Saturday, July 14

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)



Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sudah pun dilancarkan baru-baru ini. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  


Lokasi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang pertama terletak di Batu 14, Hulu Langat dan dijangkakan sebanyak 30 lagi KKR1M akan dibuka seluruh negara dalam tempoh 2 tahun ini.


Jom kita terjah antara kain yang dijual bersama dengan harga jualannya :- 

  • Kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran
  • Baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran
  • Kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran

Selain keperluan pakaian, kedai ini turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok


Untuk rekod terdapat lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis ini termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan.


Kalau anda mahu melihat dengan lebih dekat Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ini apa kata anda singgah sendiri di kedai ini yang beralamat :-


No 1, Jalan Lagenda Suria, 
Taman Lagenda Suria 
Batu 14 Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan


Kepada yang berkesempatan tu bolehlah singgah. Mana tahu kan ada kain yang anda berkenan untuk dijadikan langsir atau pakaian raya anda tahun ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

4 comments:

  1. jauh betul beza dengan harga pasaran, balik modal ke tak jual murah2 sangat tu.

    ReplyDelete
  2. Tekejut plak tgk harga...td baru sat lalu...

    ReplyDelete
  3. Memng murah gila2 sya beli kain pasang jenis siffon 4 ela baru rm15..kain langsir 1 meter rm3 je

    ReplyDelete
  4. Byk lg yg ade lg kt sna.. Kain lycra printed rm5/meter brbnding dluar.. Baju melayu rm19-rm50 sepasang..

    ReplyDelete