Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Proton Preve : Nama Sebenar Proton P3-21A 2012 ?



Menurut sumber, Proton Preve adalah nama sebenar Proton P3-21A 2012 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Nama Proton Preve ini dirahsiakan dari pengetahuan umum untuk memberi elemen kejutan buat seluruh rakyat Malaysia. 


Sebelum ini ada pihak yang meramalkan kan model baru Proton 2012 ini ialah Proton Espire. Namun begitu pengumuman secara rasmi nama model ini akan diumumkan pada tarikh pelancaran model ini nanti. 


Model ini jatuh dalam kategori sedan maka pesaing terdekat bagi model ini ialah Honda City dan Toyota Vios. Kepada mereka yang suka membuat perbandingan antara model tempatan dan antarabangsa dalam kelas yang sama, anda boleh lihat jadual di bawah ini :- 




Jom kita terjah antara spesifiikasi lain model ini secara ringkas :- 

  • Harga yang ditawarkan : Antara RM62,000 untuk model asas sehingga RM79,000 untuk model yang berspesifikasi tinggi.
  • Model ini dilengkapi enjin 1.6 liter CFE berkuasa, rangka badan (body frame) HPF yang lebih kukuh, transmisi CVT dengan tiga mode pemanduan iaitu ekonomi, sport dan SAT, penganjak pedal (paddle shifter), empat beg udara, ruang bonet seluas 508 liter, butang penghidup enjin start/stop dan pelbagai lagi.  

Secara keseluruhan, dari aspek luaran Proton P3-21A (Proton Espire) ini menampilkan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, trendy, futuristik dan kelihatan seperti kereta buatan Eropah.


Kalau nak tahu betul ke tidak nama model ini ialah Proton Preve di samping ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak model ini sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Proton sendiri mengenai model baru Proton 2012 ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 27 MAC 2012


Inilah dia keputusan perlawanan suku akhir UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 29 Mac 2012 (1st leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


AC Milan 0-0 Barcelona  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 2.40 am LIVE)


Olimpique Marseille 0-2 Bayern Munich  (STAR SPORTS (CH813) 2.40 am LIVE)

  • Bayern : Mario Gomez, Arjen Robben

Daripada keputusan perlawanan suku akhir pertama (1st leg) ini, Bayern Munich sudah sebelah kaki melangkah ke pentas separuh akhir apabila menundukkan Olimpique Marseille di gelanggang lawan.


Nasib berbeza dihadapi juara bertahan Barcelona apabila diikat AC Milan 0-0 di Nou Camp. AC Milan bermain dengan penuh berdisiplin mengekang Lionel Messi dan rakan-rakan untuk menjaringkan gol.


Turut berpeluang cerah layak ke separuh akhir ialah Real Madrid dan Chelsea yang mencatatkan kemenangan di tempat lawan pada perlawanan yang berlangsung pada 28 Mac 2012 sebelum ini.


Apa-apa pun jangan lepaskan aksi timbal balik (2nd leg) pada 3 April 2012 ini yang melibatkan pertembungan : 

  • Chelsea VS Benfica

  • Real Madrid VS Apoel Nicossia


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 28 MAC 2012


Inilah dia keputusan perlawanan suku akhir UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 28 Mac 2012 (1st leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Benfica 0-1 Chelsea  (ESPN (CH812) 2.40 am LIVE)
  • Chelsea : Solomon Kalou

Apoel Nicossia 0-3 Real Madrid  (STAR SPORTS (CH813) 2.40 am LIVE)
  • Real : Karim Benzema (2 Gol), Kaka

Daripada keputusan perlawanan suku akhir pertama (1st leg) ini, Real Madrid dan Chelsea mempunyai kelebihan untuk mara ke separuh akhir setelah mencatatkan kemenangan di tempat lawan.


Apa-apa pun jangan lepaskan aksi 2 lagi perlawanan pada 29 Mac 2012 (khamis) yang melibatkan pertembungan : 

  • AC Milan VS Barcelona  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 2.40 am LIVE)

  • Olimpique Marseille VS Bayern Munich  (STAR SPORTS (CH813) 2.40 am LIVE)


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~~



Harimau Biru telah diperkenalkan sebagai maskot baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2012. Maskot Harumau Biru PDRM ini diperkenalkan pada sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka baru-baru ini. 


Pemililihan maskot Harimau Biru ini melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.


Inilah dia matlamat maskot Harimau Biru PDRM :-

  • Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.
  • Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.
  • Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.
  • Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.


Diharapkan dengan pelancaran maskot baru ini, pihak PDRM lebih bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara ini disamping sentiasa mempraktikkan 'Standard Operating Procedure (SOP)' dalam menjalankan tugas. Jangan sampai menyalahgunakan kuasa yang diberikan kerana ia akan menjejaskan kredibiliti pasukan beruniform ini di mata rakyat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan Grand Prix Formula 1 (F1) Sepang, Malaysia 25 Mac 2012 menyaksikan Fernando Alonso dari Ferrari muncul juara perlumbaan ke 2 Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.


Sergio Perez dari pasukan Sauber di tempat kedua manakala Lewis Hamilton dari McLaren yang memulakan perlumbaan dari petak pertama melepasi garisan penamat di tangga ke 3 dan Mark Webber dari Red Bull ke 4.


Inilah dia keputusan penuh Grand Prix Formula 1 (F1) Sepang, Malaysia 25 Mac 2012 :- 




Perlumbaan terpaksa diberhentikan selama 50 akibat hujan lebat dan disambung semula selepas hujan berhenti. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyaksikan pelumba terpaksa menukar tayar kering kepada tayar basah beberapa kali.


Tahniah kepada Fernando Alonso dari pasukan Ferrari yang muncul juara @ pemenang untuk edisi kali ini.  Kepada peminat Formula 1 jangan ketinggalan menyaksikan perlumbaan ke 3 Grand Prix Formula 1 akan berlangsung di China pada 13-15 April 2012 ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Menurut sumber, transaksi perbankan menerusi SMS akan dilancarkan oleh Maybank, CIMC Bank dan Public Bank pada Mei 2012 ini. Projek transaksi perbankan SMS ini akan di dokong oleh 2 syarikat telekomunikasi di percayai Celcom dan Maxis. 


Jika projek yang dikenali sebagai MyMobile ini menjadi realiti pastinya ianya menjadi menjadi kaedah terbaru dalam urusniaga perbankan yang mana sebelum ini kita hanya dapat melakukan transaksi di kaunter bank, di mesin ATM, secara online dan phone banking sahaja. 


Antara kelebihan menggunakan MyMobile (perbankan SMS) ini ialah anda dapat melakukan :-

  • Pemindahkan dana termasuk di akaun bank berlainan. 
  • Membayar bil dengan menggunakan telefon mudah alih biasa.
  • Melihat sejarah urus niaga dan membuat pertanyaan mengenai baki.  
  • Melaksanakan urusan perbankan tanpa perlu ke bank atau ke mesin ATM.  
  • Meningkatkan akses serta memudahkan orang ramai termasuk di kawasan terpencil yang mendapat liputan perkhidmatan mudah alih

Menurut sumber, penyediaan perkhidmatan itu adalah antara inisiatif Bank Negara Malaysia untuk mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu yang akan mempercepatkan perpindahan negara kepada sistem pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) sekali gus menghasilkan kecekapan ekonomi yang lebih tinggi.




Perkhidmatan ‘MyMobile’ ini juga menyokong pemindahan dana dengan menggunakan nombor telefon mudah alih benefisiari dan bukannya nombor akaun bank. 


Dengan kaedah ini, ia mengenepikan keperluan mendedahkan butiran akaun bank kepada penghantar kerana nombor akaun bank benefisiari diberikan secara langsung kepada bank pilihannya sama ada melalui pendaftaran terlebih dulu dengan bank atau apabila dana dipindahkan. 


Secara peribadi, saya melihat projek MyMobile ini sememangnya dapat memudahkan urusan perbankan pelanggan-pelanggan bank cuma sebelum ia dilancarkan sepenuhnya nanti diharapkan pihak bank perlu jelaskan berapa caj yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Kadar Tol RM7 Jambatan Kedua Pulau Pinang



Kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah RM7. Jambatan ke 2 Pulau Pinang ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2013. 


Jmbatan baru ini adalah sepanjang 16.9km dan  disifatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan juga terpanjang di dunia apabila ia sipa nanti. 


Jambatan kedua Pulau Pinang ini yang bernilai RM4.5 bilion  adalah 2 kali lebih panjang berbanding jambatan yang pertama.




Jambatan kedua Pulau Pinang ini yang bernilai RM4.5 bilion  adalah 2 kali lebih panjang berbanding jambatan yang pertama.


Untuk rekod, rancangan asal kadar tol untuk jambatan ke 2 ialah RM9.40 memandangkan yang jambatan yang pertama sepatutnya dinaikkan kepada RM9.


Namun buat masa ini kadar tol jambatan Pulau Pinang pertama memang ialah pada kadar RM7 maka jambatan kedua akan mengikut kadar jambatan yang pertama. Apa apa pun kadar tol bagi jambatan Pulau Pinang masih tertakluk kepada sebarang perubahan.


Semoga dengan adanya jambatan kedua ini ekonomi penduduk di bahagian barat daya Pulau Pinang dapat dipertingkatkan lagi memandangkan di kawasan ini majoriti penduduknya adalah masyarakat melayu yang perlukan bantuan kerajaan untuk menjana ekonomi di kawasan mereka....  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Universiti Islam Malaysia (UIM) bakal ditubuhkan di Cyberjaya. Universiti Islam Malaysia (UIM) ini ialah sebuah universiti penyelidikan  khusus bagi pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada pelajar dalam dan luar negara.


Secara amnya sistem pembelajaran di UIM ini berteraskan Islam dan berada di bawah naungan Majlis Raja-Raja. 


Universiti ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 27 hektar dengan struktur seni bina Islam dan istana Melayu termasuk pembinaan sebuah masjid serta menara jam sebagai lambang diraja.


Yang penting UIM bukanlah duplikasi (tiruan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ia adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian Sarjana dan PhD serta sebagai penyambungan semula Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan Raja-Raja Melayu.


Untuk rekod, sesi pengambilan pertama pelajar diadakan Jun 2012 dan mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di kampus sementara di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. 


Universiti ini mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai disiplin termasuk sains, kejuruteraan dan sains sosial, berteraskan Islam. 


Buat masa ini belum diputuskan lagi sama ada universiti ini berstatus institusi pengajian tinggi awam  (IPTS) atau swasta (IPTA). Mungkin sebelum sesi pengambilan pada Jun 2012 ini kita akan mengetahui status universiti ini.


Apa yang diharapkan ialah universiti Islam Malaysia (UIM) ini dapat melahirkan lagi ramai cendikiawan-cendikiawan Islam dalam apa jua bidang yang diterokai sekaligus mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang mempraktikkan ajaran Islam secara menyeluruh....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~


Kad diskaun mahasiswa (pelajar) IPT akan diperkenalkan sebelum Jun 2012 ini. Kad diskaun mahasiswa (pelajar) IPT diperkenalkan bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.


Kad diskaun mahasiswa ini diilhamkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Buat masa ini kementerian masih berbincang dengan pedagang besar yang terbabit dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.


Buat masa ini belum ada keputusan lagi berapakah jumlah diskaun yang ditawarkan oleh pekedai. Mungkin 5% atau mungkin jua 10%. 


Apa yang diharapkan ialah kad diskaun ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun membeli barangan kehidupan seharian mahasiswa selain dari membeli peralatan pembelajaran. Maklumlah mahasiswa bukanlah golongan yang mempunyai pendapatan tetap. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, golongan ini perlu mendapat pembelaan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Masih ingat dengan entri Dah Dapat Cek Churp-Churp ? Just nak kongsi dengan anda semua yang saya dah dapat pun cek buat kali ke 2 hasil dari sewa tapak iklan di blog namun kali ini dari Exabytes melalui Exabytes 100 Blogger Ads Program.


Saya mengetahui adanya program ini melalui laman web syarikat ini. Saya pun apply la melalui emel kepada pihak Exabytes. Segala urusan dibuat melalui emel sahaja. Tak sangka pula blog saya ini terpilih untuk program ini.


Antara kriteria penting untuk layak menyertai program ini ialah trafik blog mestilah melepasi 200 unique visitors setiap hari. Print screen trafik blog mestilah dilampirkan sekali dalam emel. Purata trafik untuk blog ini ialah 1500 unique visitors setiap hari so memang dah meet kriteria lah. 


Inilah dia cek yang saya dapat :-




Nilai cek yang saya terima adalah RM50 sahaja. Jumlahnya tidaklah besar mana tapi bolehlah dari langsung tak dapat apa-apa ya tak ? Tak kisahlah nama pun side income kan. Mungkin selepas ini harganya boleh dirunding jika kontrak disambung. 


Iklan Exabytes ini saya letak di atas Facebook Fan Page di side bar kanan blog ini. Sebenarnya saya apply untuk saiz leaderboard namun atas sebab-sebab tertentu terpaksa pilih untuk saiz side bar.  


Dah terbukti di sini pengiklanan di internet boleh buat duit terutamanya menerusi blog. Bayangkan dari hobi suka-suka menulis blog anda boleh dapat side income. Sapa tak nak duit kan. Tak kiralah berapa jumlahnya.


Bagi blogger di luar sana yang mahu mencuba sewakan tapak iklan kepada Exabytes anda perlu kerap melawat laman web syarikat ini program ini ditawarkan secara bermusim...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 telah pun berlangsung baru-baru ini di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland baru-baru ini.


Beberapa nama besar bolasepak hadir dalam majlis ini untuk membuat undian. Turut hadir ialah 8 kelab yang layak ke peringkat suku akhir Liga-Juara Eropah 2012/2012.


Jom kita terjah keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 :- 




  • Apoel Nicosia FC VS Real Madrid
  • Olimpique Marseille VS Bayern Munich
  • Benfica VS Chelsea
  • AC Milan VS Barcelona


Perlawanan pertama suku akhir (1st leg) akan berlangsung 27 dan 28 Mac 2012 manakala perlawanan kedua (2nd leg) akan berlangsung pada 3 dan 4 April 2012.


Ini pula undian untuk separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2011/2012 :- 


  • Olimpique Marseille or Bayern Munich VS APOEL or Real Madrid
  • Benfica or Chelsea VS AC Milan or Barcelona


Perlawanan separuh akhir pertama (1st leg) akan berlangsung pada 17 dan 18 April manakala separuh akhir kedua (2nd leg) akan berlangsung pada 24 dan 25 April 2012. 


Perlawanan akhir (final) akan berlangsung di Stadium Arena iaitu gelanggang keramat Bayern Munich pada 19 May 2012. 


Ini pula keputusan undian Piala Liga Eropah (UEFA League Cup) 2012/2012 :-



Pasukan manakah yang akan menjulang trofi Liga Juara juara Eropah dan Piala Liga Eropah untuk musim 2011/2012 ini ? Kalau nak tahu jangan ketinggalan menyaksikan setiap perlawanan yang semakin mendebarkan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 



Shiro muncul juara @ pemenang Raja Lawak 6 Astro 2012 ! Shiro yang muncul juara @ pemenang Raja Lawak 6 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. 


Tempat kedua menjadi milik Zero yang membawa pulang RM50,000, barangan elektrik sumbangan Astro berserta trofi manakala Cuit muncul tempat ketiga membawa pulang RM30,000 barangan elektrik sumbangan Astro berserta trofi. Kumpulan 2Yol pula meraih tempat keempat. 


Gelanggang Akhir (Final)Raja Lawak 6 ini bertemakan bebas dan juga muzikal komedi dan keempat-empat finalis telah menjalankan tugas berdasarkan tema yang diberikan. 



Gelanggang Raja Lawak 6 Final (Akhir) ini bersiaran langsung (live) dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 16 Mac 2012 di Astro Warna saluran 132 jam 10 malam. 


Keputusan Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 telah diumumkan oleh Johan dan Zizan yang juga bertindak sebagai hos manakala juri tetap program ini ialah Sheila Rusly, Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.


Tahniah Shiro yang muncul juara @ pemenang Raja Lawak 6 Astro 2012....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Pastinya ramai yang cari " Tonton Raja Lawak 6 Final Live Streaming", "Raja Lawak 6 Akhir Online dan "Raja Lawak 6 Youtube 2012" kan. Raja Lawak 6 sudah di gelanggang terakhir maka ramai yang cari live streaming untuk menonton secara online kan.


Maklumlah ada di kalangan kita peminat Raja Lawak 6 namun apakan daya tidak dapat menonton live di Astro Warna saluran 132 gara-gara tidak melanggan pakej Mustika Astro.


Bagi yang nak tengok Maharaja Lawak Akhir (Final) secara live streaming tu, boleh cuba klik di bawah tapi TIADA JAMINAN anda boleh menonton. Kalau ada rezeki anda, anda dapat menonton sebab kadangkala benda alah ni offline.




Watch live streaming video from astrowarna at livestream.com


Kalau anda tidak dapat tonton secara live streaming ini, anda boleh tunggu sahaja 1 2 jam kemudian tonton sahaja di Youtube kerana pasti ada yang upload videonya nanti. Tak perlu bayar pun ! Tak pun pergi sahaja ke mana-mana kedai makan untuk menonton.


Gelanggang Raja Lawak 6 Final (Akhir) ini akan bersiaran langsung (live) dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 16 Mac 2012 di Astro Warna saluran 132 jam 10 malam. 


Empat peserta yang akan berentap pada Gelanggang Raja Lawak 6 Akhir ini ialah tersebut iaitu Zero, Cuit, 2Yol, dan Shiro




Shiro dan Zero adalah di bawah didikan Tauke (Jambu), sementara Cuit pula di bawah tunjuk ajar Yus (Jambu) dan 2Yol merupakan anak buah kepada Angah. 


Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 akan dihoskan oleh Johan dan Zizan dan juri tetap ialah Sheila Rusly, Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.


Siapa pilihan anda untuk muncul Juara @ Pemenang Raja Lawak 6 ini ? Ini ramalan saya :-


1. Shiro

2. Zero

3. 2Yol

4. Cuit.



Anda pula bagaimana ? 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Semakan Keputusan SPM 2011 Secara Online Dan SMS



Semakan keputusan SPM 2012 boleh dibuat secara online dan SMS bermula 21 Mac 2012. Semakan keputusan SPM 2011 boleh di buat dengan melayari laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my. pada 21 Mac 2012.


Manakala keputusan SPM 2011 juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas bermula 10 pagi 21 Mac 2012 dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888 seperti gambar di bawah ini :





Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, jam 9 pagi pada hari yang sama. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.


Bagi calon persendirian, keputusan anda akan dimaklumkan melalui pos atau anda boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.


Kami dari Blog Aku Dan Sesuatu mengucapkan Tahniah kepada calom SPM 2011 yang mencatatkan keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Masih ada peluang untuk melanjutkan pengajian di mana-mana Instiutut Latihan, Kolej dan Politeknik...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~


 


KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 15 MAC 2012. 8 PASUKAN YANG LAYAK KE SUKU AKHIR


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 15 Mac 2012 (pusingan ke 2 2nd leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Chelsea 4-1 Napoli  (Agg 5-4) (After Extra time)
  • Chelsea : Didier Drogba, John Terry, Frank Lampard (pen), Branislav Ivanovic 
  • Napoli : Gokhan Inler

Real Madrid 4-1 CSKA Moscow (Agg 5-2)
  • Real : Gonzalo Higuain, Cristiano Ronaldo (2 Gol), Karim Benzema
  • CSKA : Zoran Tosic

Juara 5 kali, Real Madrid menepati ramalan layak ke kelompok 8 pasukan terbaik apabila menang 4-1 (Agg 5-2) menewaskan CSKA Moscow di Santiago Bernebeu.


Chelsea pula terpaksa berhempas pulas bermain di masa tambahan untuk menyingkirkan Napoli 4-1 (Agg 5-4) selepas kedudukan secara aggregat terikat 4-4 dalam 90 minit permainan.


Pada minit ke 105 masa tambahan, Branislav Ivanovic muncul wira menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea berkelebihan gol secara aggregat 5-4. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh Didier Drogba, John Terry dan Frank Lampard (penalti). Manakala gol Napoli dikaringkan oleh Gokhan Inler.


Chelsea muncul wakil tunggal England mara ke suku akhir sekaligus menyelamatkan maruah bolasepak England apabila 3 pasukan lain iaitu Manchester City, Manchester United dan Arsenal sudah pun tersingkir dari saingan.


Inilah dia 8 pasukan yang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 :-

  • AC Milan (Italy)
  • Benfica (Portugal)
  • Barcelona (Sepanyol)
  • Apoel Nicossia (Cyprus)
  • Bayern Munich (Jerman)
  • Olimpique Marseille (Perancis)
  • Real Madrid (Sepanyol)
  • Chelsea (England) 

Majlis undian suku akhir UEFA Champions League bagi menentukan pasukan manakah yang akan menjadi lawan masing-masing  nanti akan diumumkan kemudian.


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..






Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 



KEPUTUSAN PENUH : SYRIA 3-0 MALAYSIA


Keputusan Syria VS Malaysia Kelayakan Olimpik 14 Mac 2012 menyaksikan Malaysia kalah 0-3 ke atas Syria dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Raja Abdullah, Amman, Jordan.


Pada separuh masa pertama Malaysia menampilkan corak permainan berdisiplin apabila berjaya mengekang asakan Syria. Tamat separuh masa pertama Syria 0-0 Malaysia.


Separuh masa ke 2 bermula malang buat Malaysia apabila Fadhli Shas menerima kad merah lalu dibuang padang selepas melakukan kekasaran ke atas pemain Syria.


Kekurangann seorang pemain Harimau Muda di atas padang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Syria apbila berjaya menjaringkan gol pada minit 47', 69 dan 80'. Tamat perlawanan Syria 3-0 Malaysia. 


Jepun muncul juara kumpulan C manakala Syria muncul naib juara kumpulan dan akan bermain dalam perlawanan play off menentang wakil dari Afrika.


Malaysia pula GAGAL meraih sebarang mata dan KALAH dalam semua perlawanan. Secara keseluruhan Malaysia menjaringkan 3 gol dan melepaskan 16 gol dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan dan menduduki tangga tercorot.


Apa-apa pun tahniah buat skuad Harimau Muda yang memberikan yang TERBAIK dalam kejohanan kali ini dan muncul satu satunya wakil Asia Tenggara yang mara sejauh ini...



PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Syria live Kelayakan Olimpik 2012 ini kan. Keputusan Malaysia VS Syria ini penting buat Malaysia kerana ini peluang terakhir untuk Harimau Muda untuk mengutip mata untuk menjaga maruah negara.


Untuk rekod, Malaysia KALAH dalam kesemua 5 perlawanan kelayakan Olimpik dalam kumpulan C dan sudahpun tersingkir dari persaingan. Dalam perlawanan terakhir ini, Ong Kim Swee menurunkan ramai pemain muda untuk memberi pendedahan bermain di peringkat antarabangsa.


Jangan lupa tonton perlawanan Malaysia VS Syria live Kelayakan Olimpik dari Stadium Raja Abdullah, Amman, Jordan 14 Mac 2012 di Astro Star Sports saluran 813. Saluran tertunda di TV1 jam 9 malam. Kalau ada live streaming saya akan share di sini nanti.


Keputusan @ result  Malaysia VS Syria live Kelayakan Olimpik 14 Mac 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.. Tunggu...


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 14 MAC 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 14 Mac 2012 (pusingan ke 2 2nd leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Bayern Munich 7-0 FC Basel (Agg 7-1)
  • Bayern : Mario Gomez (4 Gol), Arjen Robben (2 Gol), Thomas Muller

Inter Milan 2-1 Olimpique Marseille (Agg 2-2)
  • Inter : Gabriel Milito, G Pazzini (pen)
  • Marseille : Brandao

Juara 2010, Inter Milan GAGAL layak ke peringkat seterusnya apabila seri 2-2 dengan Marseille (Marseille layak berdasarkan peraturan gol tempat lawan) meskipun menang 2-1 pada perlawanan timbal balik.


Gabriel Milito menjaringkan gol pertama Inter Milan minit ke 83. Ketika perlawanan dilihat bakal diheret ke masa tambahan, Brandao muncul wira Marseille apabial menjaringkan gol penyamaan minit ke 92 menerusi serangan pantas.


Inter Milan dihadiahkan sepakan penalti minit ke 93 apabila Pazzini dijatuhkan oleh penjaga gol Marseille, Mandanda lalu dilayangkan kad merah oleh pengadil. Pazzini berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun tidak membawa makna apabila Marseille layak ke suku akhir berdasarkan peraturan gol tempat lawan.


Sementara itu, Bayern Munich berpesta gol di Stadium Arena apabila membelasah FC Basel 7-0. Bayern mendahului 3-0 di separuh masa pertama dan menambah 4 gol lagi diseparuh masa kedua. Dengan itu, Bayern Munich layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan aggregat 7-1.


Apa-apa pun jangan lupa esok 15 Mac 2012 perlawanan timbal balik (2nd leg) yang melibatkan lagi 4 pasukan yang akan berentap iaitu :-

  • Chelsea VS Napoli 
  • Real Madrid VS CSKA Moscow 

Setakat ini AC MilanBenfica, Barcelona, Apoel Nicossia, Bayern Munich dan Olimpique Marseille sudah menempah tempat ke suku akhir (8 pasukan terbaik Eropah). Baki 2 pasukan lagi akan diketahui selepas tamatnya  perlawanan di atas ini.


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 

Nurul Nadirah Mati Dibakar Sehingga Rentung !



BREAKING NEWS


Akhirnya Nurul Nadirah ditemui mati dibakar sehingga rentung ! Sebelum ini Nurul Nadirah @ Dirang yang ditemui mati ini dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 1 Mac lalu.


Pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini. Ternyatalah mayat rentung itu ialah Nurul Nadirah yang dilaporkan hilang sebelum ini


Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu di ladang kelapa sawit Nusa Damai. Satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.


Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.


Mengapakah anak kecil yang tidak berdosa ini dijadikan korban sedemikian rupa. Adakah semata-mata kerana melepaskan nafsu serakah ataupun disebabkan pertikaian dan salah faham yang pada kebiasaannya melibatkan orang-orang dewasa tetapi pada masa yang sama telah mengheret dan mengorbankan jiwa yang tidak mengerti apa-apa yang sepatutnya kita lindungi dan sayangi? Diharapkan pembunuh Nurul Nadirah akan dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam beliau !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




BREAKING NEWS 


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April 2012. Perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri berkuatkuasa selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat April 2012.


Walaubagaimanapun beliau akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO kerana bagi beliau Wanita UMNO sudah seperti keluarga baginya.


Dipercayai punca perletakan jawatan Datuk seri Shahrizat berpunca  apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.


Walaubagaimanapun Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, beliau merasakan tindakan berundur adalah keputusan yang baik.


Jom kita terjah kronologi isu NFC yang membawa kepada perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil :





Secara peribadi saya merasakan memang tepat keputusan beliau 'mengundurkan diri' dari terus memegang jawatan sebagai menteri. Daripada dipecat adalah lebih baik dari mengundur diri secara terhormat. Bimbang nanti beliau menjadi 'liabiliti' kepada Barisan Nasional pada pilihanraya ke 13 ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Tonton Adnan Sempit 2 Online Streaming Di Youtube !



Kini anda boleh tonton filem Adnan Sempit 2 secara online streaming di Youtube.  Filem Adnan Sempit 2 ini boleh ditonton secara online streaming di Youtube kira-kira sejak seminggu yang lalu apabila ada pihak yang upload full movie ini di Youtube.


Since dah ada filem ini youtube, anda tak perlu risau lagi memikirkan hendak tengok di pawagam atau nak beli cd atau mungkin nak tunggu Hari Raya tahun depan baru dapat tengok.


Apa yang anda perlukan ialah internet untuk menonton filem ini di Youtube. Yang penting boleh menonton filem ini tanpa perlu bayar apa-apa pun. Hanya bayar bil elektrik dan bil internet sahaja.


Jom kita tonton filem Adnan Sempit 2 ini secara online di Youtube :-




Sinopsis filem Adnan Sempit 2 

Filem Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?


Untuk rekod setakat 6 Mac 2012, filem Adnan Sempit 2 ini sudahpun mengutip jualan tiket sebanyak RM 6.33 juta sejak mula ditayangkan pada 23 Februari 2012. Rasanya ada harapan untuk mengatasi jualan tiket Adnan Sempit 1. 


Ada yang yang tanya saya best ke filem ini ? Saya bagi 3.5 dari 5 bintang. Kalau nak tahu best ke tidak tonton la sendiri. Kalau nk tengok di Youtube saya nasihatkan lebih baik tengok cepat-cepat takut nanti sudah ditarik balik dari Youtube...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~


(credit to Beritasemasa.com)


Menurut sumber, Petronas akan mengumumkan 5 bulan bonus untuk kakitangan Petronas. Pengumuman bonus 5 bulan ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mesyuarat bersama pihak pengurusan Petronas baru-baru ini.


Bayaran bonus kakitangan Petronas itu dibuat berdasarkan tahun kewangan yang telah dipendekkan menjadi 9 bulan di mana berakhir pada 31 Disember 2012 yang lalu berbanding sebelumnya, 31 Mac.


Jadi berdasarkan rekod tahun kewangan tersebut, ia bakal diterjemahkan dalam bentuk bonus sebanyak 6.7 bulan, lebih baik daripada rekod sebelum ini 6 bulan.


Untuk rekod, ini merupakan pembayaran bonus paling tinggi dalam sejarah syarikat petroleum terulung negara itu.


Apa apa pun tahniah kepada kakitangan Petronas yang bakal menerima durian runtuh ini. Kepada kakitangan syarikat lain jangan cemburu dengan kakitangan Petronas. Apa yang penting tingkatkan produktiviti kerja anda, InsyaAllah ada bonus menanti anda jika sasaran syarikat berjaya dicapai...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



BREAKING NEWS 


"Skim SBPA dibatalkan dan akan kembali kepada skim SSM di mana skim SSM akan ditambah baik !" Skim SBPA dibatalkan ekoran bantahan pelbagai pihak, khususnya daripada Cuepacs. Selain itu kenaikan gaji adalah sebanyak 13% untuk kakitangan gred 1-54. 


Demikianlah pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemelut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.


Jom kita terjah antara intipati pengumuman penting yang dibuat Perdana Menteri :-

  • Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.
  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
  • Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan.
  • Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan

Namun begitu, saya ada terdengar rungutan penjawat awam gred rendah yang  menyifatkan jumlah kenaikan 13% tersebut terlalu kecil, jika dibandingkan dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat dan menekan kehidupan kakitangan awam.


Bayangkan dengan kenaikan sebanyak 13%, apa sangat yang boleh dibuat untuk menampung kehidupan semasa? Umpamanya, seorang kakitangan awam dengan gaji RM 1,000, akan menerima kenaikan sebanyak RM130 sebulan. Untuk berbelanja barang dapur untuk seminggu pun tak lepas. 


Namun apa yang penting, kerajaan perlulah mengekang kenaikan harga barangan  di pasaran yang biasanya akan naik apabila kenaikan gaji diumumkan. Jika tidak dibendung maka kenaikan gaji 13% itu tidak akan membawa apa-apa makna....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~   



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 14 MAC 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 8 Mac 2012 (pusingan ke 2 2nd leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Barcelona 7-1 Bayer Levekusen (Agg 10-2)
  • Barcelona : Lionel Messi (5 Gol), Cristian Tello (2 Gol)

Apoel Nicossia 1-0 Olimpique Lyon (Agg 1-1) (Pen 4-3)
  • Apoel : G Manduca

Juara bertahan, Barcelona mencipta rekod baru kejohanan apabila membelasah Bayer Leverkusen 7-1 (aggregat 10-2) di gelanggang sendiri dengan sekaligus menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/2012.


Pada perlawanan itu Lionel Messi muncul pemain pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah yang menjaringkan 5 ol dalam 1 perlawanan. 2 gol lagi disumbangkan oleh Cristian Tello.


Wakil Cyprus, Apoel Nicossia mencipta kejutan apabila menang 1-0 ke atas Olimpique Lyon lalu mengheret perlawanan ke sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 secara aggregat tamat 120 minit.


Apoel Nicossia menewaskan Olimpique Lyon 4-3 menerusi sepakan penalti sekaligus mencipta sejarah pasukan pertama dari Cyprus melangkah ke peringkat suku akhir.


Apa-apa pun jangan lupa minggu depan perlawanan timbal balik (2nd leg) yang melibatkan lagi 4 pasukan yang akan berentap iaitu :-


14 Mac 2012

  • Bayern Munich VS Basel
  • Inter Milan VS Olimpique Marseille


15 Mac 2012

  • Chelsea VS Napoli 
  • Real Madrid VS CSKA Moscow 

Setakat ini AC Milan, Benfica, Barcelona dan Apoel Nicossia sudah menempah tempat ke suku akhir (8 pasukan terbaik Eropah). 4 pasukan lagi akan diketahui selepas tamatnya 4 perlawanan di atas ini.


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 

Modenas Ace 115 2012



Modenas Ace 115 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Rekaan Modenas Ace 115 ini ala skuter tetapi masih berasaskan platform moped.


Dengan berslogankan “Evolusi Impian”, motosikal unik yang boleh diumpamakan sebagai model ‘skucai’ ini ditawarkan pada harga kompetetif RM4,598.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan.


Jom kita lihat motosikal baru keluaran Modenas ini dengan lebih dekat :-



Sekali pandang memang nampak unik kan model ini. Jarang ada model 'skucai' yang sporty dan ranggi seperti Ace 115 ini. Antara ciri-ciri  menarik yang di tampilkan Modenas Ace 115 ini adalah seperti :

  • rim aloi
  • sistem penyerap hentak tunggal (monoshock) 
  • brek cakera dwi-piston untuk bahagian hadapan dan dram di belakang
  • sistem transmisi putaran empat kelajuan (rotating system)
  • lampu depan nyalaan lebih terang untuk tunggangan malam

Untuk mengetahui lebih jelas lagi spesifikasi model ini jom terjah jadual di bawah ini :-  




Apa pendapat anda tentang model ini ? Melihat dari harganya memang ramai yang mampu memilikinya. Dari aspek rekaan luarnya memang dah mengancam.


Namun secara peribadi saya kurang berkenan dengan motosikal yang lampu depannya pada badan kerana pada bahagian kepada motosikal nampak kosong. Macam sedikit 'kelakar' walaupun dah banyak sebenarnya motosikal menggunakan lampu di badan.


Kalau anda ingin melihat Modenas Ace 115 2012 ini dengan lebih dekat, anda bolehlah mengunjungi mana-mana wakil jualan Modenas di seluruh Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 7 MAC 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 7 Mac 2012 (pusingan ke 2 2nd leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Arsenal 3-0 AC Milan (Agg 3-4)
  • Arsenal : Laurent Koscielny, Thomas Rosicky, Robin Van Persie

Benfica 2-0 Zenit St Petersburg (Agg 4-3)
  • Benfica : Maxi Pereira, Nelson Oliveira


Arsenal menampilkan persembahan terbaik dengan menjaringkan 3 gol di separuh masa pertama. Tersentak dengan kebangkitan Arsenal, AC Milan memperkemaskan permainan sehingga berjaya mengekang Arsenal dari memburu gol penyamaan sehingga tamat permainan. Meskipun kalah 3-0, AC Milan tetap mara ke suku akhir dengan aggregat 4-3 manakala Arsenal tersingkir dari saingan.


Benfica pula tiada masalah menafikan kemenangan Zenit ST Petersburg 3-2 dalam perlawanan pertama apabila menang 2-0 dalam perlawanan timbal balik lalu menjadikan kedudukan aggregat 4-3. Benfica layak ke suku akhir dan Zenit St Petersburg tersingkir dari saingan.


Apa-apa pun jangan lupa esok perlawanan timbal balik (2nd leg) yang melibatkan 4 pasukan yang akan berentap pada 8 Mac 2012 ialah :-

  • Barcelona VS Bayer Leverkusen (LIVE di Astro ESPN (CH812) 3.30 am)
  • Apoel Nicossia VS Olympique Lyon (LIVE  ESPN HD (CH832) 3.40 am)

Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 




Menurut Kosmo!, Aiman Hakim Vanilla Coklat merupakan keyword tertinggi di Google untuk Februari 2012. Aiman Hakim teraju utama drama Vanilla Coklat sebelum ini popular menerusi program realiti TV Mentor. 


Dalam kategori selebriti pula, Aiman Hakim merupakan selebriti ke 9 tertinggi carian paling di gemari pelayar Google.


Saya yakin penyumbang utama statistik ini ialah golongan wanita kerana kaum wanita adalah peminat utama drama-drama melayu di kaca TV. Tambahan pula si Aiman Hakim ini boleh tahan hemsemnya. Memang ramai perempuan yang cair !


Disebabkan 2 faktor ini maka ramailah wanita yang 'Google' Aiman Hakim ni untuk mengetahui profil dan biodata hero baru ini. Tak kurang juga ada yang nak tahu gosip cinta terbaru Aiman ni. Alahai wanita melayu..




Secara peribadi, saya tak tahu kenapa wanita melayu suka sangat drama melayu. Nak kata best sangat pun tak pernah pula saya dengar drama melayu dapat tembus pasaran luar negara.


Bagi saya drama melayu ni menyebabkan ramai wanita yang terbuai buai perasaan sehingga berada di dalam khayalan palsu, melemahkan minda dan membuang masa sahaja.


Kan bagus kalau golongan wanita ini banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat memajukan diri dalam menempuhi dunia yang kian kompetitif ini seperti menceburi bidang perniagaan. Barulah cerah masa depan dari melayan drama melayu yang tak menjanjikan apa-apa ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Menurut JAKIM, kad kahwin bercetak ayat Al-Quran tidak boleh dibuang sesuka hati. Ini kerana perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata. 


Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya.


Walaupun ada pihak yang meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain namun perbuatan sedemikian patut dielakkan. 


Pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan jika menulis ayat Al-Quran dengan tujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja dalam tulisan rumi.


Secara peribadi saya bersetuju dengan saranan JAKIM. Memadailah dengan menulis maksud ayat tersebut sahaja pada kad kahwin. Pada masa yang sama, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran harus bertanggungjawab dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Andre Villas Boas Dipecat Sebagai Pengurus Chelsea !



BREAKING NEWS !


Andre Villas Boas akhirnya dipecat sebagai pengurus Chelsea berkuatkuasa serta merta. Andre Villas Boas dipecat 24 jam selepas Chelsea kalah 0-1 kepada West Bromwich Albion dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini. 


Kekalahan itu merupakan kekalahan ke 7 Chelsea dalam saingan liga setakat ini yang menyaksikan Chelsea tergelinggir ke tangga ke 5 liga. 


Chelsea turut mengumumkan pembantu pengurus,  Roberto Di Matteo akan mengambilalih peranan pengurus sementara sehingga akhir musim 2011/2012.


Untuk rekod, Villas-Boas, 34 tahun, telah dilantik sebagai pengurus Chelsea 8 bulan lalu dengan yuran perpindahan dari Porto bernilai £13.3million yang dibiayai oleh Roman Abramovich.


Kini calon pilihan utama yang dijangkakan mengisi kekosongan sebagai pengurus Chelsea ialah Rafael Benitez (bekas pengurus Liverpool dan Inter Milan).


Ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pentas Liga-Juara Juara Eropah dan beliau dikatakan mampu mengembalikan prestasi Fernando Torres sebagai penyerang yang digeruni di Eropah.


Apa-apa pun Selamat Maju Jaya buat Andre Villas Boas dan Chelsea yang telah memilih untuk berpisah secara baik. Semoga Chelsea dapat mengembalikan zaman kegemilangannya sebagai kelab yang digeruni selepas ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Semakan keputusan STPM 2011 boleh disemak secara online dan SMS mulai 7 Mac 2012 ini. Semakan keputusan STPM 2011 secara online dan SMS ini boleh di buat bermula jam 12 tengahari 7 Mac 2012 ini. 


Untuk menyemak keputusan STPM 2011 melalui SMS, calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.


Untuk semakan secara online, calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari 7 Mac 2012.


Analisis keputusan STPM 2011 akan didedahkan kepada media jam 12 tengahari 7 Mac 2012 di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.


Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.


Tahniah in advance kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, tak perlu berputus asa. Masih ada peluang melanjutkan pengajian di peringkat kolej, politeknik mahupun mana-mana institut latihan. Yang penting niat menimba ilmu itu perlu ada...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget