Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted


Kepada lepasan SPM yang memohon untuk memasuki Politeknik sesi Disember 2011 kini anda boleh membuat semakan keputusan permohonan kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011.


Untuk membuat semakan keputusan permohonan kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011, anda perlu klik di link ini http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/carian.asp.


Kepada calon yang berjaya, jangan lupa cetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web politeknik. Calon hendaklah menghantar segala dokumen yang diperlukan ke politeknik berkenaan. 


Setelah politeknik membuat semakan dan mendapati tiada percanggahan maklumat, surat tawaran rasmi beserta dengan dokumen pendaftaran akan diposkan kepada calon.


Kepada yang belum membuat semakan keputusan permohonan kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011, bolehlah berbuat demikian mulai hari ini. Kepada calon yang tidak berjaya, jangan putus asa. Banyak lagi peluang untuk melanjutkan pengajian seperti di Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara dan kolej-kolej swasta yang lain...



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~~

Homestay Dong Raub Pahang


Semakin kita menghampiri hujung tahun semakin banyak jemputan perkahwinan yang kita terima dari saudara mara mahupun sahabat handai. Maklumlah, mengambil kesempatan dari cuti persekolahan yang panjang. 


Kepada mereka yang mahu menghadiri majlis keramaian dan perkahwinan tentunya pening memikirkan tempat untuk berehat dan menginap. Maklumlah kadang-kadang lokasinya jauh dari rumah maka tak sempat nak balik hari. 


Kepada mereka yang ingin mencari rumah tumpangan @ homestay sekitar Dong, Raub Pahang Darul Makmur, kini terdapat 2 rumah tumpangan @ homestay yang terletak betul-betul di Pekan Dong Raub. Pahang. Harga sewa sehari cuma RM180 sahaja untuk 1 rumah.


Lokasinya terletak di tingkat 1 sebuah rumah kedai (tingkat atas) di Pekan Dong, Raub. Inilah dia gambaran ruang dalaman rumah tumpangan tingkat atas yang dimaksudkan :-



Ruang tamu rumah yang luas



Ruang tamu rumah dari 1 sudut yang lain



Bilik 1



Bilik 2


Bilik 3



Ini pula rumah pada tingkat bawah :




Ruang tamu



Bilik 1



Bilik 2


Ini pula alamat rumah tumpangan ini :-

No 16, Tingkat Atas
Kedai Dong
27400 Dong Raub Pahang. DM.


Antara kemudahan yang di tawarkan : -
  • TV
  • Wifi
  • Meja makan + kerusi ruang tamu + kipas dinding
  • 2 bilik ( 1 katil queen size dan 1 katil double decker untuk 3 orang) + dapur
  • Bilik air + tandas
  • Parking kereta yang luas 
  • Restaurant, kedai runcit dan kedai-kedai lain di sebelah premis. 

Jarak rumah tumpangan dengan lokasi-lokasi menarik :-
  • 20 minit ke bandar Raub
  • 15 minit ke pekan Benta, Kuala Lipis
  • 15 minit ke Jeram Besu
  • 20 minit ke Lata Jarum & Pulau Chekas
  • 45 minit ke Kuala Lipis
  • 2 jam ke Cameron Highlands 

Bagi mereka yang berminat untuk menyewa rumah tumpangan @ homestay di Dong Raub Pahang ini, anda boleh hubungi nombor di bawah untuk makluman lanjut :-


Hajjah Rabiah : 012-9642154
Haji Asmoe : 019-9584426, 012-2365390



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2011



Untuk makluman calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011, jadual peperiksaan STPM telah pun keluar.


Tarikh permulaan peperiksaan STPM akan bermula pada 21 November - 15 Disember 2011.


Oleh itu calon-calon di nasihati merujuk kepada jadual peperiksaan STPM 2011 di bawah ini bagi mengelakkan kekeliruan tarikh peperiksaan.


Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2011


Kepada semua calon, anda di nasihati supaya mematuhi arahan pengawas peperiksaan semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan seperti slip peperiksaan dan kad pengenalan serta alat tulis.


Selamat Maju Jaya buat semua calon STPM 2011. Jangan lupa buat semakan jadual waktu peperiksaan STPM 2011 di atas bagi memudahkan anda semua membuat persiapan rapi menjelang peperiksaan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Awal pagi tadi (30 Oktober 2011) telah di adakan cabutan undian untuk Suku Akhir Piala Liga (Carling Cup Quater Final draw) untuk menentukan lawan 8 pasukan terakhir. 


Inilah dia keputusan undian Suku Akhir Piala Liga (Carling Cup Quater Final draw) musim 2011/2012 :

  • Arsenal VS Manchester City
  • Chelsea VS Liverpool
  • Manchester United VS Crystal Palace
  • Cardiff VS Blackburn Rovers

Perlawanan Suku Akhir Carling Cup 2011/2012 ini akan di adakan pada 29 dan 30 November 2011. 


Nampaknya pertembungan menarik di jangka berlaku antara Arsenal VS Manchester City dan Chelsea VS Liverpool dalam peringkay suku akhir ini. Manchester United yang ditaja Mister Potato mendapat laluan mudah bertemu Crystal Palace.


Untuk rekod, Juara Carling Cup edisi 2010/2011 ialah Birmingham City yang menewaskan Arsenal 2-1 di perlawanan akhir (Final) Carling Cup di Stadium Wembley.


Semoga dengan keputusan undian Suku Akhir Piala Liga (Carling Cup Quater Final draw) musim 2011/2012 ini dapatlah pasukan-pasukan bertanding mencongak nasib mereka dalam perlawanan pada 29 dan 30 November 2011 ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Negeri Sembilan muncul juara @ pemenang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir (Final) Piala Malaysia yang berlangsung pada 29 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor. 


Separuh masa pertama berlangsung dengan rancak apabila kedua-dua pasukan sering serang menyerang namun masih belum ada jaringan dalam separuh masa pertama.


Terengganu memperoleh jaringan awal menerusi Ashaari Shamsuddin minit 59 hasil counter attack yang dijana Abdul Manaf Mamat.


Negeri Sembilan yang tersentak dengan jaringan itu pantas mencari jaringan penyamaan. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh S. Kunalan selepas Sharbinee Alawee terlepas bola yang ditangkap lalu bergolek masuk ke gawang Terengganu.


Minit ke 85, Hairuddin Omar menjaringkan gol kemenangan untuk Negeri Sembilan menewaskan Terenganu  2-1. Kedudukan itu kekal sehingga minit terakhir permainan.


Untuk rekod, ini kali ke 3 berturut-turut Hairuddin Omar menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia (2009, 2010, dan 2011).


Ini menjadikan Negeri Sembilan muncul juara @ pemenang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1. Tahniah buat skuad Hoben Jang Hoben !!!

  • Juara Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan
  • Naib Juara Piala Malaysia 2011: Terengganu
  • Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 : Hairuddin Omar (Negeri Sembilan)
  • Pasukan Fair Play Piala Malaysia 2011 : Kuala Lumpur
  • Juara Liga Super 2011 : Kelantan
  • Juara Piala FA 2011 : Terengganu
  • Juara Piala Sumbangsih 2011 : Kelantan 
  • Juara Liga Premier : Selangor PKNS

P/S :- Buat penyokong Negeri Sembilan, mari kita berpesta makan Pizza Hut dan minum Nescafe bagi merayakan Negeri Sembilan yang muncul juara @ pemenang Piala Malaysia 2011. Agak-agak ada harapan tak Piala Malaysia akan diusung menaiki Volkswagen Passat yang baru ini mengelilingi seluruh Negeri Sembilan ?  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN FINAL (AKHIR) PIALA MALAYSIA 2011



KEPUTUSAN PENUH :- 


Terangganu 1-2 Negeri Sembilan

  • Terengganu : Ashaari Shamsuddin
  • Negeri Sembilan : S. Kunalan, Hairuddin Omar

Separuh masa pertama tamat dengan tanpa jaringan untuk kedua-dua pasukan. 20 minit pertama Terengganu dilihat bakal menjaringkan gol awal namun baki 25 minit terakhir Negeri Sembilan banyak mengancam kubu Terengganu namun masih gagal menjaringkan sebarang gol.


Separuh masa pertama Terengganu 0-0 Negeri Sembilan. Sementara menantikan separuh masa kedua, apa kata kita makan Mister Patato dan minum Nescafe dulu.


Separuh masa kedua bermula dengan Terengganu mendapat gol awal menerusi Ashaari Shamsuddin minit ke 59 menerusi counter attack yang dijanakan oleh Abdul Manaf Mamat.


Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit 81 hasil jaringan S. Kunalan yang melakukan sepakan dari jarak jauh. Malangnya tangkapan Sharbinee Alawee terlepas dan terus masuk ke dalam gol.


Ketika kedua-dua pasukan dilihat akan bertarung dalam masa tambahan, Hairuddin Omar muncul wira menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan lipat minit ke 85 menewaskan Sharbinee Alawee. 


Terengganu yang tersendak dengan jaringan itu cuba mencari gol penyamaan namun GAGAL mencari gol penyamaan sehinggalah wisel penamat ditiupkan pengadil.


Ini menjadikan Negeri Sembilan juara @ pemenang Piala Malaysia 2011 dengan menumpaskan Terengganu 1-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Tahniah Negeri Sembilan !


Previous Entry 


Pastinya ramai peminat bolasepak ternantikan keputusan Terengganu VS Negeri Sembilan live Final (Akhir) Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 8.40 malam 29 Oktober 2011 ini kan. 


Kedua-dua pasukan di lihat seimbang dari segenap posisi dan peluang kedua-dua pasukan untuk menjuarai Piala Malaysia 2011 kali ini bolehlah di katakan 50 : 50. Terengganu dan Negeri Seembilan sama-sama hebat!


Dalam separuh akhir Piala Malaysia 2011, Terengganu menundukkan Selangor dengan aggregat 4-1 manakala Negeri Sembilan menewaskan T-Team 6-3 untuk layak ke perlawanan akhir.


Untuk rekod, ini kali ke 3 berturut-turut Negeri Sembilan layak ke Final Piala Malaysia (2009, 2010 dan 2011), muncul juara pada edisi 2009 manakala ini kali pertama Terengganu ke pentas Final selepas muncul juara pada tahun 2011. 




Negeri Sembilan pastinya mengharapkan sengat Hairudin Omar dan Shahrurain Abu Samah untuk merobek jaring Terengganu di samping menagih hantaran berkualiti dari Shukor Adan dan  S. Kunalan juga.


Manakala jentera serangan berbisa Terenganu yang di terajui oleh Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya dan Ashaari Shamsuddin pastinya bakal mengancam kubu Negeri Sembilan. Pemain lain seperti Joseph Kalang Tie dan Ismail Faruqi di lihat mampu mencipta kejutan.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Terengganu VS Negeri Sembilan live Final (Akhir) Piala Malaysia 2011 secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan RTM 1 jam 8.40 malam 29 Oktober 2011 ini.


Keputusan @ result Terengganu VS Negeri Sembilan live Final (Akhir) Piala Malaysia 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 

Maharaja Lawak Mega Live Streaming Online & Youtube



MAHARAJA LAWAK MEGA LIVE ONLINE DI YOUTUBE


Rasanya ramai yang dah tahu Maharaja Lawak Mega Astro akan mula di tayangkan secara langsung (live) pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 di saluran 132 Astro Warna.


Maharaja Lawak Mega Astro ini diterbitkan setelah melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang di sertai bekas finalis Raja Lawak dari musim 1 hingga 5.


Manakala Maharaja Lawak Mega ini pula mahu mencari pelawak professional yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Jom kita berkenalan dengan peserta Maharaja Lawak Mega Astro ini :-






Berkumpulan :-

  • Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
  • Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
  • Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
  • Anje (Achong dan Joey)
  • Osbon (Mr Os dan Abon)
  • Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
  • Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama) 
  • Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri) 
  • 3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot) 
  • Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
  • Gebu ( Hani dan Azian)
  • Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
  • Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
  • Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
  • Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo :-

  • Adlin Aman Ramli 
  • Jalil Hamid

Peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.


Bagi mereka yang mahu menonton Maharaja Lawak Mega live (siaran langsung), bolehlah tonton di Astro Warna saluran 132 jam 10 malam setiap jumaat bermula 28 Oktober 2011 ini.


Bagi mereka yang mahu menonton online bolehlah tonton Maharaja Lawak Mega Live streaming online di bawah ini :-




astrowarna on livestream.com. Broadcast Live Free


Bagi mereka yang tidak melanggan pakej Mustika, anda juga boleh tonton Maharaja Lawak Mega ini di Youtube. Tak perlu bimbang, pasti ada yang akan upload setiap persembahan peserta di Youtube. Cuma perlulah bersabar sedikit kerana ia memakan masa....


P/S : Sementara kita tunggu Maharaja Lawak Mega ini ke udara apa kata kita tonton video persembahan  Yuna yang baru ini terlebih dahulu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



BREAKING NEWS


Laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah digodam oleh Hacker. Serangan ke atas laman web FAM ini dikesan sekitar jam 1 pagi 28 Oktober 2011. 


Di percayai laman web FAM digodam sebagai tanda protes terhadap isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir (final) Piala Malaysia 2011 yang dijual RM50 kepada peminat bolasepak. 


Setakat ini, apa yang dapat dilihat ialah pelayan atau server laman itu tidak boleh diakses secara baik sepanjang pagi ini selepas laman web FAM digodam oleh pengodam.


Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.


Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar Harian Metro bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.


Semalam (27 Oktober 2011), Wisma FAM di kelana jaya telah disimbah 5 bungkus cat merah yang di percayai ada kaitan dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir (final) Piala Malaysia 2011 yang dijual RM50 kepada peminat bolasepak. 




Jom kita baca antara kata-kata mereka yang menggodam laman web rasmi FAM yang dipaparkan di laman web rasmi FAM :

So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je ...

Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!

Untuk rekod, sebelum ini kira-kira 51 laman web kerajaan telah digodam oleh kumpulan penggodam antarabangsa itu yang mendakwa kerajaan Malaysia mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.


Di jangkakan pihak FAM akan melaporkan kejadian laman web FAM digodam ini kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti dalang yang bertanggungjawab melakukannya.


Semoga dengan 2 kejadian ini menjadi ikhtibar buat FAM supaya membuka mata dan telinga mendengar rintihan tidak puas hati peminat bolasepak. Janganlah terlalu ANGKUH duduk di singgahsana. Tanpa peminat, tak mungkin bolasepak Malaysia akan maju....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~  




BREAKING NEWS


Menurut laporan Berita Harian, tarikh Hari Raya Aidiladha / Haji / Korban 2011 jatuh pada 6 November 2011 iaitu pada hari ahad.


Tarikh Hari Raya Aidiladha / Haji / Korban 2011 jatuh pada 6 November 2011 ini telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini (27 Oktober 2011). Pengumuman itu telah disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).



Jom ikuti petikan ucapan pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha 2011 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad:-


"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011,"


Dengan pengumuman awal ini maka bolehlah umat Islam melakukan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya Haji kali ini... Selamat menunaikan ibadah korban...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~

Roti 1Malaysia ?



Baru-baru ini satu program kebajikan 'Roti 1Malaysia' telah menderma roti secara percuma kepada rumah anak yatim dan rumah orang tua serta tuna wisma (orang tak berumah) terpilih di sekitar Lembah Klang.


Program kebajikan Roti 1Malaysia berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.


Pengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata pada dasarnya, BreadStory Group bersetuju menyediakan roti di bawah program tersebut menerusi penyertaan cawangannya.


Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.




Setakat ini tidak di pastikan adakah roti ini akan dikomersilkan dan diletak de bawah jenama 1Malaysia seterusnya dijual kepada orang ramai.


Kalau dijual kepada orang ramai berapa agaknya harga roti ini ? RM1 atau RM2 ? Kalau harganya lebih RM2 rasanya tak berpatutan kerana jenama 1Malaysia itu sinonim dengan harga murah. 


Setakat ini masih belum ada maklumat rasmi mengenai Roti 1 Malaysia ini sama ada ia hanyalah nama program semata-mata atau memang roti-roti yang dihasilkan nanti akan di namakan sebagai Roti 1Malaysia.


Nanti bila kami sudah dapat jawapannya kami akan kongsikan bersama anda semua..


Apa-apa pun yang penting setiap produk atau barang yang di jual menggunakan label 1 Malaysia hendaklah berkualiti, berkhasiat dan murah. Barulah jenama 1Malaysia ini di yakini ramai dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Harga Tiket Final (Akhir) Piala Malaysia 2011 Tetap RM50 !




Walaupun berdepan dengan banyak bantahan penyokong bolasepak, harga tiket Final (akhir) Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu tetap dijual RM50 ! 


Ternyata pendirian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dari keputusannya. Pihak FAM tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.


Menurut Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain.


Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.


Kenyataan Datuk Azzuddin Ahmad ini bolehlah di lihat mencabar penyokong-penyokong bolasepak yang selama ini menjadi tulang belakang kebangkitan bolasepak Malaysia akhir-akhir ini. 


Perlu di ingat tanpa penyokong, tak mungkin ada pihak mahu menaja pasukan bolasepak di Malaysia. Tanpa penaja bagaimana hendak membayar gaji pemain ? Asas kejayaan sesebuah pasukan bolasepak sebenarnya adalah PENYOKONG itu sendiri.  





Tindakan menaikkan harga tiket Final (akhir) Piala Malaysia 2011menimbulkan persoalan apakah sukan bola sepak di Malaysia milik mutlak FAM dan suku-sakat mereka yang ada di dalam persatuan peringkat negeri?


Apakah penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini memberikan perkhidmatan ‘extra’ yang lebih baik kepada penonton di stadium?


Untuk menaikkan harga tiket sebegitu tinggi, FAM mestilah membuat justifikasi yang berpatutan agar penonton rasa berbaloi membayar tiket dengan harga yang tinggi


Harga tiket itu juga nyata tidak mencerminkan gagasan Rakyat Didahulukan. Ia lebih mencerminkan kantung FAM yang didahulukan.


Jangan terkejut jika selepas stadium kosong kerana ramai yang tidak turun menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium gara-gara memboikot kenaikan harga tiket Final (akhir) Piala Malaysia 2011 kali ini. Pakat-pakat kita tengok di TV sahaja. Tengok di TV tak bermakna kita tak patriotik dan tak menyokong bolasepak Malaysia... 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Pengumuman senarai 30 lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 2011 telah di adakan baru-baru ini. 30 buah lagu yang layak ke separuh akhir ini terdiri daripada pelbagai genre yang dibahagikan ke dalam 3 pusingan separuh akhir.


Muzik-Muzik 26 Separuh Akhir bakal berlangsung pada 18 November, 25 November dan 2 Disember 2011 di Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 mulai pukul 9 malam.


Lagu-lagu yang melepasi peringkat separuh akhir ini akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 26 2011 nanti.


Jom kita terjah senarai 30 lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 2011 :- 


Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)


1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)

3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)

5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)

6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)

8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)

9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)

10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)

11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)

12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi
         Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)    

13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)

15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)

17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)

18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)

20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)

23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

25.    Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)

26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)

29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)


Ini pula giliran artis membuat persembahan bersama lagu yang dipertandingkan :- 


Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 pertama 18 November 2011 

1. Babak Pertama (Drama)

2. Di Penghujungnya (Iqa)

3. Mata Hati (Nubhan)

4. Janji (Akim)

5. Kisah Hati (Alyah)

6. Kisah Dongeng (Stacy)

7. Gadis Semasa (Yuna)

8. Maaf Dari Hati (Sofazr)

9. Muda (Hujan)

10. Awan Nano (Hafiz)

11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)


Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 kedua 25 November 2011

1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)

2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)

4. Luar Biasa (Shahir)

5. Perpisahan Ini (1st Edition feat. Nubhan)

6. Cinta Teragung (Hazama)

7. Pokok (Meet Uncle Hussein feat. Nubhan)

8. Sungai Lui (Aizat)

9. Bagaikan Bidadari (Tomok)

10. Ilusi (Adira)

11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)


Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 ketiga 2 Disember 2011

1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)

2. Penakut (Yuna)

3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)

4. Bila Bertemumu (Shiha)

5. Cinta Matiku (Sixth Sense)

6. Karma (Faizal Tahir)

7. Menyesal (Sitxh Sense)

8. Aku Permata (Salma)


Jangan lupa saksikan Muzik-Muzik 26 Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 18 November, 25 November dan 2 Disember 2011untuk mengetahui lagu manakah yang akan layak ke Anugerah Juara Lagu ke 26 2011 ini......



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~ 

Diskaun Tol Deepavali 2011




Diskaun tol sempena Deepavali 2011 di tawarkan oleh sebanyak 25 lebuh raya di seluruh negara pada 26 Oktober 2011. Selain diskaun tol, rebat juga di berikan kepada pengguna lebuhraya. 


Diskaun tol antara 5% - 37.5% sempena perayaan Deepavali adalah sebagai tanda penghargaan kepada ke semua pengguna lebuh raya.


Jom kita terjah lebuhraya manakah yang menawarkan diskaun tol sempena Deepavali 2011 ini :-


Rebat 20% (Touch N Go & Smart Tag) kepada pengguna kelas 1 pada 26 Oktober 2011 & 10% kepada pengguna kelas 1 pada 28 Oktober 2011 

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) 
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) 
  • Lebuhraya Kulim-Butterworth 
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) 
* Tidak termasuk Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang.


Diskaun 60 sen untuk semua kelas pada 26 Oktober 2011

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), 


Diskaun 20 sen untuk semua kelas pada 26 Oktober 2011

  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) 


Diskaun 20% pada 26 Oktober 2011 

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  • Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie) 
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) (semua kelas)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) (pengguna kelas satu sahaja)


Diskaun 10% pada 26 Oktober 2011 

  • Lebuhraya Smart (semua kelas)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) (kelas satu sahaja)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) (semua kelas)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) (semua kelas)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP) (semua kelas)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE) (kelas satu sahaja)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) (kelas satu sahaja)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) (kelas satu sahaja)


Diskaun 10% (Touch n Go dan Smart Tag) kelas satu pada 26 Oktober 2011

  • Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) 
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), .


Diskaun 10% untuk semua kelas mulai 25 Okt 2011 11 malam - 26 Okt 2011 8 pagi

  • Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)


Diskaun sebanyak 5% untuk semua kelas pada 26 Oktober 2011 

  • Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) 
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 


Semoga dengan adanya diskaun tol Deepavali 2011 ini sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban rakyat yang kian di himpit kos sara hidup yang tinggi sejak akhir-akhir ini. 


Kepada semua pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memilih masa yang sesuai bagi memulakan perjalanan sempena musim perayaan ini, memandangkan kadar pengguna lebuh raya yang dijangka meningkat.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




BREAKING NEWS


Menurut sumber, pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.


Menurut peguam Prof Dr Abdul Aziz Bari, Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya perlu melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok (25 Oktober 2011). Ini bermakna Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.


Walaubagaimanapun siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.


Untuk rekod, pihak UIA menggantung Aziz Bari selama 1 minggu kerana kenyataan beliau mengenai baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam dalam isu JAIS menyerbu masuk ke dalam gereja yang dipercayai memurtadkan umat Islam.


Ekoran penggantungan Aziz Bari, kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan pelajar UIA mengadakan demonstari selepas solat jumaat (21 Oktober 2011) di perkarangan Masjid UIA bagi mendesak pihak UIA menarik balik penggantungan itu.





Dipercayai penarikan penggantungan terhadap Aziz Bari adalah ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.


Selain itu faktor lain yang dipercayai turut membawa kepada penarikan penggantungan itu adalah kerana rancangan mahasiswa mengadakan demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok (25 Oktober 2011). Mungkin ada pihak-pihak tertentu tidak mahu majlis bersama Perdana Menteri 'diganggu'.


Secara peribadi, Admin TIDAK BERSETUJU dengan penggantungan Aziz Bari kerana ia tidak mempedulikan jaminan kebebasan akademik yang terkandung dalam dokumen mengenai pendidikan tinggi yang dikeluarkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Alangkah memalukan bagaimana ahli akademik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa "ditekan, dimalukan dan dihukum" kerana memberikan pandangan dalam subjek kajiannya...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Kalendar Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2012


Untuk makluman semua ibubapa dan pelajar sekolah di luar sana, kalendar jadual persekolahan dan cuti sekolah 2012 telah pun keluar.


Jadual persekolahan dan cuti sekolah 2012 ini adalah amat penting kerana dengan adanya jadual ini, ibubapa dapat merancang beberapa perkara antaranya :- 

  • Majlis kenduri, pertunangan dan perkahwinan
  • Program cuti-cuti Malaysia bersama keluarga
  • Majlis khatan
  • dan lain-lain

Apa kata kita lihat dulu kalender jadual persekolahan dan cuti sekolah 2012 ini :- 


Takwim Persekolahan 2012
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu





Takwim Persekolahan 2012
Kumpulan B :
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya




Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am ialah 203 hari ,manakala jumlah hari cuti penggal ialah 87 hari.


Memang untung mereka yang berkerja sebagai guru. Lihatlah berapa banyaknya cuti dapat dalam setahun. Walaupun annual leaves guru tak banyak mana tapi memang berbaloilah walaupun sebulan tak perlu mengajar namun masih dapat gaji penuh sebulan


Kepada semua ibubapa dan para pelajar sekolah, sebelum merancang sesuatu aktiviti, eloklah merujuk kepada  jadual ini terlebih dahulu bagi memastikan anak anda hadir ke sekolah pada hari persekolahan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



KEPUTUSAN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY 23 OKTOBER 2011



KEPUTUSAN PENUH :-


Manchester United 1-6 Manchester City

  • Man City : Mario Balotelli (2gol), Sergio Aguero, David Silva, Edin Dzeko (2 gol)
  • Man Utd : Darren Fletcher


Manchester United mengalami kekalahan pertama musim ini apabila dimalukan Manchester City 1-6 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.


Pada separuh masa pertama, Mario Balotelli meletakkan Man City 0-1 di hadapan apabila menjaringkan gol setelah menerima hantaran Sergio Aguero. Tamat separuh masa pertama Man Utd 0-1 Man City.




Separuh masa kedua bermula dengan langkah sumbang buat tuan rumah apabila Johhny Evans dilayangkan kad merah apabila menarik Mario Balotelli.


Man City mengambil kesempatan dengan kekurangan seorang pemain Man Utd apabila menjaringkan 5 gol di separuh masa kedua oleh Edin Dzeko (2 gol), Sergio Aguero dan David Silva menjadikan kedudukan penuh perlawanan Manchester United 1-6 Manchester City.




Gol saguhati Man Utd dijaringkan oleh Darren Fletcher. Namun gol itu tidak dapat memadam arang yang terpalit di muka Sir Alex Ferguson setelah dimalukan 1-6 oleh 'jiran bising' mereka.


Pemain terbaik perlawanan seharusnya menjadi milik David Silva yang merencanakan banyak gerakan yang membawa kepada jaringan gol. Beliau bijak memperdayakan pemain pertahanan Man Utd.




Pemain SERIUS FAIL pada perlawanan ini ialah David De Gea (Gagal beraksi dengan baik), Johhny Evans (kad merah) dan Patrice Evra (sering meninggalkan posisi sehingga menjadi lubuk Man City menjaringkan gol).


Dalam perlawanan sebentar tadi, iklan syarikat Malaysia, Mister Potato kerap kelihatan di papan iklan di Stadium Old Trafford. Semoga syarikat Malaysia ini mampu menembusi pasaran antarabangsa selepas ini.


P/S : Rasa nak belanja je semua peminat Manchester City Pizza Hut Cheese dan Cofee Mate yang baru ini bagi meraikan kejayaan team kesayangan anda !. Bukan anti Man Utd cuma rasanya tak best kalau 1 team sahaja mendominasi kejuaraan EPL...



Previous entry


Pastinya ramai peminat bolasepak ternantikan keputusan Manchester United  VS Manchester City live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 23 Oktober 2011 yang berlangsung di Stadium Old Trafford.


Perlawanan Manchester derby ini bukan sahaja menemukan 2 pasukan berjiran malah merupakan pertembungan 2 pasukan yang menghuni kedudukan No 1 Liga Perdana Inggeris  iaitu Manchester City dan No 2 liga, Manchester United.


Untuk rekod, kedua-dua pasukan belum pernah mengalami kekalahan dalam 8 perlawanan liga setakat ini dengan Machester City mengumpul 22 mata manakala Manchester United yang mendapat penajaan syarikat Malaysia Mister Potato pula mengumpul 20 mata. 


Dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Manchester United  menang 3-2 ke atas Manchester City dalam perlawanan Community Shield. Ini sekaligus memberi kelebihan moral kepada Man Utd selain mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri.


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini :-




Dalam perlawanan ini, Sir ALex Ferguson pastinya mengharapkan gandingan Javier Hernandez, Wayne Rooney, Nani dan Ashley Young untuk merobek gawang Manchester City yang di kawal Joe Hart.


David De Gea pula pastinya akan cuba sebaik mungkin menahan asakan Sergio Aguero, Samir Nasri, David Silva dan Edin Dzeko di gawang United selain mengharapkan pemain pertahanan beraksi cemerlang dalam perlawanan ini.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung (live) perlawanan Manchester United VS Manchester City English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 23 Oktober 2011 di Astro ESPN saluran 812 jam 8.30 malam.


Keputusan @ result Manchester United  VS Manchester City live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 23 Oktober 2011 ini akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat....


P/S :- Sementara menunggu sepak mula, apa kata kita pekena Pizza Hut Cheese yang baru ini bersama Cofee Mate. Memang Ngam Ho !!! 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 anjuran MIC akan diadakan buat pertama kalinya di perkarangan Kuil Batu Caves 26 Oktober 2011 bersamaan hari rabu. 


Menurut sumber, majlis itu akan diadakan di lokasi yang lebih terbuka bertujuan menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat India tetapi juga Melayu dan Cina dan  dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung.


Antara tetamu terhormat yang di jangka hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Secara peribadi, ada baiknya penganjuran Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 ini. Jika acara ini di adakan saban tahun mungkin boleh di masukkan dalam kalender pelancongan Malaysia untuk menarik pelancong dari luar menyaksikan budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KE 2 PIALA MALAYSIA 2011


KEPUTUSAN PENUH :


Terengganu 2-1 Selangor (Agg 4-1)
  • Terengganu : Abdul Manaf Mamat, Ashaari Shamsuddin
  • Selangor : Safiq Rahim

Negeri Sembilan 2-1 T-Team (Agg 6-3)
  • Negeri Sembilan : Shahruain Abu Samah, Shukor Adan
  • T-Team : Fitri Omar

Seperti yang di duga, Terengganu dan Negeri Sembilan melangkah ke Final (Akhir) Piala Malaysia 2011 selepas mencatatkan kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada 22 Oktober 2011.


Dalam perlawanan 2nd leg piala Malaysia, Terengganu menang 2-1 (Agg 4-1) ke atas Selangor dan negeri Sembilan pula menang 2-1 (Agg 6-3)  ke atas T-Team.


Untuk rekod, ini kali ke 3 berturut turut Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia (tahun 2009, 2010 dan 2011) dan ini kali pertama Terengganu ke final selepas kali terakhir pada tahun 2001.


Perlawanan Akhir (Final) Piala Malaysia antara Terengganu VS Negeri Sembilan akan diadakan di Stadium Shah Alam. 


Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang layak ke Final Piala Malaysia. Terasa macam nak belanja semua peminat Negeri Sembilan dan Terengganu Pizza Hut Cheese dan Cofee Mate yang baru ini. Kepada pasukan lain cuba lagi pada edisi yang akan datang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kepada lepasan STPM dan Diploma yang bercita-cita untuk menyambung pengajian, apa kata anda buat permohonan kemasukan ke UiTM sesi 2011/2012 ini.


Antara program-program Yang Ditawarkan oleh UiTM untuk sesi 2011/2012 adalah program peringkat profesional, Sarjana Muda - Sepenuh Masa (S) dan Sarjana Muda - Pelajar Luar Kampus (PLK) / Setara Sepenuh Masa (SS).


Permohonan kemasukan ke UiTM sesi 2011/2012 boleh di buat bermula 15 Oktober 2011 (sabtu) dan tarikh tutup permohonan ialah pada 16 November 2011 (rabu).


Pemohon dikehendaki membeli no slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan no kad pengenalan pemohon.


Untuk makluman lanjut mengenai permohonan kemasukan ke UiTM sesi 2011/2012 dan program-program yang ditawarkan, sila klik link ini  www.online.uitm.edu.my



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget