi.


Pada separuh masa pertama, Manchester United mendahului 0-2 menerusi gol sendiri David Luiz dan Robin Van Persie dalam permainan yang di dominasi Manchester United.


Chelsea berjaya mendapat rentak permainan menjelang hujung babak pertama. Akhirnya helsea berjaya merapatkan kedudukan menerusi Juan Mata menerusi sepakan percuma yang cantik menewaskan David De Gea di gawang United. Kedudukan separuh masa pertama Chelsea 1-2 Manchester United.


Separuh masa kedua, Chelsea berjaya merapatkan kedudukan 2-2 apabila Ramires menanduk gol penyamaan untuk Chelsea. Permainan dilihat semakin rancak apabila kedua dua pasukan saling mengasak.


Malang menimpa Chelsea apabila pengadil melayangkan kad merah kepada Branislav Ivanovic dan Fernando Torres lalu menyaksikan Chelsea terpaksa bermain dengan 9 pemain di atas padang.


Manchester United berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-3 menerusi Javier Hernandez ketika kucar kacir di depan pintu gol Chelsea. Walaupun pengadil mengesahkan gol namun kamera menunjukkan Hernandez pada kedudukan offside.


Kedudukan 2-3 itu kekal sehingga tamat 90 minit permainan. Chelsea akhirnya mengalami kekalahan pertama liga musim ini. Walaubagaimanapun Chelsea masih di takhta liga diekori rapat Manchester United dan Manchester City dengan perbezaan 1 mata...  


PREVIOUS ENTRY


Keputusan Chelsea VS Manchester United live 28 Oktober 2012 Liga Perdana Inggeris (English Premier League) akan diketahui malam ini apabila kedua-dua pasukan elit Inggeris ini bertembung di Stamford Bridge.


Chelsea kini selesa sebagai peneraju liga dengan rekod tanpa kalah dalam liga manakala Manchester United menghuni di tangga ke 3 dalam liga dan sudahpun mengalami 2 kekalahan iaitu kepada Everton dan Tottenham Hotspur.


Inilah dia kesebelasan utama (starting line up) yang mungkin diturunkan kedua-dua pasukan :-




Perlawanan Chelsea VS Manchester United 28 Oktober 2012 Liga Perdana Inggeris ini akan bersiaran langsung di Astro Sport 3 saluran 817 jam 11.55 malam. 



Untuk menonton perlawanan Chelsea VS Manchester United 28 Oktober 2012 secara live streaming, sila klik link di bawah ini :-



Keputusan (result) Chelsea VS Manchester United 28 Oktober 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012



Senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2012 telahpun diumumkan baru-baru ini. Senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2012 ini diumumkan dalam majlis pelancaran program Maharaja Lawak Mega di Suria on 12, Tingkat 12, Royale Bintang Damansara.


Jom kita terjah  Senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2012 :-


Malaysia: 
  • Pi Mai (Imuda dan Mat Over) 
  • Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
  • Jozan (Johan dan Zizan)
  • Sabon (Abon dan Sathia)
  • Jambu (Taukeh dan Yus),
  • R2 (Rahim dan Wan Lopez) 
  • Shiro (Shahrol dan Ajak).

Indonesia: 
  • Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) 
  • The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)

Singapura: 
  • Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin)



Sementara itu, 3 lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM yang akan menentukan siapakah akan layak bertanding sebagai peserta kesebelas program itu.


Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 14 November depan pada pukul 10 malam. Maharaja Lawak Mega kali ini akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.


Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70% daripada juri tetap dan 30% daripada undian penonton.


Buat peminat Maharaja Lawak Mega jangan lupa saksikan program ini yang akan bersiaran secara langsung (live) bermula 16 November 2012, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Cuti Hari Raya Aidiladha 26 - 28 Oktober 2012



Cuti Hari Raya Aidiladha kali ini ialah dari 26 - 28 Oktober 2012 (jumaat, sabtu dan ahad). Hari Raya Aidiladha atau turut dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji 2012 jatuh pada 26 Oktober 2012.


Oleh itu cuti Hari Raya Aidiladha kali ini adalah selama 3 hari (jumaat, sabtu dan ahad). Walaupun hari khamis (25 Oktober 2012)  masih lagi hari berkerja namun ramai yang mengambil cuti pada hari khamis untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Korban ini.


Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan akan bergerak perlahan terutamanya yang menuju ke utara dan pantai timur apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha.


Maklumlah Hari Raya Korban di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan di utara Malaysia disambut meriah malah lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri. 


Memandangkan cuti hanya 3 hari ada dikalangan kita tidak pulang ke kampung halaman lalu menyambut Hari Raya Haji di Ibukota sahaja. 


Jalanraya dijangka kembali sesak pada hari ahad, 28 Oktober 2012 apabila ramai yang akan pulang ke ibukota. Maklumlah hari Isnin ramai yang akan kembali berkerja.  


Tak kiralah di mana anda berada menyambut Hari Raya Korban ini yang penting sama-samalah kita meraikannya dan sama-sama nenjalani ibadah Korban....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Harga Baru Rokok Mulai 22 Oktober 2012 : Naik 20 Sen !



BREAKING NEWS


Harga rokok naik 20 sen bermula 22 Oktober 2012 ini. Harga baru rokok yang naik 20 sen bermula 22 Oktober 2012 adalah seperti berikut :-

  • Rangkaian DUNHILL RM10.20
  • Rangkaian KENT RM10.20
  • Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
  • Rangkaian PALL MALL RM8.70
  • PALL MALL Biasa RM10.60
  • BENSON & HEDGES RM10.20
  • LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
  • ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

Kenaikan harga rokok sebanyak 20 sen ini diumumkan oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) setelah dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26% ke 58% berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. Oleh itu cukai eksais dan jualan telah dinaikkan.  




Untuk rekod, sebelum ini kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah pun menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok hanya bermula pada paras harga RM7 sejak 1 September 2012 dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.


Antara tujuan kenaikan harga rokok ini dilaksanakan ialah :

  • Mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.
  • Membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

Secara peribadi saya merasakan menaikkan harga rokok BUKANLAH cara paling TERBAIK untuk membendung gejala merokok di Malaysia kerana :- 

  • Walaupun harga naik tinggi mana sekalipun, akan muncul akhirnya perokok lain. Manakala perokok tegar pula akan mencari jalan alternatif lain untuk mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan termasuklah mendapatkan rokok seludup.
  • Hari ini bekalan rokok boleh dapat dengan mudah. Banyak kedai yang jual rokok. Kalau betul nak bendung gejala merokok hadkan penjualan rokok pada tempat-tempat tertentu sahaja. Jikalau arak boleh dilaksanakan undang-undang ini, rokok pun boleh.
  • Walaupun kerajaan menghadkan iklan-iklan rokok di kaca televisyen dan media-media massa yang lain, namun banyak kedai-kedai yang menjual rokok mengantung poster-poster yang mempromosi rokok. Kan sama je. Sepatutnya poster-poster rokok di kedai-kedai itu turut di HARAMkan.  

Mungkin ada beberapa cadangan diatas tak dapat dilaksanakan oleh kerajaan sebab bimbang pengeluar rokok akan 'lari' jika peraturan terlalu ketat dilaksanakan. Bila syarikat-syarikat rokok ini lari maka hilanglah sumber cukai kerajaan. Tapi bila difikirkan balik mana lagi penting bagi kerajaan, kesihatan rakyat atau keuntungan cukai. Jawapannya ada pada kerajaan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



BREAKING NEWS


Zulfahmi Khairuddin raih tempat ke 2 GP Malaysia! Zulfahmi Khairuddin yang meraih tempat ke 2 GP Malaysia mencipta sejarah sebagai pelumba tempatan pertama meraih podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 21 Oktober 2012. 


Inilah dia keputusan Moto3 GP Malaysia 2012 mengikut kedudukan podium :-

  • No 1 : Sandro Cortese, Red Bull KTM Ajodari (40:54.123s)
  • No 2 : Zulfahmi Khairuddin, AirAsia-Sic-Ajo (40:54.152s)
  • No 3 : Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger (40:54.370s)

Tahniah Zulfahmi Khairuddin. Selepas ini pasti ramai yang menjadikan beliau ikon baru sukan permotoran negara. Harap beliau tidak leka dan terbuai-buai dengan kejayaan ini. Jauh lagi perjalanan karier beliau....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Senarai calon pemenang Shout Awards 2012 telahpun diumumkan baru-baru ini. Senarai calon pemenang Shout Awards 2012 diumumkan di Vertigo, The Gardens, Mid Valley. 


Shout Awards 2012 akan diadakan di tempat terbuka iaitu di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 23 November 2012 jam 8.30 malam dan akan bersiaran langsung (live) di 8TV.


Berikut senarai penuh pencalonan akhir Shout Awards 2012 :- 


Muzik


Rockstar Award 

A1 – Bunkface
A2 – Estranged
A3 – Faizal Tahir
A4 – Hujan
A5 – Love Me Butch
A6 - Monoloque

Popstar Award

B1- Aizat
B2 -Datuk Siti Nurhaliza
B3 -Hafiz
B4 - Jaclyn Victor
B5- Najwa
B6 -Yuna

Power Vocal Award

C1 Azlan & The Typewriter
C2 - Black
C3 - Faizal Tahir
C4 - Jaclyn Victor
C5 - Shila Amzah
C6 - Yuna

Flava Award

D1 - Altimet/Joe Flizzow/SonaOne
D2 - Black/Malique
D3 - Malique/Jamal Abdillah
D4 - Malique/Rabbani
D5 - Mizz Nina
D6 - Zizan & Kaka

Music Video Award

E1 - Mizz Nina
E2 - Najwa
E3 - One Buck Short
E4 - Shila Amzah
E5 - The Azenders
E6 - Yuna

Break Out Award 

F1- Diandra Arjunaidi
F2 - Go Gerila
F3 - Kyoto Protocol
F4 - Massacre Conspiracy
F5 - Najwa
F6 - Oh! Chentaku


TV & Filem


Best On Screen Chemistry Award Shout Awards:

 G1 - Awie/Johan/Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah)
 G2 - Zizan/AaronAziz (KL Gangster)
 G3 - Remy Ishak/Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie)
 G4 - Aaron Aziz/Maya Karin (Ombak Rindu)
 G5 - Josiah Hogan/Iedil Putra (Projek Pop)
G6 - Johan/Zizan (Raja Lawak 6)

Fresh TV Series Award

H1 - Betul Ke Bohong
H2 - Friday I’m In Love
H3 - Projek Pop
H4 - Tentang Dhia
H5 - Versus
H6 - Yuna – Bintang Di Langit

Breakthrough Local Feature Award

J1 – Bunohan
J2 - Hantu Kak Limah Balik Rumah
J3 - Hikayat Merong Mahawangsa
J4 - Nur Kasih The Movie
J5 - Ombak Rindu
J6 - Songlap

Favourite TV Program Award

K1 - Anugerah Juara Lagu 26
K2 - Karoot Komedia X (Raya)
K3 - Maharaja Lawak Mega (Final)
K4 - Showdown 2012
K5 - Super Spontan
K6 - Versus-Konfrontasi Terakhir

Favourite TV Personality Award

L1 - Adibah Noor (Super Spontan)
L2 - Hafiz Hatim (Showdown 2012)
L3 - Henry Golding (Welcome To The Rail World)
L4 - Johan (Raja Lawak 6)
L5 - Razif Hashim (Best In The World)
L6 - Zizan (Raja Lawak 6)


Radio


Coolest Radio Announcer Award

M1 - Faizal Ismail (Hot FM AM Crew)
M2 - Fara Fauzana (Hot FM AM Crew)
M3 - Hafiz Hatim (Fly FM Pagi Rock Crew)
M4 - Hunny Madu (Fly FM Malaysia’s Hottest Music)
M5 - Nabil Ahmad (Ceria Pagi Di Suria)
M6 - Phat Fabes (Fly FM The Phat Faves & Ben Show)

Favourite Radio Show Award

N1 - 33RPM
N2 - Dansa Era Bersama Nazpoleon, G & DJ Fuzz
N4 - Fly FM Stripped
N5 - Fly FM Pagi Rock Crew
N6 - Fly FM The Phat Fabes & Ben Show
N7 - Top 5 Panggilan Hangit


Works


Hot Chick Award

P1 - Nur Fazura
P2 - Lisa Surihani
P3 - Marion Caunter
P4 - Maya Karin
P5 - Nora Danish
P6 - Scha AlYahya

Hot Guy Award

Q1 - Aaron Aziz
Q2 - Hans Isaac
Q3 - Henry Golding
Q4 - Remy Ishak
Q5 - Shaheizy Sam
Q6 - Zizan Razak


Social Media


Wired Celebrity Award:

R1 - AG Coco (@AGCoco)
R2 - Celepets (@DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @dynasCLPT, @AishahJennifer, @CCSerenaCC)
R3 – Altimet (@altimet)
R4 - Fatimah Abu Bakar (@fatibee)
R5 - Sofia Jane (@MemHanyut)
R6 - Yuna (@yunamusic)

Shout! Aloud Award

S1 - Faradyable
S2- iniAnwarHadi
S3 - JinnyboyTV
S4 - Matluthfi90
S5 - Popteevee
S6 - The WKND


Untuk maklumat lanjung sila kunjungi laman sesawang www.shoutawards.com.my.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Kelantan muncul Juara (pemenang) Piala Malaysia 2012 ! Kelantan muncul Juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 dalam Final Piala Malaysia yang berlansung di Stadium Shah Alam 20 Oktober 2012.


Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain berhati-hati sehingga perlawanan sedikit hambar. Kelantan mendahului 1-0 apabila NorShahrul Idlan Talaha pada minit ke 43'. Tamat separuh masa pertama Kelantan 1-0 ATM.


Separuh masa kedua menyaksikan ATM kembali mendapat rentak apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya (48') namun kedudukan tidak bertahan lama apabila Kelantan kembali dihadapan sekali lagi menerusi NorShahrul Idlan (49').


ATM yang semakin terdesak menjaringkan gol akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Marlon Alex James (61'). Perlawanan semakin sengit apabila menghampiri 90 minit masa permaianan.


Tamat 90 minit permainan kedudukan terikat 2-2. Perlawanan terpaksa diteruskan dalam masa tambahan. Kelantan berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Indra Putra pada minit ke 96'.


ATM terus mengasak ke kubu Kelantan untuk memburu gol penyamaan. Keadaan tegang beberapa kali berlaku apabila pemain ATM mendakwa pemain Kelantan melambat-lambatkan permainan.


Tamat 120 minit permainan, Kelantan diumumkan Juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2.


Tahniah yang Kelantan yang muncul Juara Treble musim 2012 ini (Juara Liga Super, Juara Piala FA, Juara Piala Malaysia) !

  • Juara Piala Malaysia : Kelantan
  • Naib Juara Piala Malaysia : ATM
  • Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : NorShahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Pasukan Fair Play : Kuala Lumpur




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~   

Keputusan Kelantan VS ATM Live Final Piala Malaysia 2012



KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS ATM FINAL PIALA MALAYSIA :


Kelantan 3-2 ATM
  • Kelantan : NorShahrul Idlan Talaha (43'), (49'), Indra Putra (96')
  • ATM : Rezal Zambery Yahya (48'), Marlon Alex James (61')

Keputusan Kelantan VS ATM Live Final Piala Malaysia 2012 menyaksikan Kelantan menang 3-2 mengalahkan ATM dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam.


Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh NorShahrul Idlan Talaha (2 gol) dan Indra Putra manakala gol-gol ATM dijaringkan oleh Rezal Zambery Yahya dan Marlon Alex James.


Tamat 90 minit perlawanan keputusan terikat 2-2. Kedua-dua pasukan telah berentap dalam masa tambahan untuk menentukan pasukan mana yang akan menjulang Piala Malaysia.


Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra minit 96' masa tambahan sekaligus menamatkan perjuangan ATM untuk merangkul Piala Malaysia.


Tahniah Kelantan yang muncul Juara Piala Malaysia 2012...


P/S : Dah habis game jom minum Nescafe dulu.


PREVIOUS ENTRY


Keputusan Kelantan VS ATM Live Final Piala Malaysia 2012 akan diketahui malam ini. Perlawanan akhir Kelantan VS ATM Piala Malaysia ini akan menyaksikan hanya pasukan yang terunggul akan menjulang piala berprestij bolasepak di Malaysia.


Kelantan menewaskan Selangor dengan aggregat 3-0 pada separuh akhir untuk mara ke Final Piala Malaysia manakala ATM menepikan Lions XII menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 secara aggregat untuk mara ke perlawanan akhir.


Jika Kelantan menang dalam perlawanan ini maka Kelantan muncul Juara treble musim ini. Untuk rekod, The Red Warriors sudahpun selepas menjulang trofi Piala FA dan Liga Super untuk musim 2012 ini.


ATM (Angkatan Tentera Malaysia) atau digelar 'Manchester City Malaysia' ialah Juara Liga Perdana musim 2012. Jika menang dalam perlawanan akhir ini maka ini trofi kedua yang ATM menangi musim ini. 


Jangan lupa saksikan siaran langsung dari Stadium Shah Alam, Kelantan VS ATM Final Piala Malaysia 2012 (20 Oktober 2012) di TV1 dan Astro Arena saluran 801. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Kelantan VS ATM Live Final Piala Malaysia 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Diskaun 50% Tiket KTM Komuter : Kad Komuter 1Malaysia



Diskaun 50% tiket KTM Komuter akan diberikan mulai 1 November 2012 - 31 Oktober 2013 melalui kad Komuter 1Malaysia. Pemberian diskaun 50% tiket KTM Komuter ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. 


Pemberian diskaun 50% tiket KTM Komuter ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.


Golongan ini layak mendapat diskaun untuk tempoh setahun mulai 1 November ini sehingga 31 Oktober tahun depan. Untuk rekod, sebelum ini, diskaun itu dinikmati oleh golongan OKU, pesara dan pelajar sahaja. 


Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan kad Komuter 1Malaysia sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak dan borang permohonan boleh didapati di semua stesen komuter serta laman web KTMB. 


Memang bagus diskaun yang diberikan ini yang pastinya dapat meringankan beban pengguna Komuter terutama bagi yang berpendapatn rendah. Maklumlah kos sara hidup kian meningkat setiap tahun.


Cumanya pihak KTMB tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana proses memohon kad Komuter 1Malaysia. Adakah perlu bawa penyata pendapatan untuk memohon ? 


Apa-apapun yang penting keselesaan dalam koc perlu dititikberatkan. Maklumlah bila dah bagi diskaun ni mesti lagi ramai yang menggunakan perkhidmatan komuter. Rasanya ramai dah 'busuk' bila sampai di ofis setiap pagi selepas bersesak-sesak dalam koc....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Sinopsis Filem Lagenda Budak Setan 2 'Katerina'



Kali ini nak share dengan anda semua sinopsis filem Lagenda Budak Setan 2 'Katerina'. Filem Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' akan menemui penonton pada 29 November 2012 ini.


Sinopis filem Lagenda Budak Setan 2 'Katerina'

6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.


Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri.

Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah.

Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam.

Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya..

Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya.

Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran.

Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar.

Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi.., tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya.


Kepada peminat filem romantik jangan lupa tonton filem ini di pawagam mulai 29 November 2012. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Tarikh Hari Raya Aidiladha 2012 jatuh pada 26 Oktober 2012 (10 Zulhijjah 1433). Tarikh Hari Raya Haji atau dikenali sebagai Hari Raya Korban ini telah diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.


Oleh itu, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober 2012. Jom ikuti petikan ucapan pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha 2012 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad :-

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari jumaat, 26 Oktober 2012,"

Dengan pengumuman awal ini maka bolehlah umat Islam melakukan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya Haji kali ini... Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat Islam di Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti umum di Kelantan pada 21 Oktober 2012. Cuti umum 21 Oktober 2012 ini adalah sempena Final Piala Malaysia yang menemukan Kelantan VS ATM di Stadium Shah Alam. 


Keputusan memberi cuti pada 21 Oktober 2012 (Ahad) tersebut tanpa mengira sama ada 'The Red Warriors' kalah atau menang adalah sebagai hadiah kepada penyokong terutamanya bagi ribuan peminat dari negeri ini yang akan turun ke Shah Alam.


Menurut sumber, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu penyokong terpaksa tergesa-gesa pulang selepas perlawanan memandangkan Ahad adalah hari bekerja bagi negeri Kelantan.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berharap penyokong yang akan memenuhi kerusi stadium berkelakuan baik dan dapat menjaga nama negeri Kelantan.


Dengar cerita kerajaan negeri juga bercadang memberi cuti peristiwa tambahan sehari lagi jika pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Untung betul rakyat Kelantan.. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kini Perodua menawarkan skim pembelian Kereta Perodua untuk pelajar tahun akhir IPTA & IPTS melalui kempen ‘What’s Up Graduate!’.


Objektif skim ini ialah bagi membolehkan para pelajar dan graduan yang baru saja menamatkan pengajian memiliki kenderaan sendiri melalui pakej mampu milik dan mudah.


Tawaran pembelian Kereta Perodua untuk graduan tahun akhir IPTA & IPTS ini bermula dari 1 Oktober 2012 hingga 31 Mac 2013 menawarkan :-

  • Bayaran ansuran bulanan serendah RM299.00
  • Kursus pemanduan percuma bernilai RM1,000.00 apabila mereka membeli kenderaan Perodua pertama mereka.
  • Perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM20,000.00 untuk pembeli.
  • Diskaun 50% untuk tempoh 2 tahun apabila melakukan servis kenderaan Perodua mereka di mana-mana 170 pusat servis Perodua di seluruh negara (mengikut terma dan syarat).

Apa pendapat anda tentang tawaran pembelian Kereta Perodua untuk graduan tahun akhir IPTA & IPTS ini? 


Secara peribadi saya merasakan objektif utama kempen ini ialah menaikkan jualan kereta Perodua yang agak lembab akhir-akhir ini. Caranya ialah dengan mensasarkan kepada golongan siswa siswi yang AKAN membeli kereta bila mereka berkerja nanti. 




Namun saya lihat cara ini lebih menguntungkan Perodua tetapi tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada pelajar itu sendiri. 


Mungkin beberapa persoalan disini perlu diteliti oleh Perodua dan pelajar yang mahu beli kereta itu:- 

  • Tiada jaminan pelajar akan terus ditawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Oleh itu bagaimana hendak membayar ansuran?
  • Bilangan orang muda yang bankrup sudah ramai ketika ini. Kempen ini mungkin dapat menambahkan lagi golongan muda yang bankrup akibat menanggung hutang.
  • Adakah peluang pekerjaan terhidang begitu luas kepada kelompok pelajar ini sehingga ditawarkan untuk beli kereta baru ini? Jika ya mengapa permohonan KPLI sehingga berpuluh ribu setiap tahun?
  • Kalau pelajar ini terpaksa extend bagaimana? Pada masa itu, sudah ada tanggungan hutang kereta? Itu belum kira hutang PTPTN.
  • Kalau pelajar dapat CGPA bawah 2.00 maka duit PTPTN terpaksa dibekukan untuk semester seterusnya oleh itu bagaimana untuk membayar ansuran kereta? Tak pasal-pasal nama akan disenaraihitamkan.  
  • Jika pelajar GAGAL membuat bayaran maka penjamin (guarantor) yang akan kena. Biasanya ibubapa, adik beradik dan saudara mara yang menjadi penjamin. Ini seolah-olahnya seperti penjamin atau ibubapa siswa itulah yang beli kereta sebenarnya. 

Memanglah bayaran ansurannya murah. Ini namanya skim belon. Mula-mula murah lama-lama mahal. Bila dah masuk 5 tahun hutang masih tinggi sebab sebelum ini bayaran ansurannya rendah.


Itu belum kira kos petrol, tol dan penyelenggaraan yang akan ditanggung pelajar. Oleh itu bukanlah ansuran bulanan sahaja yang perlu di ambil kira tetapi kos-kos lain juga. Kalau tidak, tidak bergeraklah kereta itu nanti. 


Anak-anak muda zaman ini perlu di didik susah perih mencari duit. Tidak boleh dimanja sangat. Nak itu bagi nak ini bagi. Biar mereka berkerja dahula baru buat hutang. Kalau tak dapat kerja lagi, nak bayar hutang macam mana. Tak kan sampai besar pun mahu menyusahkan ibubapa...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Diskaun Bayaran Balik PTPTN 10% & 20% (Bajet 2013)




Diskaun bayaran balik PTPTN 10% & 20% diperkenalkan dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. Diskaun bayaran balik PTPTN 10% & 20% ini ditawarkan bagi menggalakkan peminjam membuat pembayaran balik hutang PTPTN.


Jom kita terjah bagaimana pemberian diskaun ini diberikan kepada peminjam :-

  • Diskaun 20% : Pemberian diskaun PTPTN (bayaran balik) sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman kepada peminjam PTPTN Malaysia yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.
  • Diskaun 10% : Peminjam PTPTN Malaysia yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012 akan mendapat diskaun PTPTN sebanyak 10%.


Apa pendapat anda tentang diskaun PTPTN ini ? Secara peribadi saya rasa ianya bagus untuk menggalakkan peminjam untuk membayar balik namun dari 1 sudut, rasanya diskaun ini hanya akan menguntungkan golongan kaya kerana hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus.


Pada pendapat saya, kerajaan seharusnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik (selain biasiswa) dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH : 

Selangor 0-2 Kelantan (Agg : 0-3)
  • Kelantan : M. Ghaddar (85'), Badri Radzi

Keputusan Selangor VS Kelantan separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 menyaksikan Kelantan menang 0-2 (agg 0-3) menewaskan Selangor sekaligus Kelantan mara ke Final Piala Malaysia 2012.



Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh M. Ghaddar dan Badri Radzi pada minit-minit terakhir permainan. Kelantan (Juara Liga Super) akan menentang ATM (Juara Liga Premier) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Shah Alam nanti. 


Untuk rekod, ini kali ke 3 Kelantan mara ke Final Piala Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Apa-apa pun Tahniah buat ATM dan Kelatan yang akan beraksi di pentas akhir nanti...



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Selangor VS Kelantan live separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Selangor VS Kelantan ini amat penting bagi mengetahui pasukan mana yang layak ke Final Piala Malaysia 2012 untuk menentang ATM yang sudahpun mengesahkan tempat di pentas final.


Perlawanan Selangor VS Kelantan separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Untuk rekod, Kelantan menang 1-0 dalam perlawanan seperuh akhir pertama di Kota Bahru.


Perlawanan Selangor VS Kelantan 12 Oktober 2012 akan bersiaran langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.40 malam. Jika ada live streaming saya akan share disini nanti. 


Keputusan (result) Selangor VS Kelantan live separuh akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat... Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dibuat mulai 1 November 2012. Permohonan BR1M 2.0 ini termasuklah bagi pemohon baru dan individu bujang.


Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka TIDAK PERLU mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.


Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas (lahir sebelum 1992) yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah atau mengganggur.


Bagi yang masih belum jelas kriteria kelayakan memohon BR1M ini, anda boleh klik di pautan ini untuk menyemak kriteria kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia.


Bagi mereka yang mahu mendaftar atau memohon, permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.


Kepada yang layak tu, jangan lupa membuat permohonan ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Keputusan Anugerah Blockbuster Astro Live 6 Oktober 2012



Keputusan Anugerah Blockbuster Astro akan diketahui malam ini (6 Oktober 2012) secara live. Keputusan Anugerah Blockbuster Astro akan dikemaskini di blog ini sejurus acara tamat.


Anugerah Blockbuster Astro ini akan bersiaran langsung (live) di saluran Astro Ria saluran 104 bermula dengan Karpet Merah jam 8.30 malam dan di ikuti Anugerah Blockbuster pada jam 9 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Inilah dia keputusan Anugerah Blockbuster Astro untuk setiap kategori yang dipertandingkan :-


A. FILEM TERHEBAT

KL Gangster


B. DIRECTOR TERHEBAT

Syamsul Yusof (Kl Gangster)


C. PENGARAH BARU TERHEBAT

M.Suurya (Sumpahan Puaka)


D. FILEM AKSI TERHEBAT

KL Gangster


E. FILEM KOMEDI TERHEBAT

Hantu Bonceng


F. FILEM TAKUT TERHEBAT

Khurafat


G. FILEM MUSIKAL/DRAMA TERHEBAT

Nur Kasih The Movie


H. HERO TERHEBAT

Zizan Razak (Hantu Bonceng)


I. HEROIN POPULAR

Yana Samsudin (Bini-Biniku Gangster)


J. PENJAHAT TERHEBAT

Fikri Bakar (Klip 3GP)


K. LAGU TEMA TERHEBAT

Ombak Rindu


L. HERO BARU TERHEBAT

Shahir (Karak)


M. HEROIN BARU TERHEBAT

Tasha Shilla (Ratu The Movie)


N. ASTRO FIRST TERHEBAT

Kongsi


Tahniah kepada semua pemenang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 4 OKTOBER 2012


Inilah dia keputusan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 4 Oktober 2012 untuk kumpulan A, B, C dan D :-


Kumpulan A

Dynamo Kyiv 2-0 Dinamo Zagreb
  • Dynamo Kyiv : O. Gusev, J. Pivaric (o.g.) 

FC Porto 1-0 Paris S.G.
  • Porto : J. Rodriguez 

Kumpulan B


Arsenal 3-1 Olympiakos Piraeus
  • Arsenal : Gervinho, L. Podolski , A. Ramsey
  • Olympiakos : K. Mitroglou 

Schalke 2-2 Montpellier
  • Schalke : J. Draxler, K.J. Huntelaar (pen.)
  • Montpellier : K.A. Fana, S. Camara 


Kumpulan C


Zenit St. Petersburg 2-3 AC Milan
  • AC Milan :  U. Emanuelson, S.E. Shaarawy, T. Hubocan (o.g.) 
  • Zenit : Hulk, R. Shirokov 

Anderlecht 0-3 Malaga
  • Malaga : Eliseu (2 gol), Joaquin (pen.)

Kumpulan D

Ajax Amsterdam 1-4 Real Madrid
  • Ajax : N. Moisander
  • Real Madrid : C. Ronaldo (hatrik), K. Benzema 


Manchester City. 1-1 Borussia Dortmund
  • Man City : M. Balotelli (pen.)
  • Borussia : M. Reus


Inilah dia kedudukan pasukan-pasukan dalam kumpulan A B C dan D setelah tamatnya perlawanan ke 2 peringkat kumpulan :




Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengikuti perkembangan setiap perlawanan dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah)...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 3 OKTOBER 2012


Inilah dia keputusan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 3 Oktober 2012 untuk kumpulan E F G dan H :-


Kumpulan E

FC Nordsjaelland 0-4 Chelsea
  • Chelsea : Juan mata (2 gol), David Luiz, Ramires

Juventus 1-1 Shakhtar Donetsk
  • Shakhtar : A. Teixeira
  • Juventus : L. Bonucci 


Kumpulan F 

BATE Borisov 3-1 Bayern Munich
  • Bate : A. Pavlov, V. Rodionov, R. Bressan
  • Bayern : F. RibĂ©ry

Valencia 2-0 Lille
  • Valencia : Jonas (2 gol)

Kumpulan G

Spartak Moscow 2-3 Celtic
  • Spartak : E. Emenike (2 gol)
  • Celtic : G. Hooper, D. Kombarov (o.g.), G. Samaras

Benfica 0-2 Barcelona
  • Barcelona : Alexis Sanchez, Cesc Fabregas

Kumpulan H

CFR Cluj 1-2 Manchester United
  • Cluj : P. Kapetanos
  • Man Utd : Robin Van Persie (2 gol)

Galatasaray 0-2 Braga
  • Braga : R. Micael, Alan


Inilah dia kedudukan kumpulan E F G dan H selepas tamatnya perlawanan ke 2 :-





Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan-keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2012/2013....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~~



Rebat RM200 Pembelian telefon pintar untuk belia  telah diumumkan dalam Bajet 2013. Pemberian rebat RM200 untuk memberi telefon Pintar Untuk belia secara one-off atau bayar sekali bertujuan membuka akses untuk golongan belia melayari internet. 


Belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak mendapat rebat RM200 Pembelian telefon pintar. Ini melibatkan sebanyak RM300 juta disediakan oleh kerajaan untuk memanfaatkan 1.5 juta belia. 


Secara peribadi saya merasakan pemberian rebat ini ada manfaatnya untuk golongan belia. Nampak sangat kerajaan mahu 'memenangi' hati golongan ini yang bakal menjadi penentu pada Pilihanraya ke 13 nanti.


Namun saya merasakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu melantik agen terpilih bagi menjual telefon pintar 3G asli, kepada golongan belia yang menerima rebat RM200.


Ini kerana dengan adanya permintaan yang tinggi, bekalan telefon pintar 3G mungkin terjejas dan menyebabkan pengedar mengambil kesempatan menjual telefon yang tidak asli dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.


Nasihat saya kepada mereka yang ingin membeli telefon 3G ini anda mestilah prihatin kerana apabila berlakunya pengalihan telefon biasa ke 3G ini akan melibatkan peningkatan kos antara 100 hingga 150% kerana adanya kemudahan seperti internet dan MMS (multimedia messaging service). So hati-hati ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget