Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Awan Nano nyanyian Hafiz muncul pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 2012. Lagu Awan Nano adalah ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat.


Naib Juara pula milik lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang dicipta oleh Kevin Chin dan Tinta.


Tempat Ke 3 pula milik lagu Karma nyanyian Faizal Tahir. Lagu ini dicipta oleh Audi Mok dan Faizal Tahir. Persembahan Terbaik menjadi Alyah - Kisah Hati manakala Vokal Terbaik milik Hafiz AF7 - Awan Nano.


Memang ramai yang tak sangka Awan Nano akan di angkat sebagai Juara Lagu ke 26. Sebenarnya lirik lagu ini memang puitis. Jom kita terjah lirik lagu ini :-



Hafiz AF7 - Awan Nano


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Tahniah kepada pencipta lagu Awan Nano iaitu Datuk M. Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat ! Tekaan saya lagu Sedetik Lebih muncul juara tidak menjadi kenyataan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 2011 :-


Juara Lagu : Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Naib Juara : Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Tempat Ke 3 : Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati
Vokal Terbaik : Hafiz AF7 - Awan Nano



PREVIOUS ENTRY :


Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 2011 akan diketahui malam ini. Keputusan Anugerah Juara Lagu kali ini pastinya sukar ditentukan kerana suma finalis-finalis kali ini hebat-hebat belaka.


Anda boleh tonton Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 2011 ini pukul 9 pagi 29 Januri 2012 di TV3. Bagi yang mahu menonton secara live streaming anda boleh tonton di www.tv3.com.my/ajl26


Antara lagu-lagu yang bertanding adalah:

1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)


Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 2012 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus acara tamat...Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Untuk menonton Anugerah Juara Lagu 26 2012 Live Streaming online 29 Januari 2012 di TV3 anda boleh tonton live streaming AJL 2012 ini di link ini www.tv3.com.my/ajl26.


Maklumlah bukan semua dapat menonton AJL 2012 ini di kaca TV. Bagus juga ada live streaming ini. Ini bermakna rakyat Malaysia di luar negara dapat menonton Anugerah Juara Lagu 26 2012 ini.


Anugerah Juara Lagu 26 2012 ini akan bersiaran langsung (live) dari Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur. Acara karpet merah akan bermula jam 7.30 malam. Majlis akan bermula pukul 9 malam. 


Antara lagu-lagu yang bertanding adalah:


1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)


Harus diingat, populariti lagu tidak akan menjamin sesebuah lagu itu diangkat sebagai juara. Kriteria yang  dicari juri adalah lagu tersebut terbaik dari segi kualiti lagu tersebut termasuk melodi, susunan lagu, lirik dan kredibiliti nyanyian setiap penyanyi lagu itu.


Lagu manakah pilihan anda untuk muncul juara? Pilihan saya Sedetik Letih nyanyian Jaclyn Vicor. Anda pula bagaimana?....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Pontianak Di Menara Condong Teluk Intan Perak ?



Imej pontianak muncul di Menara Condong Teluk Intan Perak baru-baru ini heboh diperkatakan. Imej pontianak di Menara Condong Teluk Intan ini sudah mula tersebar di Facebook dan blog-blog tempatan untuk disensasikan. 


Imej puntianak yang muncul itu dikaitkan dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.


Namun pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.


Menurut Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.


Beliau juga berkata penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak.


Secara peribadi saya merasakan mereka yang 'bertuah' sahaja yang dapat merakam imej entiti ini. Kita mesti  mengakui wujudnya entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun keaslian foto itu boleh dipertikaikan. Boleh jadi ada pihak sengaja mencipta imej itu dengan tujuan memburukkan pusat pelancongan itu. 


Jangan pula disebabkan foto itu kita bertindak memulaukan pusat pelancongan Menara Condong itu kerana belum ada kesahihan mengenai imej pontianak itu.. Kita mestilah pandai menilai dalam perkara ini...Wallahualam.. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Toyota Avanza Baru 2012 (1.3E,1.5E, 1.5G, 1.5S)



Toyota Avanza baru 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Toyota Avanza baru ini telah diperkenalkan di Indonesia pada penghujung tahun 2011 iaitu sedikit awal dari Malaysia. 


Toyota Avanza baru 2012 di datangkan dengan 4 varian sebagai pilihan dengan kapasiti  enjin 1.3 liter dan 1.5 liter, di mana varian 1.3E liter ditawarkan kotak gear manual manakala untuk 1.5E, 1.5G, 1.5S pula kotak gear automatik. 


Totota Avanza 1.3E dilengkapi enjin berkapasiti 1.3 liter yang menghasilkan kuasa 91ps dan 117Nm tork maksimum. Enjin berkod K3-VE 4 silinder sebaris itu sudah popular untuk model kompak terlaris di Malaysia, dilengkapi ciri 16 valve DOHC, rantai pemasaan (timing chain) dan sistem VVT-i yang berupaya menambahkan kuasa dan kelancaran enjin, selain beroperasi lebih cekap dan ekonomi.


Bagi Varian 1.5E, 1.5G dan 1.5S, kesemua model itu dilengkapi enjin berkapasiti 1.5 liter berkod 3SZ-VE dengan keluaran kuasa kuda setinggi 103ps dan 136Nm tork maksimum. Enjin sebaik itu turut dilengkapkan dengan sistem VVT-i yang mampu membantu penjimatan bahan api. 




Inilah dia ruang dalaman (interior) Avanza baru ini. Nampak kemas, elegan dan menarik. Ruang dalamannya cukup luas dan selesa untuk 7 orang penumpang. 


Terdapat juga perubahan kosmetik di bahagian luarannya yang kelihatan lebih sporty, terutamanya di bahagian depan dan belakang, termasuk lampu utama depan dan kombinasi lampu belakang rekaan terbaru.


Bampar depan termasuk jeriji, begitu juga rekaan keseluruhan bahagian belakang termasuk bampar, didapati penampilan Avanza baharu ini tidaklah menghampakan.


Menurut sumber, Avanza baru ini mempunyai ciri pemanduan dan kestabilan yang telah dipertingkatkan berbanding Avanza generasi pertama. Toyota sudah menaik taraf sistem ampaian baru di bahagian roda depan dan belakang yang menyerap hentakan lebih baik untuk perjalanan yang lebih lancar dan selesa.


Jom kita terjah pula harga setiap varian Toyota Avanza baru 2012 ini :-






Harga paling rendah untuk Avanza baru ini ialah RM63,864.00. Pada pendapat saya harganya kompetitif jika dibandingkan dengan harga MPV di dalam kelasnya.  


Nampaknya Toyota Avanza baru ini akan bersaing dengan Proton Exora Bold yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.


Apa pendapat anda tentang model baru Avanza ini? Kalau anda hendak melihat model ini dengan lebih dekat silalah berkunjung ke mana-mana ajen jualan Toyota seluruh Malaysia. Manalah tahu rupanya kereta inilah yang anda nantikan selama ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Kamal Ashnawi Manusia Terkaya Di Dunia Miliki RM20 Trilion ?



Kamal Ashnawi manusia terkaya di dunia miliki RM20 trillion? Betul ke Kamal Ashnawi ini lelaki terkaya di dunia atau sekadar 1 gurauan atau gimik ?


Itulah berada di minda kita apabila tersebarnya berita tentang seorang rakyat Malaysia, Kamal Ashnawi yang mendakwa dirinya manusia terkaya di dunia. 


Kamal Ashnawi yang berasal dari Perak mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion) namun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia.


Untuk membuktikan dakwaannya itu, beliau telah mengemukakan beberapa salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire'.


Dari mana datangnya duit beliau yang banyak itu ya? Jom kita terjah sedikit latar belakang beliau :- 

  • Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd.
  • Mewarisi kekayaan daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
  • Beliau juga mendakwan dirinya adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
  • Pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005 tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
  • Bakal melancarkan 3 projek yang bernilai trilion ringgit; iaitu projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.


Apa motif beliau mengisytiharkan beliau adalah manusia terkaya di dunia ya? Adakah untuk menyakinkan pelabur untuk melabur dalam projek yang beliau lancarkan tak lama lagi? Atau mungkin jua untuk publisiti dan sanjungan?


Tak takutkah beliau akan ancaman keselamatan apabila dengan berani mendedahkan jumlah aset yang beliau miliki? Jika dakwaan beliau palsu memang tak perlu risau kerana memang rugi si penjenayah menjadikan beliau atau ahli keluarganya sebagai sasaran namun jika dakwaan beliau benar bagaimana? 


Terlalu awal hendak merumuskan betul ke dakwaan Kamal Ashnawi ini yang beliau manusia terkaya di dunia. Nak tak nak terpaksalah kita tunggu sahaja perkembangan terbaru beliau dari masa ke semasa untuk mengetahui betul atau tidak dakwaan beliau itu...





Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Jadual Perlawanan Piala Afrika 2012



Ramai yang tidak sedar yang Piala Afrika 2012 telah pun bermula pada 21 januari 2012. Tuan rumah Piala Afrika 2012 ini ialah Gabon dan Equatorial Guinea yang terletak di barat daya benua Afrika.


Piala Afrika ini bermula pada 29 Januari 2012 dan akan berakhir pada 12 Februari 2012 iaitu pada perlawanan akhir Piala Afrika 2012. 


Sebanyak 16 pasukan dari benua Afrika telah layak bertanding dalam Africa Cup of Nations 2012 ini. Jom kita terjah sedikit info mengenai kejohanan ini :-




Setiap negara yang bertanding diundi dalam 4 kumpulan. Inilah dia keputusan undian setiap negara yang bertanding :- 


  • Kumpulan A : Equatorial Guinea, Libya, Senegal, Zambia
  • Kumpulan B : Angola, Burkina Faso, Ivory Coast, Sudan
  • Kumpualn C : Gabon, Maghribi, Niger, Tunisia
  • Kumpulan D : Botswana, Ghana, Guinea, Mali


Kejohanan edisi kali ini seperti kurang serinya apabila beberapa kuasa bolasepak Afrika GAGAL melepasi pusingan kelayakan Piala Afrika 2012 seperti  Cameroon, South Afrika, Togo dan Nigeria.


Ini bermakna beberapa nama besar tidak beraksi untuk edisi kali ini seperti Alex Song (Arsenal & Cameroon), John Obi Mikel (Chelsea & Nigeria) dan Emmanuel Adebayor (Tottenham & Togo). 


Jom kita terjah jadual perlawanan Piala Afrika 2012 ini pula :-



(Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas)


Group A

1/21/12: Equatorial Guinea v Libya, Bata, 1:30 ET
1/21/12: Senegal v Zambia, Bata, 4:00 ET
1/25/12: Libya v Zambia, Bata, 11:00 ET
1/25/12: Equatorial Guinea v Senegal, Bata , 14:00 ET
1/29/12: Equatorial Guinea v Zambia, Malabo, 13:00 ET
1/29/12: Libya v Senegal, Bata , 13:00 ET


Kumpulan B

1/22/12: Ivory Coast v Sudan, Malabo,  11:00 ET
1/22/12: Burkina Faso v Angola, Malabo , 14:00 ET
1/26/12: Sudan v Angola, Malabo, 11:00 ET
1/26/12: Ivory Coast v Burkina Faso, Malabo , 14:00 ET
1/30/12: Sudan v Burkina Faso, Bata,  13:00 ET
1/30/12: Ivory Coast v Angola, Malabo , 13:00 ET


Kumpulan C

1/23/12: Gabon v Niger, Libreville,  11:00 ET        (EUROSPORT (CH814) 12.00 am LIVE)
1/23/12: Morocco v Tunisia, Libreville , 14:00 ET   (EUROSPORT (CH814) 02.45 am LIVE)
1/27/12: Niger v Tunisia, Libreville ,  11:00 ET
1/27/12: Gabon v Morocco, Libreville , 14:00 ET
1/31/12: Gabon v Tunisia, Franceville , 13:00 ET
1/31/12: Niger v Morocco, Libreville , 13:00 ET


Kumpulan D

1/24/12: Ghana v Botswana, Franceville ,  11:00 ET  (EUROSPORT (CH814) 12.00 am LIVE)
1/24/12: Mali v Guinea, Franceville, 14:00 ET             (EUROPSORT (CH814) 02.30 am LIVE)
1/28/12: Botswana v Guinea, Franceville ,  11:00 ET
1/28/12: Ghana v Mali, Franceville , 14:00 ET
2/01/12: Botswana v Mali, Libreville , 13:00 ET
2/01/12: Ghana v Guinea, Franceville , 13:00 ET


Suku Akhir

02/04/12: 1st A v 2nd B, Bata, 11:00 ET
02/04/12: 1st B v 2nd A, Malabo, 14:00 ET
02/05/12: 1st C v 2nd D, Libreville, 11:00 ET
02/05/12: 1st D v 2nd C, Franceville, 14:00 ET


Semi Finals

02/08/12: QF1 winner v QF4 winner, Bata, 11:00 ET
02/08/12: QF3 winner v QF2 winner, Libreville, 14:00 ET


Tempat ke 3

02/11/12, Malabo, 14:00 ET


Perlawanan Akhir (Final)

02/12/2012, Libreville, 14:00 ET



Untuk rekod, Mesir muncul negara yang paling banyak memenangi Piala Afrika iaitu sebanyak 7 kali di ikuti Ghana dan Cameroon 4 kali, Nigeria 2 kali manakala Tunisia, South Afrika, Algeria, Maghribi, Zaire, Congo, Sudan, DRC Congo dan Ethiopia pernah memenanginya sekali.


Anda boleh menonton perlawanan-perlawanan ini di Astro Eurosport saluran 814 bermula jam 12 tengah malam dan 2.30 pagi pada tarikh yang ditetapkan. *(Jadual perlawanan dan waktu siaran mungkin berubah tertakhluk kepada perubahan).


Negara manakah pilihan anda untuk muncul juara edisi kali ini ? Saya pilih Ivory Coast. Apa-apa pun jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan-perlawanan ini. Sila semak jadual perlawanan Piala Afrika 2012 di atas bagi mengelakkan anda terlepas menyaksikan perlawanan-perlawanan yang dijangka menarik ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 akan di adakan di Sitiawan, Perak pada 28 Januari 2012 ini. Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan ini akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 ini dijangka turut dihadiri pemimpin MCA dan Menteri- Menteri Kabinet dan jmulah pegunjung dijangka seramai 40000-50000 orang. 


Turut akan memeriahkan majlis ialah artis-artis tempatan dan artis antarabangsa. Majlis akan dimulakan jam 6 petang dan dijangka tamat sekitar 11 malam. 


Kepada penduduk sekitar Sitiawan Perak anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini. Manalah tahukan ada rezeki angpau untuk anda tahun ini dari Perdana Menteri. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Kalau tak dapat angpau, dapat limau mandarin free pun jadi lah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Harga iPhone 4s Di Malaysia






Just nak share dengan anda semua harga iPhone 4S di Malaysia. Untuk rekod iPhone 4S ini dilancarkan di Malaysia pada 16 Disember 2011.


Bagi yang ingin mendapatkan iPhone 4S ini anda boleh beli dari website Apple atau menerusi pakej yang ditawarkan oleh Celcom, Maxis dan DIGI. 


Harga iPhone 4S di Malaysia ialah :-

  • iPhone 4S (16 GB) – Harga RM2290
  • iPhone  4S (32 GB)- Harga RM2590
  • iPhone 4S (64GB) – Harga RM2890

Ini pelan yang ditawarkan oleh DIGI :-





Iphone 4S Malaysia di bawah pakej DiGi sudah boleh menerima pre-order daripada pelanggan mereka secara online bermula 11 Disember 2011 yang lalu. DiGi  memberi potongan  harga sebanyak RM200 berbanding harga runcit yang disyorkan bagi Iphone 4S Malaysia.


Terdapat 3 pakej yang ditawarkan kepada pelanggan Digi ketika anda membeli Iphone 4S daripada mereka melalui pakej iDiGi 88 hingga pakej iDiGi 238. 



Ini pula pelan yang ditawarkan Maxis :-




Dengan pembelian Iphone 4S Malaysia melalui pakej Maxis, anda boleh mendapatkannya secara percuma Iphone 4S 16GB & iPhone 4S 32 Gb melalui pakej iValue 4 dengan membayar caj bulanan sebanyak RM375 selama tempoh 24 bulan.


Ini pula pelan yang ditawarkan oleh Celcom :


  • Iphone 4S : Pakej Celcom Untuk 12 Bulan Kontrak



  • Iphone 4S : Pakej Celcom Untuk 24 Bulan Kontrak  



Terdapat 4 pakej yang akan ditawarkan oleh Celcom kepada pelanggan iaitu samada :

  • i68
  • i98
  • i148
  • i248


Kesemua 4 pakej di atas termasuk sekali tempoh masa berbual,SMS, MMS dan data, terdapat sehingga kepada 6,000 minit panggilan percuma onnet (Celcom ke Celcom). Celcom menawarkan Iphone 4S serendah RM1, 298 dengan pakej i248


Bagaimana dengan pakej yang ditawarkan oleh Celcom, Maxis dan DIGI ini? Kena tak dengan bajet anda? Tepuk dada tanya selera...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



BREAKING NEWS


Penyanyi Izwan Pilus telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah. Berita Izwan Pilus meninggal dunia ini disahkan oleh Aril AF7 iaitu adik Allahyarham melalui Twitter nya.


Menurut sumber, Izwan Pilus telah meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang 20 Januari 2012. Antara artis yang mengucapkan Takziah ialah Aznil Nawawi dan Datuk Siti Nurhaliza di laman Twitter masing-masing.


Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum dimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.



Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006


Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.


Terdahulu pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.


Salam Takziah buat keluarga Izwan Pilus. Semoga roh Allahyarham dicucri rahmat. Al-Fatihah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Ampang Look Out Point (Menara Tinjau Ampang) kini telah ditutup oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana pengusaha Menara Tinjau Ampang telah  melanggar peraturan.


Ini bermakna segala aktiviti perniagaan di Menara Tinjau di Jalan Hulu Langat-Ampang telah diberhentikan. Penutupan itu dibuat setelah pengusaha di situ dikesan melakukan tambahan dan pengubahsuaian yang keterlaluan sedangkan premis mereka berada di kawasan cerun.


Pengusaha gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan atau dokumen yang berkaitan kepada MPKj walaupun telah diberikan lima notis sejak Ogos 2011 Selain itu, ada juga pengusaha yang dikesan beroperasi tanpa lesen.




Pihak MPKj telah meletakkan batu penghalang di pintu masuk ke kompleks itu dan orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan itu untuk sebarang aktiviti.


Sebelum ini kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana dari atas menara, pelancong dapat melihat keseluruhan Kuala Lumpur yang bermandikan cahaya lampu di waktu malam. 


Saya pernah ke sini beberapa kali memang saya dapat lihat berlakunya pengubahsuaian yang diragui keselamatannya memandangkan kedudukan premis di cerun bukit. Bimbang akan tahap keselamatan pengunjung, saya kira memang patut tempat ini ditutup bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku...  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Nazmi Faiz Bakal Berlatih Di Cardiff City Selama Setahun !



Nazmi Faiz bakal berlatih di Cardiff City setelah kelab Cardiff City itu menawarkan sesi latihan dan percubaan kepada Nazmi Faiz dalam tempoh setahun. 


Pengurus Cardiff City, Malky Mackay baru sahaja pulang dari Malaysia setelah mengadakan perbincangan untuk membawa Nazmi Faiz (17 tahun) ke Cardiff.


Untuk rekod, aksi memukau Nazmi Faiz yang membantu Malaysia memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA dan dalam kelayakan Olimpik telah menjadikan beliau antara permata berharga sukan bola sepak di rantau ini sehingga berjaya membuka mata dunia luar terutamanya Eropah.  


Pada masa yang sama, Cardiff City juga bakal mengadakan 1 sesi latihan bersama antara Malaysia dan Bluebird yang dinamakan sebagai "1Malaysia Cardiff City".




Sebelum ini Cardiff City telah menawarkan Safee Sali dan Safiq Rahim menjalani percubaan di Cardiff namun malangnya kedua-dua mereka tidak terpilih atas faktor usia dan permit kerja. 


Menurut Mackay, Safee Sali cepat menyesuaikan diri dengan pasukan dan Safiq Rahim pula sedikt kecil tetapi berbakat besar. 


Untuk bermain di Eropah, pemain perlu menjalani latihan beberapa tahun di Eropah untuk menyesuaikan diri dan mempelajari aspek fizikal, nutrisi dan kecergasan. Oleh itu pemain muda seperti Nazmi faiz biasanya akan diberi peluang menjalani latihan.


Tahniah kepada Nazmi Faiz yang bakal menjalani latihan di Cardiff City. Semoga beliau dapat mempelajari sesuatu yang berharga di sana nanti dan membantu menaikkan bolasepak Malaysia suatu hari nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Senarai Pemain Terengganu 2012



Senarai pemain Terengganu 2012 telah diumumkan sebelum bermulanya Liga Super 2012. Dalam senarai pemain Terengganu ini, terdapat beberapa muka baru ditampilkan demi menyahut cabaran musim baru ini.


Antaranya ialah 3 tonggak Harimau Muda A iaitu, Muslim Ahmad, Mohamad Faizal Muhammad dan Mohd Shukur Jusoh.


Jom kita terjah senarai penuh skuad Terengganu 2012 :


Penjaga Gol

1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof
3. Mohd Shahril Saa'ri


Pertahanan

1. Mohd Marzuki Yusof (C) 17
2. Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
3. Nik Zul Aziz Nawawi
4. Mohamad Muhaimin Omar 3
5. Mazlizam Mohamad
6. Hariri Mohd Safee (Sabah FA)
7. Hasmizan Kamaruddin
8. Mohamad Faizal B Muhammad (Harimau Muda A)
9. Md.Zubir Md Azmi



Tengah

1. Ismail Faruqi
2. Ahmad Nordin Alias 18
3. Reesyafiq Alwi
4. Joseph Kalang Tie 12
5. Muhamad Ashaari Shamsuddin 22
6. Mohd Shukur B Jusoh (Harimau Muda A)
7. Fakhrurazi Musa
8. Erison Da Silva (Baiano)



Penyerang

1. Abdul Manaf Mamat
2. Abd Hadi Yahya
3. Francis Frankey Doe
4. Mohd Ailim Kamaruddin



Untuk rekod, Terengganu muncul Juara Piala FA, tempat ke 2 Liga Super dan Naib Juara Piala Malaysia untuk musim 2011 di bawah bimbingan Irfan Bakti. 


Apa-apa pun Selamat Maju Jaya buat pasukan Terengganu (skuad Peyu) yang kini di bawah bimbingan jurulatih baru untuk musim 2012, Mat Zan Mat Aris. Semoga musim 2012 menjadi milik Terengganu... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

DRB Hicom Beli 42.74% Saham Proton Dari Khazanah Nasional



DRB Hicom sah membeli 42.74% saham Proton dari Khazanah Nasional iaitu kira-kira RM1.291 bilion atau RM5.50 sesaham saham. Tahniah DRB Hicom !


Ini bermakna dengan pembelian 42.74% saham Proton ini, Proton tidak lagi bergelar Government Linked company (GLC) dan bergelar syarikat swasta sepenuhnya. 


Secara rasionalnya memang DRB Hicom paling layak untuk memiliki Proton berdasarkan pengalamannya dalam dalam mengendalikan pemasaran, pengedaran dan pengeluaran serangkaian luas produk dan komponen automotif berbilang jenama (multibrand) seperti Mercedes, Audi, Suzuki, Volkswagen, Honda dan Isuzu.  


Nampaknya selepas ini semakin kayalah pemilik DRB Hicom, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. Yang pasti kepakaran yang dimiliki DRB Hicom ia pasti dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos untuk membolehkannya Proton bersaing dengan jenama global.


proton drb hicom 2 DRB HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion? Harga Kereta Akan Turun?


Maknanya sekarang Proton kena tingkatkan kualiti model-model keluaran mereka sebab Proton sekarang ini lebih berorientasikan kualiti. Nak keuntungan tinggi perlu hasilkan produk berkualiti barulah ramai pembeli.


Kalau kita tengok sebelum ini Proton mempunyai produk yang agak berjaya seperti Wira, Waja dan Perdana tetapi tidak dibangunkan sewajarnya, kerana tumpuan diberikan kepada produk yang baru. Ini mengakibatkan kos yang tinggi dalam membangunkan jenama. 


Selepas sesuatu model dilancarkan, model sebelum itu akan di 'anak tirikan' dan tumpuan lebih menjurus kepada model baru. Ini bertentangan dengan apa yang kuasa automotif dunia praktikkan sebagai contoh Mercedes E-Class dan Honda Accord dikekalkan tetapi ia berkembang untuk satu generasi yang panjang. Produknya terus ditambah baik tetapi namanya dikekalkan.


Apa-apa pun diharapkan DRB Hicom selepas ini dapat memberi tumpuan kepada vendor Proton maklumlah dah banyak cerita kita dengar mengenai kelemahan vendor Proton yang menyebabkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Proton pudar...



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~~

Melaka Batal Caj Warisan 5%, Ganti Caj RM2 !



BREAKING NEWS


Kerajaan negeri Melaka telah membatalkan caj warisan 5% dan digantikan dengan caj warisan sebanyak RM2 sebagai galang gantinya.


Sebelum ini, Melaka memperkenalkan caj warisan 5% terhadap penginap hotel, rumah tumpangan dan inap desa di negeri Melaka. 


Ekoran pengenalan caj warisan 5% itu, terdapatnya bantahan daripada pengusaha hotel, rumah tumpangan dan inap desa yang merasakan caj itu memberi impak negatif kepada perniagaan mereka.


Sebagai langkah penyelesaiannya, Kerajaan negeri Melaka mengantikan caj warisan 5% itu dengan caj RM2 dan dipersetujui pengusaha hotel.




Secara peribadi, dari dulu lagi saya TIDAK BERSETUJU dengan caj 5% ini kerana lagi saya lihat ianya lebih kepada mengaut lebih banyak lagi hasil cukai bagi menambah kewangan kerajaan Negeri Melaka. Dah la ada service tax 6%, tambah pulak lagi 5%, dah berapa?


Katakan sewa bilik di hotel harganya RM 180. Tambah service tax 6% =  RM 10.80. Tambah pula dengan caj warisan 5% = RM 9. Campur semua sekali jumlahnya ialah RM 199.80!


Maknanya pelancong yang menginap di hotel membayar hampir RM 20 hanya untuk cukai kepada kerajaan.  Rakyat sekarang dan makin bijak. Jangan salahkan pelancong jika mula mengalih perhatian untuk melancong di negeri yang lain pula. 


Namun saya melihat caj baru RM2 ini lebih berpatutan. Rasanya ramai yang tiada masalah dengan caj RM2 ini. Barulah tidak merasa terbeban melancong dan menginap di Melaka.


Dari sudut yang lain pula, ada juga ura-ura mengatakan langkah ini terpaksa diambil bagi mengelakkan dijadikan isu untuk pilihanraya umum ke 13 nanti. Wallahualam..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Jadual Perlawanan Liga Super 2012




Jadual perlawanan Liga Super 2012 telah diumumkan sebelum mulanya musim Liga Super 2012 secara rasmi. Jadual perlawanan Liga Super 2012 dikeluarkan untuk memudahkan pasukan-pasukan yang bertanding untuk membuat persiapan lebih awal mengharungi musim 2012 kali ini. 


Sebanyak 14 buah pasukan negeri dan kelab menyertai Liga Super 2012. Pasukan-pasukan tersebut adalah Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, T-Team, Sabah, Sarawak, Felda United, Johor FC, Lion XII FC, PKNS dan Kuala Lumpur.


Untuk peminat bolasepak tempatan, anda boleh rujuk jadual perlawanan Liga Super 2012 di bawah ini bagi memudahkan anda mengetahui perlawanan seterusnya pasukan pilihan anda.



Jangan lupa serbu stadium-stadium berdekatan anda bagi menyaksikan kehangatan Liga Super musim 2012 kali ini. Selain itu, TV1 dan Astro Arena saluran 801 akan menyiarkan perlawanan terpilih setiap minggu.


Apa-apa pun teruskan menyokong bolasepak Malaysia. Semoga bolasepak Malaysia akan mencapai tahap tertinggi suatu hari nanti. InsyaAllah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) 2012



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) telah dilancarkan baru-baru ini. SARA 1 Malaysia ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka peluang untuk golongan berpendapatan rendah melabur.


Jom kita terjah mekanisme SARA 1Malaysia ini :-

  • Disasarkan kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas 5 tahun.
  • Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
  • Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari 2012 atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  • Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. 
  • Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.


Cara untuk memohon SARA 1Malaysia ini :

  • Borang permohonan SARA 1Malaysia boleh di dapati di cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  • Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti kad pengenalan pemohon (2 salinan), kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan) dan bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Syarat kelayakan memohon SARA 1Malaysia :

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. 
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar.
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Terdapat 2 kaedah yang anda boleh pilih untuk melabur dalam SARA 1Malaysia ini :-


1. Kaedah pinjaman
  • Gaji bawah RM3,000 – anda boleh buat pinjaman RM5,000.
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman.
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84.
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84).

2. Kaedah pelaburan tunai
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan.
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun.
  • Bermakna pelabur boleh untung sehingga 2.68% sebulan.

Secara peribadi saya merasakan skim ini ada baiknya cuma pihak kerajaan perlu jelaskan di manakah wang ini dilaburkan. Minta-minta ianya dilaburkan untuk tujuan yang halal dan berlandaskan syariah. Cuma agak menghairankan apabila kerajaan menggalakkan rakyat meminjam untuk tujuan pelaburan walaupun dijamin kerajaan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~  



Pastinya ramai yang cari "Raja Lawak 6 Live Streaming", "Raja Lawak 6 Online dan "Raja Lawak  6 Youtube 2012". Maklumlah Raja Lawak 6 sudah bermula maka ramai yang cari live streaming untuk menonton secara online kan.


Maklumlah ada di kalangan kita peminat Raja Lawak 6 namun apakan daya tidak dapat menonton live di Astro Warna saluran 132 gara-gara tidak melanggan pakej Mustika Astro.


Bagi yang nak tengok Raja Lawak secara live streaming tu, boleh cuba klik di bawah tapi  TIADA JAMINAN anda boleh menonton. Kalau ada rezeki anda, anda dapat menonton sebab kadangkala benda alah ni offline.




Watch live streaming video from astrowarna at livestream.com


Gelanggang Raja Lawak 6 akan bersiaran langsung (live) di Astro Warna saluran 132 jam 10 malam bermula pada 13 Januari 2012 setiap jumaat manakala Gelanggang Akhir (Final) ialah pada  16 Mac 2012.


Untuk minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 6 (13 Januari 2012) akan bersiaran langsung di saluran 130 dan saluran 132. 


Ini bermakna mereka yang tidak melanggan pakej Mustika boleh menonton secara percuma di saluran 130. Untuk menonton Gelanggang Raja Lawak 6 minggu seterusnya anda kena melanggan pakej Mustika Astro.






Memang pandai kan strategi Astro mengaut keuntungan. Kalau dulu Raja Lawak disiarkan di saluran percuma Astro Prima tapi kini dipindahkan ke Astro Warna dengan harapan lebih ramai yang akan subcribe pakej Mustika ini.


Kalau anda tidak mahu menyumbang kepada keuntungan Astro, anda boleh tunggu sahaja 1 2 jam kemudian tonton sahaja di Youtube kerana pasti ada yang upload videonya nanti. Tak perlu bayar pun ! Tak pun  pergi sahaja ke mana-mana kedai makan untuk menonton.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak 6 di Astro Warna saluran 132  setiap jumaat jam 10 malam bermula 13 Januari 2012 ini. Sama-sama kita saksikan peserta manakah yang mampu berdiri sama tinggi dengan bekas Juara Raja Lawak iaitu Yus, Nabil, Sepah, Kecik dan Man.


P/S : Persembahan terbaik pastinya milik pengacara Raja Lawak 6 iaitu Johan dan Zizan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Skim Kawalan Harga Barang Tahun Baru Cina 2012




Skim kawalan harga barang Tahun Baru Cina 2012 akan bermula dari 19-30 Januari 2012. Skim kawalan harga barang Tahun Baru Cina 2012 ini meliputi 13 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012.


Maklumlah Chinese New Year 2012 kan dah dekat oleh itu permintaan terhadap bahan asas makanan meningkat 2 kali ganda berbanding hari biasa. Faktor majlis perkahwinan dan kenduri kendara pada cuti perayaan ini turut menyumbang kepada peningkatan ini.


Apabila permintaan melebihi penawaran ini akan mengakibatkan peniaga mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.


Oleh itu memang tepat pada masanya skim kawalan harga barang Tahun Baru Cina 2012 di laksanakan. Jom kita terjah senarai 13 jenis barang kawalan ini :- 

  • Ayam hidup : harga maksimum RM5.90 sekilogram
  • Ayam standard : RM7/kg
  • Ayam super : RM7.80/kg
  • Telur ayam gred A : 0.36sen sebiji
  • Telur ayam gred B : 0.35sen 
  • Telur ayam gred C : 0.34sen
  • Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing) : RM3.50/kg 
  • Bawang putih China : RM5/kg
  • Ikan bawal putih besar : RM38/kg
  • Udang putih besar : RM35/kg
  • Babi hidup (hanya di peringkat ladang)  : RM20/kg
  • Perut babi : RM20/kg 
  • Daging babi tanpa lemak dan berlemak : RM15

Bagaimanapun, di Sabah dan Sarawak harga maksimum 13 barangan terbabit kira-kira 10% lebih tinggi berbanding di Semenanjung.


Apa yang pasti tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga atau pemborong yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini. 


Kementerian juga sudah memberi JAMINAN yang barangan keperluan untuk menyambut Tahun Baru Cina kali ini mencukupi. Oleh itu tak perlulah kita membuat pembelian secara panik kerana ini juga boleh menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.


Apa-apa pun yang penting adalah sentiasalah membuat semakan skim kawalan harga barangan Tahun Baru Cina 2011 sebelum membeli belah. Sama-samalah kita menjadi pengguna yang BIJAK !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011

Senarai top 5 finalis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 telah pun di umumkan baru-baru ini. Majlis pengumuman finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 yang diadakan di Holiday Villa Subang. 


Inilah dia senarai top 5 finalis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 :-


Penyanyi lelaki popular :
  • Faizal Tahir
  • Anuar Zain
  • Aizat
  • Hafiz
  • Black

Penyanyi wanita popular :
  • Najwa Latif
  • Yuna
  • Stacy
  • Alyah
  • Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan popular :
  • 6ixth Sense
  • Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
  • Meet Uncle Hussain/Hazama
  • Bunkface
  • Forteen

Artis baru lelaki popular :
  • Johan Ariff As’ari
  • Hazama
  • Awi Rafael
  • Aeril Zafrel
  • Beto Khusyairi

Artis baru wanita popular :
  • Tasha Shilla
  • Najwa Latif
  • Neelofa
  • Nur Fathia
  • Izara Aishah

Pelakon filem lelaki popular :
  • Aaron Aziz
  • Shaheizy Sam
  • Adi Putra
  • Syamsul Yusof
  • Bront Palarae

Pelakon filem wanita popular :
  • Lisa Surihani
  • Maya Karin
  • Diana Danielle
  • Yana Samsudin
  • Eja

Pelakon TV lelaki popular :
  • Aaron Aziz
  • Adi Putra
  • Remy Ishak
  • Fizz Fairuz
  • Fauzi Nawawi


Pelakon TV Wanita popular :
  • Fasha Sandha
  • Tizz Zaqyah
  • Scha Alyahya
  • Nora Danish
  • Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki popular :
  • Zizan Razak
  • Johan
  • Nabil
  • Along Cham
  • Afdlin Shauki

Artis komedi wanita popular :
  • Noorkhiriah
  • Sharifah Shahira
  • Didie Alias
  • Kenchana Dewi
  • Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki popular :
  • Aznil Nawawi
  • Faizal Ismail
  • Ally Iskandar
  • Awal Ashaari
  • Zizan Razak

Pengacara TV wanita popular :
  • Fara Fauzana
  • Cheryl Samad
  • Sharifah Shahira
  • Raja Azura
  • Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki popular :
  • Faizal Ismail
  • Aznil Nawawi
  • AG
  • Halim Othman
  • Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita popular :
  • Fara Fauzana
  • Linda Onn
  • Raja Azura
  • Abby Fana
  • Sharifah Shahira


Good luck dan selamat berjaya. Kepada peminat, selamat mengundi ya!



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget