Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MAN CITY 1-0 MAN UNITED
  • Man City : Vincent Kompany (45')

Keputusan perlawanan  Manchester City VS Manchester United Liga Perdana Inggeris menyaksikan Manchester City menang 1-0 ke atas Manchester United.


Separuh masa pertama menyaksikan Manchester City menguasai penuh permainan sehingga memaksa Manchester United banyak bertahan.


Gol pertama Man CIty hadir minit ke 45 apabila Vincent Kompany menanduk bola sepakan penjuru lalu masuk ke gawang Man United.




Pada separuh masa kedua, Sir Alex Ferguson memasukkan Danny Welbeck, Antiono Valencia dan Ashley Young untuk menambah sengat bisa barisan hadapan United namun City kebal bertahan mempertahankan kelebihan 1 gol.


Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. Keputusan penuh perlawanan Man City 1-0 Man United.


Dengan kemenangan ini, Man City kembali mendahalui liga dengan jumlah kutipan mata 83 mata sama dengan United namun mempunyai kelebihan jumlah jaringan.




Baki 2 perlawanan lagi selepas ini menyaksikan Man United akan menentang Swansea dan Sunderland manakala Man City akan menentang Newcastle United dan QPR.


Jika Man City menang baki 2 lagi perlawanan maka Man City akan menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Man United pula pelu mengharap City akan keciciran mata dalam 2 lagi baki perlawanan memandangkan sukar untuk menafikan kelebihan jumlah jaringan City...


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Manchester City VS Manchester United Live 1 May 2012 English Premier League (EPL) yang berlangsung di Stadium Ethihad ini kan.


Keputusan perlawanan  Manchester City VS Manchester United  amat penting kerana ia bakal menentukan kejuaraan liga untuk musim 2011/2012. Oleh itu perlawanan ini bolehlah di anggap pertembungan derby paling besar dalam sejarah 2 kelab Manchester ini


Jom kita terjah ramalan kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :- 




Untuk rekod, Manchester United menerajui liga dengan 83 mata manakala Manchester City di tempat kedua liga dengan 80 mata. 


Saksikan perlawanan Manchester City VS Manchester United 1 May 2012 English Premier League (EPL) secara live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.55 pagi 


Keputusan Manchester City VS Manchester United 1 May 2012 English Premier League (EPL) ini kan akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BREAKING NEWS


Gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 bagi semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak.  Pengumuman gaji minimum sektor swasta telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Hari Pekerja 2012 di Putrajaya 30 April 2012.


Ini bermakna gaji minimum kebangsaan bagi pekerja swasta sebanyak RM4.33 sejam (RM900 sebulan) untuk Semenanjung dan Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM3.85 sejam (RM800 sebulan).


Gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.


Pelaksanaan gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Pelaksanaan gaji minimum ini berkuat kuasa 6 bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.




Apa pendapat anda kadar gaji minimum ini ? Cukup ke untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat terutamanya di bandar?


Sebelum ini ramai yang meminta menuntut gaji minimum antara RM1200 dan RM1500 namun ia tidak dapat dilaksanakan kerajaan atas alasan ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.


Secara peribadi saya merasakan  yang gaji minimum ini tidak mencukupi untuk menampung kos sara rakyat yang meningkat namun memahami yang kerajaan perlu menjaga kepentingan syarikat-syarikat kecil yang berkemungkinan akan 'gulung tikar' jika mereka perlu membayar sekitar RM1200 dan RM1500 untuk setiap pekerja setiap bulan.


Namun begitu saya berpendapat peranan kerajaan amat ditagih bagi memastikan kenaikan harga barang dapat dibendung bagi mengelakkan golongan berpendapatan rendah tidak merasai kesannya di samping memberi latihan intensif kepada pekerja untuk meningkat kemahiran sekaligus mendapat jawatan dan pekerjaan yang lebih baik dan memperoleh gaji yang lebih lumayan....



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~  



Siaran Astro percuma dari 27 April - 6 May 2012 ? Biar betul ? Rupanya MEMANG BETUL Astro memberikan 130 saluran secara percuma dari 27 April - 6 May 2012 untuk semua pelanggan Astro.


Kalau anda tidak percaya, cubalah anda alih saluran Astro anda ke saluran yang anda tidak langgan. Dah try baru tau kan.


Menurut sumber, pemberian tayangan percuma 130 saluran Astro ianya adalah sebagai tanda terima kasih Astro kepada pelanggannya kerana telah memenangi ‘The Most Popular Brand’ dalam Putra Brand Award 2012.


Berita ini pastinya menggembirakan pelanggan Astro yang meminati sesuatu saluran tertentu tetapi tidak melanggan saluran tersebut lantaran kadar caj langganan yang mahal.


Alang-alang dah diberikan tayangan secara percuma apa lagi, pakat-pakat lah mengadap depan TV sampai lebam menonton saluran kegemaran anda. Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada keluarga serta menjejaskan prestasi kerja anda pula...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Sinopsis Dan Review Avengers Assemble 2012



Ramai yang dah tau filem blockbuster Avengers Assemble sudah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia mulai 26 April 2012.


Memang penuh panggung dengan peminat setia filem ini berasak-asak beratur membeli tiket. Kebanyakan  pawagam di Lembah Klang membuka banyak hall semata-mata memenuhi permintaan penonton terutamanya pada hujung minggu.


Saya merupakan antara mereka yang bertuah dapat menonton filem gabungan superhero ini pada tarikh tayangan perdana filem ini.


Kali ini saya nak share dengan anda semua sinopsis dan review filem Avengers Assemble dengan anda semua.


Jom kita tonton trailer Avengers Assemble ini dulu :-





Sinopsis :-

The Avengers menggabungkan adiwira Captain America, Thor, Iron Man, The Hulk, Hawkeye dan Black Widow menentang peperangan yang dicetuskan oleh Loki. Hal ini mendorong Nick Fury, pengarah agensi keamanan sejagat (S.H.I.E.L.D) untuk mengumpulkan kesemua adiwira berkenaan.


Review :- 

  • Permulaan filem ini agak perlahan, lapis demi lapis dikupas dan diolah dengan cara dramatik namun realistik.
  • Jalan cerita hampir sama dengan Transformers 3 Dark of The Moon di mana Loki (penjahat) berjaya mencuri kiub dari (S.H.I.E.L.D) untuk membuka ruang agkasa bagi membolehkan makhluk asing turun ke bumi untuk menguasai bumi.
  • Watak yang paling menyerlah ialah Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner (The Hulk) yang bijak bermain dengan perasaan sakit, marah, sedih, bijak dan sopan dalam setiap babak yang dimainkan.
  • Watak yang didukung Downey sebagai Tony Stark (Iron Man) paling banyak mencuri perhatian kerana berperwatakkan sebagai seorang yang lucu dan kelakar sering membuatkan 1 pawagam tak kering gusi.
  • Captain Amerika dilihat sedikit lemah berbanding Thor, Iron Man dan The Incredible Hulk dalam filem ini memandangkan superhero lain mempunyai kuasa luarbiasa seperti mampu terbang, kuasa pemusnah yang dasyat dan tidak mudah ditewaskan.
  • Pertengahan jalan cerita tidak 'kosong' seperti Transformers 3. Babak pertarungan di dalam kapal dan konflik antara superhero-superhero ini menjadikan bahagian tengah filem ini 'hidup'.
  • Tak sangka Loki (penjahat) sangat mudah ditewaskan oleh The Incredible Hulk sehingga diibaratkan sebagai dewa yang lembik !
  • Terkesima dengan teknik CGI yang hampir tiada cacat celanya. Ini menghidupkan babak perperangan di bandar yang nampak real. Namun teknik CGI yang digunakan untuk watak alien tidak dibuat secara teliti. Nampak kelihatan seperti kartun.
  • Filem ini hampir memakan masa 143 minit jam. Kalau nak tengok elok pergi tandas dulu. kerana 1 jam terakhir ialah babak paling best sekali di mana pertempuran berlaku di tengah bandar.


Setakat inilah dahulu sinopsis dan review filem Avengers Assemble dari saya. Kalau ikutkan banyak lagi nak komen. Nanti cerita banyak sangat nanti anti climax pula kan. Tak pasal-pasal hilang pula semangat anda nak tonton filem ini


Apa-apapun saya bagi 4 dari 5 bintang. Kepada sesiapa yang nak tengok di pawagam tu di nasihat beli tiket awal jika nak tengok pada hari minggu ini kerana pawagam di jangka akan sesak dengan peminat The Avengers ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Ramai yang dah tahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 akan di adakan di sekitar Kuala Lumpur pada 28 April 2012 (sabtu) ini. 


Apabila perhimpunan ini di adakan akan berlakunya sekatan jalan raya dan beberapa jalanraya terpaksa ditutup di sekitar Kuala Lumpur.


Jom kita terjah jalan-jalan yang ditutup sempena Bersih 3 di Kuala Lumpur 28 April 2012 ini :-

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang 
  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Mahameru
  • Jalan Pudu
  • Jalan Bangsar
  • Jalan Tun Sambathan



Kemungkinan beberapa stesen kereta api di pusat bandar Kuala Lumpur ditutup lewat hari ini di beberapa stesen antaranya :-

  • Masjid Jamek
  • Pasar Seni
  • Hang Tuah
  • KL Sentral 
  •  KLCC

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. 


Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (28 April 2012) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 


Pendek kata kalau tak mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas lebih baik duduk rumah aja. Tak pun pergilah ke tempat lain luar dari Kuala Lumpur seperti Putrajaya ke Nilai ke....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Inilah dia keputusan Bayern Munich VS Real Madrid separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2nd Leg 26 April 2012 awal pagi tadi di Stadium Santiago Bernebeu : 


Real Madrid 2-1 Bayern Munich (Agg 3-3) (Pen 1-3) 
  • Real Madrid : Cristiano Ronaldo 6', pen 14'
  • Bayern : Arjen Robben pen 27'

Keputusan perlawanan menyaksikan Bayern Munich melangkan ke final Liga Juara Juara Eropah musim 2011/2012 selepas mengenepikan Real Madrid menerusi sepakan penalti 3-1 selepas kedudukan secara aggregat terikat 3-3


Pada separuh masa pertama menyaksikan Real Madrid mendahului menerusi gol Cristiano Ronaldo seawal minit ke 6 dan 14 untuk menjadikan aggregat 3-2




Namun begitu Bayern Munich berjaya menjaringkan gol menyamakan kedudukan aggregat 3-3 menerusi penalti yang di ambil Arjen Robben sekaligus menafikan kelebihan gol tempat lawan yang di miliki Real sebelum ini.


Tamat separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Real Madrid 2-1 Bayern Munich (Agg 3-3).


Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun Bayern dilihat lebih berbahaya di depan gol, Namun begitu tiada gol berjaya dihasilkan.




Permainan diteruskan dalam masa tambahan apabila kedudukan terikat 3-3 secara aggregat. Kedua-dua pasukan terus buntu menjaringkan sebarang gol dalam 30 minit masa tambahan.


Sepakan penalti terpaksa di ambil. Malang buat Real apabila Cristiano Ronaldo, Kaka dan Sergio Ramos gagal menjaringkan gol.


Bayern pula menyempurnakan 3 penalti yang diambil Alaba, Mario Gomez dan Sebastian Schweinsteiger sekaligus memastiakan Bayern mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/2012.




Bayern Munich akan menentang Chelsea pada perlawanan akhir pada 19 Mei 2012 di Stadium Allianz Arena iaitu gelanggang keramat Bayern Munich.


Tahniah kepada Chelsea dan Bayern Munich yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk merebut trofi kebanggaan Eropah !



Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Inilah dia keputusan Barcelona VS Chelsea separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2nd leg 25 April 2012 awal pagi tadi di Nou Camp : 


Barcelona 2-2 Chelsea (Agg 2-3) 
  • Barcelona : Sergio Busquets, Andreas Iniesta
  • Chelsea : Ramires, Fernando Torres

Keputusan perlawanan menyaksikan Barcelona seri 2-2 dengan Chelsea namun kalah 2-3 secara aggregat kepada Chelsea.


Separuh masa pertama menyaksikan Barcelona banyak melakukan pergerakan berbahaya utuk menembusi gawang Chelsea namun dihampakan oleh pertahanan Chelsea.




Barcelona menjaringkan gol pertama menerusi hantaran silang Lionel Messi yang di sempurnakan Sergio Busquets untuk meletakkan Barcelona mendahalui 1-0 minit ke 35.


Malang menimpa Chelsea apabila John Terry dihadiahkan kad merah apabila dituduh menolak Alexis Sanchez sehingga jatuh.


Chelsea yang bermain 10 orang terus tertekan apabila Andreas Iniesta meletakkan Barcelona 2-0 mendahului pada minit ke 43.




Chelsea mendapat gol pertama apabila lorongan cantik Frank Lampard menemui Ramires yang melakukan lob cantik untuk menewaskan Victor Valdes di gawang Barcelona pada minit-minit terakhir separuh masa pertama. Separuh akhir tamat dengan kedudukan Barcelona 2-1 Chelsea.


Separuh masa kedua menyaksikan Barcelona dihadiahkan sepakan penalti namun malangnya sepakan yang di ambil oleh Lionel Messi mengenai palang.


Chelsea terus berkampung di kawasan sendiri menahan asakan Barcelona dari segenap sudut. Gandingan Lionel Messi, Xavi, Andreas Iniesta dan Alexis Sanchez terus buntu memecahkan kubu Chelsea.




Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Fernando Torres muncul wira Chelsea membunuh semangat melawan Barcelona apabila menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi serangan pantas.


Fernando Torres yang menerima lambungan bola jauh dari kotak penalti Chelsea berdepan 1 lawan 1 dengan Victor Valdes sebelum menggelecek penjaga gol Barcelona itu untuk menjaringkan gol kemenangan Chelsea pada minit ke 92.


Keputusan penuh perlawanan menyaksikan Barcelona seri 2-2  namun Chelsea menang 3-2 secara aggregat.


Tahniah kepada Chelsea yang mara ke perlawanan akhir (Final) Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) pada 19 Mei 2012 di Stadium Allianz di Munich, Jerman.




Agak malang buat Chelsea walaupun layak ke Final namun mereka kehilangan beberapa tonggak utama yang mengutip 2 kad kuning dan tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan akhir nanti antaranya John Terry, Branislav Ivanovic, Raul Meireles dan Ramires.


Apa-apa pun jangan ketinggalan saksikan perlawanan separuh akhir kedua (2nd leg) antara Real Madrid VS Bayern Munich live di Astro ESPN saluran 812 pada 26 April 2012 jam 2.40 am. Pemenang perlawanan ini akan menentang Chelsea di pentas final.



Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Cuti Hari Pekerja 1 Mei 2012 (Selasa)



Cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2012 jatuh pada hari selasa. Ini bermakna seluruh Malaysia akan cuti pada tarikh 1 Mei  2012 bagi menyambut Hari Pekerja atau lebih di kenali sebagai Hari Buruh (Labour Day).


Bagi yang tak tahu sebenarnya Hari Pekerja atau Hari Buruh ini adalah sambutan Hari Pekerja Antarabangsa yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi bagi pergerakan pekerja. Kini 1 dunia bercuti bagi meraikan pekerja pada 1 Mei setiap tahun.  


Untuk rekod, kali terakhir rakyat Malaysia menikmati cuti umum ialah pada 11 April 2012 iaitu cuti sempena  pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baru iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Yang tak bestnya, Hari Pekerja kali ini jatuh pada hari selasa. Kan lagi bagus jika cuti ini jatuh pada hari jumaat atau isnin maka cuti hujung minggu akan jadi lebih panjang. Tapi tak kisahlah kan janji cuti.




Kalau dinilaikan cuti sehari sememangnya tidak berbaloi dengan kudrat dan buah fikiran anda diperah sepanjang tahun. Namun Hari Buruh ini adalah pengikhtirafan bahawa jika tiada mereka yang berkerja, dunia akan menjadi mundur dan tidak mencapai tahap ketamadunan seperti yang kita kecapi hari ini.


Biasanya setiap tahun sambutan Hari Buruh ini mempunyai temanya sendiri. Untuk tahun 2012 ini belum diumumkan lagi temanya setakat hari ini. Namun begitu, dijangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu pada sambutan kali ini. Mungkin beliau akan mengumumkan gaji minimum untuk sektor swasta. 


Kepada yang bekerja mengikut office hour, selamat bercuti. Kepada yang berkerja mengikut shif, jika anda berkerja pada public holiday anda akan mendapat claim. Bagi yang berkerja sendiri, cuti ini anda boleh gunakan untuk meraih pendapatan lebih...




Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~

Proton Prevé 2012 Sudah Dilancarkan !



Akhirnya Proton Prevé sudah dilancarkan pada 16 April 2012. Proton Prevé ini dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. 


Untuk rekod, Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tunggu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.


Jom kita lihat gambaran model baru Proton ini dari depan :-




Model sedan ini ditawarkan dalam 3 varian menerusi 2 pilihan enjin dan 3 jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.


Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual 5 kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.


Enjin dengan sistem 'soft turbo' menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.


Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.


Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km




Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.


Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.


Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.


Ciri keselamatan yang ditawarkan untuk model ini ialah kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium. 


Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).




Formula model Proton baru ini senang sahaja, gabungkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki seperti apa yang dilakukan oleh Kia dan Hyundai.


Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.


Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.


Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Harga iPad 3 Di Malaysia



Sejak pelancaran iPad 3, ramai yang tertanya berapakah harga iPad 3 di Malaysia dan bilakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia


Untuk pengetahuan anda, Ipad 3 sudah berada di pasaran Malaysia sejak 20 April 2012 (jumaat). Bagi mereka yang tertanya-tanya berapakah harga ipad 3 di Malaysia, anda boleh rujuk senarai harga ipad 3 di bawah ini :- 

  • New iPad WiFi 16 GB – RM 1,499
  • New iPad WiFi 32 GB – RM 1,799
  • New iPad WiFi 64 GB – RM 2,099
  • New iPad WiFi + 4G 16 GB – RM 1,899
  • New iPad WiFi + 4G 32 GB – RM 2,199
  • New iPad WiFi + 4G 64 GB – RM 2,499

Jom kita terjah apa features terbaru iPad 3 ini berbanding edisi sebelum ini  :-

  • Retina Display 
  • A5X processor dan quad-core graphics chip. 
  • High speed 4G LTE network connection, 
  • 10 jam daya tahan bateri 
  • 5-megapixel iSight kamera.

Kepada mereka yang berminat untuk dapatkan ipad baru ini anda bolehlah berkunjung ke kedai outlet Apple yang berdekatan dengan anda...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 




Inilah dia keputusan Chelsea VS Barcelona separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 1st Leg 19 April 2012 awal pagi tadi di Stamford Bridge : 


Chelsea 1-0 Barcelona 
  • Chelsea : Didier Drogba

Separuh masa pertama menyaksikan Barcelona banyak melakukan pergerakan berbahaya utuk menembusi gawang Chelsea namun dihampakan oleh pertahanan Chelsea.


Chelsea menjaringkan gol pertama menerusi serangan pantas yang dijanakan Frank Lampard yang bijak mencari Ramires untuk melorongkan bola kepada Didier Droba utuk meledak jaringan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.  


Barcelona menggandakan asakan pada separuh masa kedua untuk mencari gol penyamaan namun GAGAL menjaringkan gol biarpun menguasai keseluruhan permainan. Keputusan penuh perlawanan menyaksikan Chelsea menang 1-0 Barcelona.


Barcelona mesti menang 2-0 dalam separuh akhir kedua (2nd leg) ke atas Chelsea pada 26 April 2012 di Nou Camp jika berhajat melangkah ke perlawanan final Liga Juara Juara Eropah 2011/2012


Chelsea pula mesti mengekalkan kedudukan ini untuk layak ke final namun dilihat mustahil bagi Barcelona untuk tidak menjaringkan gol di gelanggang sendiri nanti. 


Apa-apa pun jangan ketinggalan saksikan perlawanan separuh akhir kedua (2nd leg) antara Barcelona VS Chelsea live di Astro ESPN saluran 812 pada 25 April 2012 jam 2.40 am. 



Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Inilah dia keputusan Bayern Munich VS Real Madrid separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 1st Leg 18 April 2012 awal pagi tadi di Stadium Arena Munich : 


Bayern Munich 2-1 Real Madrid 
  • Bayern : Frank Ribery, Mario Gomez
  • Real : Mesut Ozil

Bayern Munich menjaringkan gol seawaal minit ke 17 menerusi sepakan percuma Frank Ribery yang mengenai pertahanan lawan. Walaubagaimanapun gol itu tidak bertahan lama apabila Mesut Ozil menyamakan kedudukan minit ke 53.


Gol kemenangan Bayern dijaringkan oleh Mario Gomez di minit-minit akhir permainan apabila menolak masuk bola lorongan Phillip Lamn. Keputusan penuh perlawanan menyaksikan Bayern Munich menang 2-1 Real Madrid.


Real Madrid mesti menang 1-0 dalam separuh akhir kedua (2nd leg) ke atas Bayern Munich pada 25 April 2012 di Santiago Bernebeu jika berhajat melangkah ke perlawanan final Liga Juara Juara Eropah 2011/2012. 


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan separuh akhir pertama (1st leg) antara Chelsea VS Barcelona live di Astro ESPN saluran 812 pada 18 April 2012 jam 2.40 am. 



Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Semasa bertugas semalam, saya di datangi seorang staff dari Hotel Blue Wave Shah Alam. Ingatkan beliau ada urusan hendak dilakukan di pejabat saya tetapi rupa-rupanya beliau nak berikan 5 kupon kek percuma kepada 5 staff pejabat saya yang bertuah. 


Sebagai wakil syarikat, saya menerima 5 kupon yang diperuntukkan kepada syarikat. Kupon percuma ini turut diberikan kepada pejabat-pejabat sekitar Hotel Blue Wave Shah Alam.


Rupa-rupanya Hotel ini meraikan ulangtahun penubuhannya yang ke 12 maka sebagai menghargai sokongan masyarakat sekitar, Hotel ini memberikan kupon untuk sepotong kek untuk 100 orang yang bertuah.


Kupon ini sah pada 17 April 2012 dari 12 tengahari hingga 2.30 petang sementara stok masih ada. Oleh itu kena datang awal lah kalau datang lambat bimbang habis pula. Memandangkan pejabat hanya berhadapan dengan Hotel ini maka senanglah nak redeem kupon ini nanti. 


InsyaAllah nanti akan saya kongsikan di sini rupa kek percuma ini di bila dah redeem kek ini nanti. Apa-apa pun terima kasih kepada Hotel Blue Wave Shah Alam yang memberikan kek ini secara percuma ! ...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Mersing Laguna sebuah projek pelancongan terbaru bakal menjadi daya tarikan dunia apabila ia siap. Mersing Laguna ini yang bernilai kira-kira RM22 bilion turut bakal memberi manfaat besar kepada ekonomi serta seluruh rakyat negeri Johor.


Projek Mersing Laguna ini dibangunkan oleh Radiant Starfish Development Berhad dijangka bakal menarik 1.2 million pelancong ke Mersing pada 2021. 


Projek ini bakal menyaksikan pengambil alihan tanah seluas 809ha untuk menbangunkan 3 pulau baru buatan manusia.


Apabila projek ini siap nanti ia menyaksikan berdirinya 22 buah hotel, akuarium yang besar, persiaran jalan kaki dihadapan pantai, taman tema air, padang golf dan pusat membeli belah.


Jom kita lihat video gambaran projek Mersing Laguna apabila ia siap nanti :-






Ia juga bakal memberi saingan kepada Nusantara di Bali Indonesia dan Marina Bay di Singapura apabila projek ini siap sepenuhnya nanti.


Sebelum ini bandar Mersing hanya menjadi laluan dan persinggahan pelancong dan penduduknya masih banyak bergantung pada sumber ekonomi perikanan yang bermusim dan pendapatan yang tidak menentu. 


Apabila projek ini sudah siap nanti rakyat Mersing akan berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dengan sumber pendapatan lebih tinggi dan terjamin melalui peluang yang ada menerusi projek Mersing Laguna.


Secara keseluruhan sememangnya dapat dapat membantu menjana ekonomi masyarakat di Mersing namun diharapkan pembangunannya nanti biarlah secara lestari dan meminimakan kerosakan alam sekitar selain penglibatan semua kelompok masyarakat dalam peluang perniagaan yang wujud nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Dapat Email Phising Dari Ambank !



Jenayah siber bukanlah perkara baru. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi melibatkan masalah antarabangsa. Banyak kes melibatkan jenayah siber telah dikesan, malah, ramai rakyat Malaysia juga menerima akibat daripada aktiviti jenayah yang menggunakan ruang siber sebagai mediumnya. 


Antara contoh jenayah siber yang popular ialah :-

  • Spamming - iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun e-mel mangsa.
  • Phising - iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit pengguna.
  • Salami -  iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat kecil.
  • Hacking - Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran (pencerobohan komputer)

Baru-baru ini saya telah menerima emel phising kononnya dari Ambank yang meminta saya mengesahkan transaksi perbankan yang terakhir saya.


Apabila saya klik pada link yang disediakan, 1 pop up skrin window baru keluar yang memaparkan laman web perbankan internet Ambank iaitu AmOnline. 


Ini bermakna untuk mengesahkan transaksi perbankan saya yang terakhir, saya perlu memasukkan Login ID dan password saya. 





Memang sah-sah ini semua phising untuk mencuri maklumat peribadi pengguna. Pihak bank TIDAK PERNAH meminta penggunanya untuk mengemaskini transaksi terakhir mahupun mengemaskini maklumat peribadi melalui perbankan internet. 


Paling kelakar sekali ialah saya TIDAK PERNAH ADA AKAUN AMBANK ! apatah lagi melakukan transaksi di kaunter atau kiosk Ambank. Nampaknya serkap jarang si penjenayah siber ini tidak mengenai sasaran. Kesian...


Kepada mereka yang ada menerima emel kononnya dari bank untuk mengemaskini maklumat peribadi anda, saya nasihatkan anda untuk hubungi pihak bank untuk pengesahan. Selain itu anda juga boleh buat semakan melalui alamat laman web perbankan internet bank itu. Kalau yang palsu, alamatnya sedikit lain dari yang asli...


BERSAMA MENCEGAH JENAYAH !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Jersi Baru Chelsea Musim 2012/2013 (Home)



Jersi baru Chelsea musim 2012/2013 (home) sudahpun dilancarkan baru-baru ini. Jersi utama baru Chelsea 2012/2013 ini menggabungkan warna biru sebagai warna rasmi Chelsea dan warna emas yang melambangkan sambutan tahun sukan 2012 di London. 


Warna emas ini mengambil tempat menggantikan warna putih pada '3 stripes Adidas', emblem Chelsea dan logo Samsung di bahagian depan jersi baru ini.


Jom kita lihat jersi baru Chelsea ini dengan lebih dekat :- 




Kolar jersi baru ini berbentuk round neck sama seperti jersi Chelsea musim 2011/2012. Namun yang menampakkan perbezaannya ialah terdapatnya jalur emas pada belakang round neck dan juga bahagian lengan.  


Design ini juga dipraktikkan pada seluar dan stokin untuk musim baru ini yang menampilkan '3 stripes Adidas' berwarna emas pada warna rasmi Chelsea. 


Jom kita lihat dengan lebih dekat material yang digunakan untuk kit Chelsea musim 2012/2013 ini :-




Untuk jersi kali ini, Adidas menggunakan teknologi Techfit™  yang telah terbukti dapat meningkatkan prestasi  pemain dari aspek kelajuan dan daya tahan lasak di mana Adidas memberi tumpuan pada permukaan otot untuk menjana daya pecutan yang berterusan dan mengoptimumkan tenaga.  


Teknologi Climacool™ iaitu gabungan material yang mengawal kelembapan dan kepanasan berfungsi memudahkan pengaliran udara ke kulit terutamanya pada zon anggota badan yang mengalami kepanasan. 


Inilah pula jersi baru untuk penjaga gol Chelsea, Petr Cech :-




Untuk musim 2012/2013 ini, jersinya adalah hijau dan emas berbanding jersi 2011/2012 yang berwarna putih berjalur hitam. Jersi putih berjalur hitam ini bakal di jadikan jersi kedua (away) untuk penjaga gol Chelsea.


Menurut sumber, jersi ini dilancarkan awal sebelum berakhirnya liga kerana mahu melupakan kenangan jersi musim 2011/2012 di mana Chelsea mengalami kemerosotan prestasi di bawah bimbingan Andre Villas Boas yang akhirnya dipecat.   


Semoga dengan pelancaran jersi baru ini dapat menaikkan semangat pemain Chelsea untuk memberikan yang  TERBAIK untuk musim akan datang nanti......



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~




BREAKING NEWS


Gempa bumi melanda Acheh berukuran 8.9 skala richter 11 April 2012. Gempa bumi di Acheh ini dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, Indonesia kira kira 4.35 pm waktu tempatan.


Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.


Diminta semua menjauhkan diri dari kawasan pantai. Apa-apa boleh berlaku dalam tempoh 48 jam.


Walaubagaimanapun Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami di Malaysia pada jam 10 malam selepas gempa bumi menggegarkan Aceh, petang tadi.


Pada masa yang sama juga Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) telah menarik balik amaran Tsunami di Malaysia, Thailand, Singapura dan Myanmar.


Marilah kita sama-sama berdoa agar tiada tsunami yang melanda akibat dari gempa bumi di Acheh ini. Tidak sanggup melihat bencana alam ini mengakibatkankan ramai yang kehilangan ahli keluarga dan harta benda dalam sekelip mata...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Aaron Aziz dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian). Aaron Aziz muncul pemenang Bintang Paling Popular selepas mengenepikan calon terdekat iaitu Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Fizz Fairuz.


Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak 8 tahun lalu, meraih 87,669 undi.


Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.


Jom kita terjah perjalanan seni Aaron Aziz sehingga diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2011 :-

  • Melebarkan pengaruhnya di Malaysia sejak 2004 menerusi drama berantai, Haryati 2.
  • Mencuba pelbagai medium lakonan sama ada di layar kaca, lebar mahu pun pentas, Aaron bernasib baik apabila setiap hasil kerjanya menerima sambutan luar biasa.
  • Watak Seth Tan yang dijayakannya dalam drama berantai, Nora Elena di samping Siti Saleha menjadi pencetus kepada sambutan luar biasa untuk slot Akasia yang bersiaran di TV3.
  • Populariti Aaron memuncak apabila drama yang diadaptasi daripada novel, Kasih Yang Suci mencatat 1.75 juta hits tontonan di portal Tonton.
  • Sesi Star Chat bersamanya menduduki tangga keempat tertinggi dunia di platform USTREAM dengan rekod sebanyak 24,984 pelayar ketika sesi berlangsung.
  • Filem lakonannya seperti KL Gangster masih bertahan sebagai filem tempatan yang meraih kutipan tertinggi dengan RM11.74 juta, diikuti Ombak Rindu yang mencetus fenomena untuk filem drama romantik Melayu dengan kutipan RM10.9 juta.
  • Aaron terus mencipta fenomena tersendiri apabila teater lakonannya, Badai Semalam mencatat kutipan tiket paling tinggi dengan RM810,128 dan ditonton hampir 18,000 orang.

Apa-apa pun tahniah kepada Aaron Aziz yang muncul sebagai pemenang Bintang Paling Popular 2011. Semoga kerjaya beliau akan lebih bersinar selepas ini dan jangan mudah lupa diri...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan Pemenang ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) 8 April 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Pemenang ABPBH 2011 akan kemaskini di blog ini dari masa ke samasa.


Anda boleh menonton siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) 8 April 2012 di TV3 & Hot.FM bermula jam 9 malam. Untuk menonton secara live streaming anda perlu klik pada link ini live streaming ABPBH 2011 bermula 7 malam.


Untuk rekod, pemenang Bintang Paling Popular 2010 menjadi pemilik Shaheizy Sam. Klik di link ini untuk mengimbas kembali keputusan pemenang ABPBH 2010


Jom kita terjah senarai pemenang ABPBH 2011 :-


Penyanyi Lelaki Popular:

Hafiz


Penyanyi Wanita Popular:

Yuna


Artis Duo / Berkumpulan Popular:

Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah


Artis Baru Lelaki Popular:

Johan Ariff As’ari


Artis Baru Wanita Popular:

Tasha Shilla


Pelakon Filem Lelaki Popular:

Aaron Aziz


Pelakon Filem Wanita Popular:

Maya Karin


Pelakon TV Lelaki Popular:

Fizz Fairuz


Pelakon TV Wanita Popular:

Fasha Sandha


Artis Komedi Lelaki Popular:

Johan


Artis Komedi Wanita Popular:

Didie Alias


Pengacara TV Lelaki Popular:

Zizan Razak


Pengacara TV Wanita Popular:

Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular:

Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular:

Fara Fauzana


Anugerah Seri Perak

Dato’ Siti Nurhaliza (1996-2001, 2004 & 2009)


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat :

Datuk Sheila Majid


Bintang Paling Popular ABPBH2011:

Aaron Aziz




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Kali ini nak share dengan anda semua live streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) 8 April 2012. Untuk menonton live streaming ABPBH 2011 ini anda perlu klik pada link ini live streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) 8 April 2012.


Anda boleh menonton secara live streaming bermula jam 7 malam iaitu di mana upacara karpet merah akan berlangsung sebelum malam kemuncak pada jam 9 malam. 


Selain menonton secara live streaming, anda boleh menonton siaran langsung majlis berprestij ini di TV3 dan Hot.FM jam 9 malam pada 8 April 2012 ini yang dibawakan terus menerus dari Arena All Star Genting Highland.  


Siapakah yang akan menggondol  Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian kali ini ? Saya rasa Aaron Aziz yang akan menang. Anda pula bagaimana?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Komputer Tablet Pesaing iPad Di Pasaran



Sejak terciptanya komputer tablet iPad yang diperkenalkan oleh Apple sekitar tahun 2008, ia mencetus fenomena baru dalam masyarakat malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia.


Untuk rekod, sehingga hari ini dilaporkan lebih 3 juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia. Sehingga hari ini sudah iPad sudah pun menpunyai 3 generasi iaitu iPad 1, iPad 2 dan iPad 3. 


Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini.


Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad ini.


Jom kita terjah beberapa komputer tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi  yang berada di pasaran :


ASUS PADFONE

  • Gajet hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.


SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1

  • Tablet ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.
  • Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.


TOSHIBA EXCITE X10

  • TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.


LENOVO IDEAPAD S2

  • Tablet ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.


ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

  • Tablet ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.


LG OPTIMUS PAD LTE

  • Tablet ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.


SONY TABLET P

  • Tablet ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.
  • Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.


Secara keseluruhan, kesemua komputer tablet di atas mempunyai asas yang sama. Yang membezakan antara 1 sama lain adalah ciri-ciri yang ditampilkan dan harga. Oleh itu sebagai pengguna yang bijak, buatlah perbandingan antara komputer tablet yang ada di pasaran supaya memenuhi keperluan, kemampuan dan citarasa anda sebelum membuat keputusan pembelian...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget