Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Di Setiawangsa Kuala Lumpur



Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di Plaza Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur telah pun di buka baru-baru ini. Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di buka setiap hari dari 7 pagi sampai 10 malam.


Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis ikan yang dijual 30-40% lebih murah namun 5 jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling adalah lebih banyak dijual. 


Hargi ikan di kedai ini di jamin lebih murah dan segar sebagai contohnya ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.


Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB). Tertanya-tanya juga kenapa tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) yang dapat projek ini ya? Hmm... 




Bila kedai ini dapat jual ikan dengan harga 30-40% lebih murah dari harga pasaran adakah ini bermakna sebenarnya harga ikan di pasaran adalah jauh lebih rendah ?  


Adakah ini bermakna selama ini 'orang tengah' lah yang banyak mengaut untung memandangkan pendapatan nelayan tak lah seberapa sangat. Masih ramai nelayan yang berstatus miskin di Malaysia ini. 


Harga ikan kalau ikutkan sekarang ni memang mahal sedangkan kerajaan dah bantu macam-macam subsidi seperti subsidi minyak diesel dan petrol, elaun sara hidup RM200 sebulan, insentif tangkapan ikan lah tapi ikan  tetap mahal. 


Sebelum ini semua subsidi ini takde, harga ikan lagi murah tapi bila dah ada macam-macm subsidi, harga ikan menjadi mahal la pulak. Bukankah tujuan subsidi diberi ialah untuk mengurangkan harga ikan.. Ada siapa-siapa boleh jawab tak....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Menurut sumber, Proton Saga FLX SE 1.6L akan dilancarkan pada 1 Disember 2011 ini. Sebelum ini Proton Saga FLX SE 1.6L ini di jadualkan dilancarkan pada 25 November 2011 namun ia di tangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. 


Antara ciri-ciri baru yang ditampilkan model Proton Saga FLX Special Edition 1.6L ini ialah :-

  • Enjin CamPro 1.6 liter
  • Warna pilihan : Merah Maroon dan Putih
  • Sistem transmisi CVT 6 kelajuan
  • Kuasa kuda boleh mencecah setinggi 108hp@5,750rpm dan tork maksimum 150Nm@4,000rpm.

Daripada brochure di atas, dapat di lihat model ini turut menampilkan kusyen kulit baru, lampu combi rekaan baru, dan kit badan yang sporty dan elegan.   


Menurut sumber, dari segi harga pula Proton Saga FLX SE 1.6L ini dijangka mengekalkan harga di bawah paras RM 50000. 


Nak cakap banyak-banyak pun tak guna sebab belum ada maklumat rasmi dari Proton sendiri. Oleh itu kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Proton Saga FLX SE 1.6L ini apa kata sama-sama kita tunggu sahaja pada pelancaran rasmi model ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN MALAYSIA VS BAHRAIN LIVE KELAYAKAN OLIMPIK 27 NOVEMBER 2012


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 2-3 BAHRAIN



Keputusan Malaysia VS Bahrain Malaysia kalah 2-3 ke atas Bahrain dalam perlawanan kumpulan C yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.


Pada separuh masa pertama menyaksikan permainan seimbang kedua-dua pasukan namun Bahrain dilihat lebih berbahaya apabila kerap membawa bola ke dalam kotak penalti manakala Malaysia pula lebih kepada gerakan berpasukan ketika menyerang ke kubu Bahrain.


Malaysia mendahului Bahrain dengan 1-0 hasil gol menarik dari Nazmi Faiz minit 28. Malaysia nampak selesa mendominasi bahagian tengah hasil gandingan Irfan Fazail, Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal dan Fandi Othman.


Jom kita tonton gol pertama Malaysia menerusi sepakan cantik dari Nazmi Faiz Mansor (Kaka Malaysia) :






Kedudukan separuh masa pertama tamat dengan Malaysia 1-0 Bahrain. Sambil menunggu separuh masa kedua bermula apa kata kita tonton MasterChef Malaysia sambil makan Twisties dan minum Coca Cola..


Separuh masa kedua bermula baik apabila Malaysia mendapat gol kedua menerusi Mahali Jasuli minit ke 67 yang bijak melakukan lob ke dalam gawang Bahrain ketika keadaan kelam kabut di depan gol Bahrain. 


Jom kita tonton gol kedua Malaysia menerusi Mahali Jasuli :






Namun agak malang bagi Malaysia apabila Nazmi Faiz terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lalu Shukur Jusoh dimasukkan. Bahrain pula terpaksa bermain 10 pemain apabial seorang pemainnya dilayangkan kad merah. 


Bahrain yang tersentak  dengan kedua Malaysia menjaringkan gol pertama minit ke 79 menerusi overhead kick Saad Salah Al Amir di depan pintu gol Malaysia lalu masuk melepasi Khairul Fahmi Che Mat.


Bahrain yang bagaikan mendapat semangat dengan gol sulung itu terus menjaringkan gol kedua menerusi Isa Ahmed Muthana hasil sepakan percuma minit ke 85 lalu mengikat kedudukan 2-2.


Sekali lagi Isa Ahmed Muthana memusnahkan harapan rakyat Malaysia apabila menjaringkan gol kemenangan hasil serangan pantas pada minit ke 86 menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Malaysia.


Jom kita tonton 3 gol yang dijaringkan oleh Bahrain dalam tempoh masa 6 minit :






Malaysia cuba mencari gol penyamaan di saat-saat akhir GAGAL mendapatkan gol penyamaan. Kedudukan Malaysia 2-3 Bahrain kekal sehingga tamat perlawanan.


Agak malang buat Malaysia yang mendahului 2-0 selama 78 minit akhirnya kalah 2-3 ke atas Bahrain dalam perlawanan yang penuh dramatik. Sekali lagi terlalu selesa selepas mendahului dan leka dalam permainan menghukum skuad Harimau Muda..


Walaupun tewas untuk perlawanan ini namun kita harus tetap menyokong skuad harimau Muda ini kerana merekalah yang mengibarkan bendera Malaysia di pentas dunia. Beri sedikit masa lagi untuk skuad ini mantap sepenuhnya. Semoga pasukan Harimau Muda mengambil ikhtibar atas kekalahan ini. 


Kepada yang yang tidak berpuas hati atas kekalahan ini, apa kata anda tonton MasterChef Malaysia sambil makan Twisties dan minum Coca Cola bagi mengurangkan kesedihan anda...





PREVIOUS ENTRY 


Keputusan Malaysia VS Bahrain live Kelayakan Olimpik 27 November 2011 ini pastinya di tunggu-tunggu peminat bolasepak di Malaysia terutamanya selepas Malaysia menggondol pingat emas bolasepak Sukan SEA 2011.


Keputusan Malaysia VS Bahrain amat penting bagi Malaysia kerana jika Malaysia tewas maka impian ke Sukan Olimpik 2012 pastinya terkubur. Pada masa yang sama Bahrain juga memburu kemenangan pertama dalam perlawanan ini. 


Untuk rekod, Malaysia sudah pun tumpas 2 kali dalam perlawanan dalam kumpulan C iatu tewas 2-0 ke atas Jepun dan 0-2 ke atas Syria. Bahrain juga sudah 2 kali tewas kepada lawan yang sama.


Harimau Muda akan menggunakan taktik menyerang habis-habisan, namun perlu berwaspada dengan asakan pantas Bahrain, yang disifatkan memiliki corak permainan sama seperti Syria.




Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dijangka membuat sedikit rombakan pemain di mana Nazmi Faiz akan bermain sebagai 'playmaker' bagi membantu Tamil Arasu di bahagian serangan. 


Nasib 3 tonggak utama Malaysia iaitu Irfan Fazail, Muslim Ahmad dan Syahrul Azwari belum pasti dapat di turunkan kerana masih belum cergas sepenuhnya. 


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung (live) Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 27 November 2011 di TV1 jam 8.45 malam. Kalau ada live streaming, Admin akan update kemudian.


Keputusan @ result Malaysia VS Bahrain live Kelayakan Olimpik 27 November 2011 akan dikemaskini di Blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Tips Melupakan Orang Yang Kita Sayang




Melupakan orang yang kita sayang bukanlah 1 tugas yang mudah apabila dia pernah bertakhta di hati sanubari kita suatu ketika dahulu. Namun kita terpaksa melupakannya apabila dia bukan lagi yang terbaik untuk kita ataupun kita sebenarnya bukan yang terbaik untuk dia.


Kali ini nak share dengan anda semua tips melupakan orang yang kita sayang :-


1. Menerima kenyataan
  • Menerima dengan lapang dada kenyataan hidup ini dan selalu ingat bahawa dia memang bukan yang terbaik untuk kita  dan yakin bahawa suatu ketika nanti kita akan bertemukan insan yang terbaik untu kita.


2. Menyibukan diri
  • Anda perlu menyibukan diri dengan mengajak teman-teman terdekat anda untuk 'hangout' seperti menonton wayang, berjalan-jalan ke taman hiburan, atau sekadar lepak dicafe sambil cuci mata manalah tau ada 'sasaran' baru yang boleh membuatkan anda terhibur dan dapat mempercepat melupakan si dia. Ini kerana ada beberapa theory membuktikan untuk melupakan si dia carilah si pengganti.

3. Hindari dari si dia
  • Hindari segala perkara yang berhubungan dengan si dia seperti SMS dan telefon apatah lagi bertemu kerana itu akan membuat anda terus mengingatnya kembali. Kalau boleh hide si dia akaun Facebook anda tanpa perlu remove as friend.

4. Hindari perkara-perkara romantis 
  • Ketika dia sudah tidak bersamamu, anda akan selalu merasa sensitif jika ada orang lain bersikap romantis kepada pasangannya. Oleh itu hindarilah filem atau lagu-lagu romantis yang dapat mengingatkan anda kepada si dia, anda boleh menggantikannya dengan menonton filem komedi, action atau horror serta anda juga seharusnya mendengar lagu-lagu yang ceria dan membuat anda bersemangat untuk meneruskan hidup anda.

5. Berubah menjadi lebih baik
  • Terkadang kerana cinta kita menjadi buta, bahkan ada orang yang rela menghancurkan dirinya hanya kerana kehilangan orang yang mereka sayang. Menghancurkan diri sendiri itu bukanlah jalan penyelesaiannya kerana ia sangat merugikan. Oleh itu cabar diri anda untuk menjadi insan yang terbaik untuk membuatkannya rasa menyesal kerana sudah mensia-siakan kita. Bila anda menjadi lebih baik maka percayalah anda berhak mendapat pengganti yang lebih baik. Bila anda mendapat pengganti yang lebih baik anda akan dapat melupakan si dia.  

Jika tips di atas telah anda cuba dan ianya berhasil, maka usaha anda nyata tidak sia-sia. Yang penting jangan jadikan si dia di masa lalu itu sebagai musuh. Apa yang penting, anda sudah mampu meneruskan hidup anda yang sekarang tanpa menoleh lagi kebelakang. Jadikan saja kenangan masa lalu itu sebagai pengajaran yang berharga untuk hubungan anda selanjutnya…



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Keputusan Separuh Akhir Ke 2 Muzik Muzik 26 25 November 2011



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 26 25 NOVEMBER 2011


Keputusan separuh akhir ke 2 Muzik Muzik 26 25 November 2011 akan diketahui malam ini apabila 11 lagu dipertaruhkan dalam separuh akhir kedua Muzik Muzik 2011. 


Muzik-Muzik 26 Separuh Akhir ini bersiaran langsung dari Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 mulai pukul 9 malam. Kalau ada live streaming Admin akan update kemudian.


Inilah dia senarai lagu Separuh Akhir kedua Muzik Muzik 26 25 November 2011 yang bertanding :-


1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)

2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)

4. Luar Biasa (Shahir)

5. Perpisahan Ini (1st Edition feat. Nubhan)

6. Cinta Teragung (Hazama)

7. Pokok (Meet Uncle Hussein feat. Nubhan)

8. Sungai Lui (Aizat)

9. Bagaikan Bidadari (Tomok)

10. Ilusi (Adira)

11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)


Inilah dia keputusan Separuh Akhir kedua Muzik Muzik 26 18 November 2011 (lagu yang disenarai pendek ke Anugerah Juara Lagu 26 2011)


1. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

2. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)

3. Sungai Lui (Aizat)

4. Cinta Teragung (Hazama)

5. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)


Ini pula keputusan Separuh Akhir pertama Muzik Muzik 26 18 November 2011 (lagu yang disenarai pendek ke Anugerah Juara Lagu 26 2011)  :-


1- Mata Hati (Nubhan)

2- Kisah Hati  (Alyah)

3- Gadis Semasa  (Yuna)

4- Awan Nano  (Hafiz)

5- Beribu Sesalan - (Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah)


Untuk melihat senarai penuh 30 lagu yang betanding sila klik di sini senarai lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 26 2011.


Tahniah kepada lagu yang layak !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Mulai 1 Januari 2012, syarat baru pinjaman (loan) bank dan institusi perbankan akan berkuatkuasa di mana bank dan institusi perbankan akan membuat penilaian yang ketat ke atas bakal peminjam. 


Mengikut syarat baru pinjaman (loan) Bank Negara Malaysia 2012, bank dan institusi kewangan kini perlu mengambil kira : 
  • Pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman KWSP
  • Potongan cukai berjadual (PCB) dan
  • Semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Syarat baru pinjaman (loan) bank dan institusi kewangan meliputi:- 
  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman kereta
  • Kad kredit dan kad caj
  • Pinjaman peribadi termasuk overdraf
  • Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia.

Selain itu pihak bank juga perlu pastikan bakal peminjam jelas tentang : 
  • Jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan,
  • Jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, 
  • Risiko pinjaman bank dan
  • Kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya

Garis panduan baru pinjaman ini diperkenalkan oleh Bank Negara bertujuan menggalakkan amalan memberikan pembiayaan secara berhemah dan menyekat lebih ramai golongan muda diisytihar muflis. 


Secara peribadi ada banyak kebaikan syarat baru pinjaman (loan) ini antaranya :- 
  • Mengurangkan kadar non performing loan (NPL) bank dan institusi kewangan. 
  • Mengelakkan lebih ramai golongan muda di isytiharkan muflis (bankrap).
  • Mengelakkan dari golongan muda membuat pinjaman untuk tujuan yang tidak munasabah.
  • Dapat memberi tekanan kepada pemaju untuk mengurangkan harga jualan rumah apabila kemudahan kredit diperketatkan.

Apa yang penting ialah 'ukur baju di badan sendiri' sebelum membuat pinjaman. Mampu ke bayar faedah (interest) bulan-bulan? Dah la kos sara hidup kian meningkat. Oleh itu kalau boleh elakkan pinjaman untuk tujuan yang tidak berfaedah.  


Walaupun syarat pinjaman sudah diperketatkan dan dikawal namun wang dalam tangan pengguna kerajaan tidak boleh kawal. Oleh itu adalah penting untuk Bank Negara supaya lebih menumpukan kepada mendidik pengguna supaya berbelanja dengan berhemah supaya jumlah golongan muflis di negara ini dapat di kurangkan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  

Laman Web 1Malaysia Digodam Hacker Indonesia !



Laman web 1Malaysia digodam hacker Indonesia hari ini di percayai akibat tidak berpuas hati dengan kejayaan Malaysia menggondol pingat emas Sukan SEA 2011 menewaskan Indonesia 4-3 dalam penentuan sepakan penalti.


Front page laman web 1Malaysia yang digodam ini memaparkan imej seorang kanak-kanak yang memakai topi lambang Indonesia sedang membuang air kecil ke atas bendera Malaysia dan terdapat perkataan 'FUCK'.


Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam".


Tindakan itu tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.


Di percayai lama web 1Malaysia digodam kira-kira jam 6 pagi tadi (24 Nov 2011). Kini laman web ini berstatus "under maintenance" dipercayai untuk proses pemulihan.


Setakat ini, apa yang dapat dilihat ialah pelayan atau server laman itu tidak boleh diakses secara baik sepanjang pagi ini selepas laman web 1Malaysia digodam oleh pengodam.


Diharapkan pihak SKMM dan pihak Polis menyiasat kejadian yang memalukan imej Malaysia ini. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 24 NOVEMBER 2011


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 24 November 2011 (perlawanan ke 4 peringkat kumpulan) yang berlangsung awal pagi tadi.


KUMPULAN E

Valencia 7-0 Racing Genk 
  • Valencia : Jonas, Roberto Soldado (3 gol), Pablo Hernandez, A. Aduriz, T. Costa

Bayer Leverkusen 2-1 Chelsea (STAR SPORTS (CH813) 3.30 am LIVE)
  • Bayer : E. Derdiyok, M. Friedrich
  • Chelsea : Didier Drogba

KUMPULAN F


Arsenal 2-1 Borussia Dortmund  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 5.30 am DELAYED)
  • Arsenal : Robin Van Persie
  • Borussia : S. Kagawa

Marseille 0-1 Olympiakos Piraues  (STAR SPORTS (CH813) 5.30 am DELAYED)
  • Olympiakos : G. Fetfatzidis 

KUMPULAN G

Zenit St Petersburg 0-0 APOEL Nicosia


 Shahktar Donetsk 0-2 Porto 
  • Porto : Hulk, R. Rat (own goal)

KUMPULAN H

BATE Borisov 0-1  Viktoria Plzen
  • Viktoria : M. Bakos

AC Milan 2-3 Barcelona  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 3.30 am LIVE)
  • Milan : Zlatan Ibrahimovic, K. Boateng
  • Barcelona : Mark Van Bommel (own goal), Lionel Messi (penalti), Xavi Hernandez. 

Inilah dia kedudukan dalam kumpulan E, F, G, H selepas tamatnya perlawanan ke 5 peringkat kumpulan :-




Dari keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 24 November 2011 ini, Arsenal sah layak ke pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012


Sebelum ini, pasukan lain yang sudah mengesahkan tempat ialah Bayern Munich, Inter Milan, Real Madrid, Barcelona dan AC Milan.


Pastinya persaingan akan menjadi sengit untuk merebut baki 10 tempat ke pusingan kedua dalam perlawanan  ke 6 peringkat kumpulan nanti. Tekanan pastinya kepada kelab berstatus pilihan yang masih belum layak ke pusingan kedua seperti Manchester United, Chelsea dan Manchester City.


Jangan lupa aksi UEFA Champions League 2 minggu dari sekarang bagi mengetahui nasib 3 gergasi England iaitu Chelsea, Manchester United dan Manchester City sama ada mereka layak atau tersingkir...


P/S : Apa aktiviti anda hari ini ? Kalau tak ada apa-apa, jom kita pakat-pakat menonton Masterchef Malaysia sambil makan Twisties dan minum Coca Cola....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN MALAYSIA VS SYRIA LIVE KELAYAKAN OLIMPIK 23 NOVEMBER 2011 


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-2 SYRIA


Keputusan Malaysia VS Syria menyaksikan Malaysia kalah 0-2 kepada Syria dalam perlawanan ke 2 peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia 0-0 Syria. Permainan seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan dan saling serang menyerang ke kubu lawan.


Syria banyak melakukan percubaan jarak jauh ke gawang Malaysia namun berjaya dinafikan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.




Manakala Harimau Muda menampilkan  pergerakan yang menarik terutamanya dari Nazmi Faiz dan Wan Zack Haikal namun masih belum dapat diterjemahkan dalam bentuk jaringan.


Secara keseluruhan pemain Malaysia seperti tidak mengenal erti keletihan selepas perlawanan menentang Indonesia di pentas Final Sukan SEA.


Sementara menunggu permainan separuh masa kedua apa kata kita minum Coca Cola dan makan Twisties dulu..


Separuh masa kedua bermula baik buat Syria apabila berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan Solaiman Solaiman minit ke 52. Skuad bawah 23 tahun yang tersentak dengan jaringan itu cuba memperkemaskan permainan.






Namun atas faktor keletihan pemain Malaysia dan ketumpulan barisan serangan, permainan lebih banyak di dominasi oleh Syria dengan pergerakan kemas dan menarik.


Ketika Harimau Muda rancak mengatur rentak, tiba-tiba Syria datang melakukan serangan pantas pada minit ke 87 menerusi Nassouh Nakkdahli lalu menghasilkan jaringan kedua Syria.






Keputusan penuh Malaysia 0-2 Syria. Selepas ini Malaysia di jadualkan akan bertemu Bahrain di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 27 November 2011.


Harap-harap selepas ini Ong Kim Swee dapat menumpu perhatian memperbaiki barisan serangan Malaysia yang semakin hilang ketajaman di depan pintu gol. Kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan bukanlah alasan...



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS Syria live Kelayakan Olimpik (pusingan ke 3) 23 November 2011 pastinya di nanti-nantikan oleh seluruh peminat bolasepak Malaysia terutamanya selepas Harimau Muda menggondol pingat emas Sukan SEA 2011 baru-baru ini.


Keputusan Malaysia VS Syria amat penting bagi Malaysia kerana skuad bawah 23 negara sudahpun tewas kepada Jepun 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pusingan ke 3 yang berlangsung di Jepun.


Pastinya masalah kecergasan dan masalah kecederaan pemain antara faktor utama yang meresahkan Ong Kim Swee, tetapi motivasi dan semangat pemain semasa di Indonesia menjadi tonik sandaran skuad Harimau Muda untuk perlawanan malam ini.




Antara pemain yang dilaporkan masih belum cergas ialah Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart selain  Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih diragui. Apa-apapun kita mengharapkan persembahan terbaik dari Malaysia ketika menentang Syria ini nanti.


Jangan lupa saksikan siaran langsung (live) Malaysia VS Syria Kelayakan Olimpik 23 November 2011 ini di TV1 jam 8.45 malam.


Bagi yang yang mahu menonton secara live streaming, sila klik link ini :-


Keputusan @ result Malaysia VS Syria live Kelayakan Olimpik (pusingan ke 3) 23 November 2011 ini akan dikemaskini di Blog ini sejurus perlawanan tamat.


P/S : Sementara kita menantikan perlawanan ini apa kata kita tonton Masterchef Malaysia sambil minum Coca Cola dan  makan Twisties dulu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Hari ini adalah birthday saya. Biasalah bila umur dah bertambah memang kita tak expect apa apa pada hari ulang tahun kelahiran kita. Kadang-kadang sampai terlupa tarikh birthday kita sendiri. 


Tapi tak sangka pula birthday kali ini saya dapat kek dan paling best menang cabutan bertuah pada hari yang sama dalam 1 acara yang dianjurkan oleh pihak NGO. 


Untuk rekod ini kali kedua dapat hamper cabutan bertuah pada tahun ini. Sebelum ini pernah menang hamper cabutan bertuah pada Rumah Terbuka Aidilfitri 2011


Gambar di bawah ini ialah kek dan barang-barang makanan yang terdapat di dalam hamper tersebut :-




Tak sangka pula nombor saya diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah. Antara isi hamper ini ialah air berkabonat, wafer, Milo, Nestum, biskut Tiger, snek-snek ringan dan gula-gula.


Bila buka hamper ini dan meneliti seluruh hadiah di dalam hamper ini dapatlah di anggarkan harga hamper ini adalah dalam RM40- RM50. Kek pula harganya ada dalam RM30 kot. 


Tak kisahlah berapa harganya janji orang ikhlas nak beri dan kita seharusnya bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasihlah untuk kek dan penganjur yang menjemput saya ke acara tersebut sehingga 'ter'menang cabutan bertuah. Kalau ada lagi next time jangan lupa jemput ye.. :)



Happy Bestday untuk diri sendiri...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 23 NOVEMBER 20011


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 23 November 2011 (perlawanan ke 5 peringkat kumpulan) yang berlangsung awal pagi ini.



KUMPULAN A


Bayern Munich 3-1 Villareal
  • Bayern : Arjen Robben, Mario Gomez, Frank Ribery
  • Villareal : J.D Guzman

Napoli 2-1 Manchester City  (STAR SPORTS (CH813) 3.30 am LIVE)
  • Napoli : E. Cavani (2 gol)
  • Man City : Mario Balotelli

KUMPULAN B

CSKA Moscow 0-2 Lille  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 12.45 am LIVE)
  • Lille: V. Berezutski (o.g.), M. Sow 

 Trabzonspor 1-1 Inter Milan (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832)5.30 am DELAYED)
  • Trabzonspor : H. Altintop
  • Inter : R. Alvarez

KUMPULAN C

Manchester United 2-2 Benfica  (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 3.30 am LIVE)
  • Man Utd : Dimitar Berbatov, Darren Fletcher
  • Benfica : Phil Jones (own goal), Pablo Aimar

Otelul Galati 2-3 Basel
  • Basel : F. Frei (2 gol), M. Streller
  • Otelul : G.N. Giurgiu, L.Antal 

KUMPULAN D 

Olimpique Lyon 0-0 Ajax Amsterdam  (STAR SPORTS (CH813) 5.30 am DELAYED)


Real Madrid 6-2 Dinamo Zagreb  
  • Real : Karim Benzema (2 gol), J.M Callejon (2 gol), Gonzalo Higuain, Mesut Ozil
  • Dinamo : F. Beqiraj,  I. Tomecak

Jom kita lihat kedudukan pasukan dalam kumpulan A, B C dan D selepas perlawanan ke 5 peringkat kumpulan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 23 November 2011:-





Dengan keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 23 November 2011 ini,  Inter Milan dan Bayern Munich melayakkan diri pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara Juara Eropah musim 2011/2012.


Manchester United pula terpaksa menunggu keputusan perlawanan terakhir kumpulan untuk mengetahui nasib mereka sama ada layak atau tidak kerana persaingan masih terbuka buat Manchester United, Benfica dan Basel dalam kumpulan C.


Agak malang bagi Manchester City yang kalah mengejut kepada Napoli kerana perlu menang menentang Bayern Munich pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sambil mengharapkan Villareal menang atau seri ke atas Napoli bagi melayakkan diri ke pusingan kedua nanti.


Manakala Real Madrid, Barcelona dan AC Milan sudahpun layak ke peringkat seterusnya sejurus tamatnya perlawanan ke 4 peringkat kumpulan lagi. 


Jangan lupa saksikan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 24 November 2011 (perlawanan ke 5 peringkat kumpulan) bagi kumpulan E, F, G dan H. Antara perlawanan tumpuan esok ialah :-

  • Arsenal VS Borussia Dortmund
  • Bayer Leverkusen VS Chelsea 
  • AC Milan VS Barcelona 

Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu bagi mengetahui keputusan perlawanan-perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) pada 24 November 2012 ini...


P/S : Sementara menunggu game esok apa kata kita tengok Masterchef Malaysia sambil minum Coca Cola dulu...


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Ter'cashout' Earnings Churp-Churp !



Masih ingat dengan entri Dah Boleh Cashout Churp-Churp ? Baru-baru ini Admin tergatal tangan menekan  butang cashout now di laman web Churp-Churp. 


Ingatkan bila tekan butang cashout dia akan keluar prosedur dan terma-terma untuk proses cashout. Nak tahu juga bagaimana prosesnya. Tapi rupa-rupanya Churp-Churp terus consider kita dah setuju untuk cashout.


Tak lama lepas itu Admin dapat emel pengesahan dari Churp-Churp mengenai cashout. Di dalam emel itu di nyatakan nama penerima, alamat penerima dan jumlah cashout.


Inilah dia emel pengesahan yang Admin dapat :- 




Mintak maaf ada beberapa informasi dalam emel itu tidak boleh didedahkan untuk tujuan keselamatan. Nak tahu berapa jumlah cashout ini? Nilainya ialah RM 2** lebih sahaja.


Sebenarnya nak tunggu nilai total earnings Churp-Churp ini mencapai nilai RM 500 tapi dah terlanjur tekan butang cashout tu apa boleh buat. Mungkin selepas ini nak cashout earnings Nuffnang yang nilainya dah hampir mencecah RM 900. 


Dah terbukti di sini pengiklanan di internet boleh buat duit terutamanya menerusi Blog. Bayangkan dari hobi suka-suka menulis Blog anda boleh dapat side income.


Bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan di internet bolehlah berdaftar dengan Churp-Churp ini ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN MALAYSIA VS INDONESIA LIVE FINAL (AKHIR) SUKAN SEA 2011


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 1-1 INDONESIA. PENALTI MALAYSIA 4-3 INDONESIA.


Keputusan Malaysia VS Indonesia final Sukan SEA  menyaksikan Malaysia menang 4-3 menerusi sepakan penalti setelah perlawanan tamat 120 minit dengan seri 1-1 sekaligus menang pingat emas bolasepak Sukan SEA 2011.


Perlawanan Malaysia VS Indonesia berlangsung sengit sepanjang separuh masa pertama namun Indonesia mendahului dengan gol Gunawan pada minit ke 5 yang menanduk masuk ke gawang gol Malaysia hasil sepakan penjuru.


Indonesia yang grairah memburu gol kedua terus melancarkan serangan bertali arus namun pemain Harimau Muda kembali mendapat rentak lalu melakukan beberapa percubaan menarik di depan pintu gol Indonesia.


Hasilnya Malaysia mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Asraruddin Putra minit ke 33 hasil hantaran Baddrol Bakhtiar. 




Secara keseluruhan permainan seimbang dari kedua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama Malaysia 1-1 indonesia.


Sementara menunggu separuh masa kedua bermula, apa kata kita tonton Masterchef Malaysia sambil minum Coca Cola dulu...  


Separuh masa kedua berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan balas dengan pantas.


Malaysia dapat banyak peluang menjaringkan gol menerusi Ahmad Fakri Shaarani namun beliau gagal memanfaatkan peluang yang ada. Pemain Harimau Muda nampak keletihan dalam separuh masa kedua.


Perlawanan di sambung dalam masa tambahan setelah kedudukan terikat Malaysia 1-1 Indonesia dalam 90 minit permainan.  




Masa tambahan menyaksikan Indonesia mendominasi permainan dengan percubaan bertali arus ke gawang Malaysia namun tiada tambahan jaringan dihasilkan. Malaysia pula banyak bertahan di masa tambahan ini.


Tamat 120 minit perlawanan maka perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti. 


Dalam penentuan sepakan penalti Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Fandi Othman dan Baddrol Bakhtiar. Fakri Shaarani GAGAL menjaringkan gol. 


Namun kredit untuk Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan 2 sepakan penalti Indonesia. Malaysia menang sepakan penalti 4-3 Indonesia.


Jom kita tonton aksi sepakan penalti Malaysia VS Indonesia :- 






Dengan keputusan ini, Malaysia memepertahankan pingat emas Sukan SEA yang di menangi di Laos pada 2009. Tahniah Harimau Muda !!!


Skuad Harimau Muda akan pulang ke Malaysia sejurus perlawanan ini menaiki Air Asia untuk membuat persiapan menentang Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012..



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS Indonesia live Final (Akhir) Sukan SEA 2011 ini pastinya di nanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia pada malam ini (21 November 2011).


Keputusan Malaysia VS Indonesia ini amat penting kerana pasukan yang menang akan menggondol pingat emas bolasepak Sukan SEA 2011. Untuk rekod Malaysia ialah juara bertahan; menang emas di Sukan SEA 2009.


Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia menang 1-0 ke atas Indonesia pada 17 November 2011 lalu menyaksikan Malaysia muncul juara Kumpulan A dan Indonesia Naib Juara Kumpulan A.


Malaysia menumpaskan Myanmar 1-0 di separuh akhir manakala Indonesia menundukkan cabaran vietnam 2-0 di separuh akhir bolasepak Sukan SEA 2011. 


Namun keputusan itu tidak harus dijadikan ukuran kerana Indonesia menurunkan skuad kedua mereka. Mungkin mereka menyimpan tenaga untuk perlawanan Final nanti kerana tahu Malaysia akan mara ke Final dan bagi mereka keputusan Final adalah lebih penting.




Berita malang buat Malaysia apabila kehilangan beberapa tonggak utama untuk Final seperti Izzaq Farris Ramlan, Wan Zaharul Nizam (Kecik), Fandi Othman dan Syahrul Azwari. 


Namun diharapkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dapat menyenaraikan pemain lain yang mampu menggalas tugas penting dalam perlawanan ini.


Perlawanan Malaysia VS Indonesia Final (Akhir) Sukan SEA 2011 ini akan bersiaran langsung (live) di TV1, TV3 dan Astro Arena saluran 801 jam 8 malam. 


Bagi yang nak menonton secara live streaming, anda boleh klik di link bawah ini :- 


Keputusan @ result Malaysia VS Indonesia live Final (Akhir) Sukan SEA 2011 ini akan dikemaskini di Blog ini sejurus perlawanan tamat....


P/S : Sebelum acara bermula, apa kata kita tonton Masterchef Malaysia sambil minum Coca Cola dulu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia (FFM 24) 2011



KEPUTUSAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM 24) 2011 


Keputusan pemenang Festival Filem Malaysia (FFM 24) 2011 telah pun di umumkan malam ini (20 November 2011) apabila Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM 24) 2011 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Festival Filem Malaysia (FFM 24) 2011 akan bersiaran langsung (live) di Astro Prima saluran 105 jam 9 malam. Pengacara Malam anugerah ini ialah Johan Raja Lawak, Ogy Datuk Ahmad Daud, Reza Era, Awal Ashaari dan Didie Alias.


Inilah keputusan Festival Filem Malaysia 24 2011 :


PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA

  • Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Pereka Kostum / Busana Terbaik: Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof & Hisyam Jupri - KL Gangster (Skop Productions)
  • Penataan Bunyi Terbaik: Hisyam Jupri & Rizal Ashreff  - KL Gangster (Skop Productions)
  • Cerita Asal Terbaik: Martias Mohd Ali – Libas (MDAG Marketing)
  • Lakon Layar Terbaik: Syamsul Yusof - KL Gangster (SKOP Productions) 
  • Sinematografi Terbaik: Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Penataan Seni Terbaik: Anuar Paharudin & Kek Ting Lam - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Faezah Elai - Cun 
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Soffi Jikan - KL Gangster 
  • Pelakon Wanita Terbaik: Siti Shahreza (Eja) - Janin
  • Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Kongsi)
  • Pengarah Filem Terbaik: Syamsul Yusof - KL Gangster (SKOP Productions)
  • Filem Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Filem BoxOffice: KL Gangster (SKOP Productions)

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS 

  • Anugerah Astro First: Kongsi (Metrowealth Picture)
  • Pencapaian Gemilang: Datuk Michelle Yeoh
  • Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dr Jins Shamsudin
  • Anugerah Juri Bintang Wayang: Sidek Husin
  • Anugerah Khas Juri : Libas (MDAG Marketing)
  • Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik: Janin 
  • Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik: Allahyarham Zami Ismail

Ini pula ialah senarai pemenang bagi Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 2011 yang berlangsung baru-baru ini di Taman Tasik Perdana pada 16 November 2011:- 

  • Poster Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Kesan Visual Terbaik: Yusry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)
  • Pelakon Harapan Wanita: Nadiya Nisaa - Cun (Tayangan Unggul)
  • Pelakon Harapan Lelaki: Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng (Excellent Pictures)
  • Lagu Tema Asal Terbaik: Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios)
  • Pengarah Harapan: Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing)
  • Filem Pendek Terbaik: The Other One (Ng Ken Kin) 
  • Filem Animasi Terbaik: Altitude Alto (Mushroomhead - Multimedia Uni)
  • Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

Tahniah kepada semua pemenang. Harap-harap tiada pihak mempertikaikan keputusan @ result Festival Filem Malaysia 24 2011 ini..


P/S : Ada apa rancangan TV yang best selepas program ini ya? Kalau tak ada, apa kata kita pakat-pakat tonton Masterchef Malaysia...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN MALAYSIA VS MYANMAR LIVE SUKAN SEA (SEPARUH AKHIR BOLASEPAK) 19 NOVEMBER 2011



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 1-0 MYANMAR


Keputusan Malaysia VS Myanmar Sukan SEA 19 November 2011 menyaksikan Malaysia menang 1-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan separuh akhir Sukan SEA sekaligus Malaysia layak ke Final bolasepak Sukan SEA 2011.


Separuh masa pertama berlangsung dengan skuad Harimau Muda kelihatan tercari-cari rentak permainan apabila segala perancangan dan pergerakan tidak menjadi. Myanmar dilihat banyak mengasak ke arah kubu malaysia.


Mungkin dengan ketiadaan Ong Kim Swee di bangku simpanan pemain Malaysia menyebabkan pemain Harimau Muda kehilangan arah di atas padang. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Malaysia 0-0 Myanmar.




Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia terpaksa mengerah keringat untuk menembusi gawang Myanmar namun pemain Myanmar bertindak cemerlang bertahan menafikan hasrat Malaysia.


Malaysia yang kian terdesak menjaringkan gol akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Fakri  Shaarani minit ke 84 yang digerakkan oleh Izzaq Farris Ramlan.


Kedudukan 1-0 ini kekal sehingga minit terakhir permainan. Ini bermakna Malaysia semakin hampir mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2009.




Walaupun menang, namun corak permainan Malaysia harus diperbaiki lagi apabila kerapkali memberi ruang kepada pihak lawan. Semoga persembahan lebih baik lagi ditampilkan oleh Harimau Muda di pentas Final.


Malaysia akan menentang sama ada Indonesia atau Vietnam dalam perlawanan akhir nanti...



PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Myanmar live Sukan SEA (Separuh Akhir Bolasepak) 19 November 2011 jam 5 petang yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.


Malaysia muncul sebagai Juara kumpulan A bertemu dengan Naib Juara Kumpulan B Myanmar, setelah skuad Harimau Muda menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.   


Indonesia (Naib Juara Kumpulan A) akan bertemu Vietnam (Juara Kumpulan B) di stadium yang sama jam 8 malam bagi merebut 1 lagi tiket ke perlawanan akhir. 




Agak malang bagi Malaysia apabila Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee digantung 1 perlawanan dan ini bermakna beliau tidak di benarkan berada di bangku simpanan untuk memberi arahan kepada pemain dalam perlawanan menentang Myanmar ini. 


Diharapkan semua pemain dapat beraksi baik dan berdisiplin seperti dalam perlawanan menentang Indonesia bagi mencerahkan peluang ke perlawanan akhir bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2 tahun lalu di Laos. 


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Myanmar Sukan SEA (Separuh Akhir bolasepak) 19 November 2011 ini yang akan bersiaran langsung di TV1, TV3 dan Astro Arena saluran 801 jam 5 petang. 


Keputusan @ result Malaysia VS Myanmar live Sukan SEA (Separuh Akhir bolasepak) 19 November 2011 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 26 18 NOVEMBER 2011


Keputusan separuh akhir pertama Muzik Muzik 26 18 November 2011 akan diketahui malam ini apabila 11 lagu dipertaruhkan dalam separuh akhir pertama Muzik Muzik 2011. 


Muzik-Muzik 26 Separuh Akhir ini bersiaran langsung dari Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 mulai pukul 9 malam. Kalau ada live streaming Admin akan update kemudian.


Inilah dia senarai lagu Separuh Akhir pertama Muzik Muzik 26 18 November 2011 yang bertanding :- 


1. Babak Pertama (Drama)

2. Di Penghujungnya (Iqa Mentor)

3. Mata Hati (Nubhan)

4. Janji (Akim)

5. Kisah Hati (Alyah)

6. Kisah Dongeng (Stacy)

7. Gadis Semasa (Yuna)

8. Maaf Dari Hati (Sofazr)

9. Muda (Hujan)

10. Awan Nano (Hafiz)

11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah


Inilah dia keputusan Separuh Akhir pertama Muzik Muzik 26 18 November 2011 :-


1- Mata Hati (Nubhan)

2- Kisah Hati  (Alyah)

3- Gadis Semasa  (Yuna)

4- Awan Nano  (Hafiz)

5- Beribu Sesalan - (Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah)



Untuk melihat senarai penuh 30 lagu yang betanding sila klik di sini senarai lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 26 2011.


Tahniah kepada 5 lagu ini yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 26 2011. Jangan lupa saksikan Separuh Akhir kedua Muzik Muzik 26 pada 25 November 2011 ini untuk mengetahui nasib lagu-lagu lain yang bertanding...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget