Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

11 Peserta Ustazah Pilihan Astro Musim Pertama 2011



11 PESERTA USTAZAH PILIHAN ASTRO MUSIM PERTAMA 2011


Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis memperkenalkan 11 peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama 2011 setelah beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai 2011.


11 peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama 2011 ini dipilih daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan setelah mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan program realiti tv ini berdasarkan pengetahuan masing-masing.


Peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama ini bukan sahaja berkelulusan di peringkat universiti bahkan boleh bertutur bahasa asing seperti Arab dan Parsi.


Setip peserta Ustazah Pilihan akan diuji sejauh mana peserta dapat mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa


Jom kita berkenalan dengan 11 peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama 2011 ini :




  • Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20
  • Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21 
  • Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21 
  • Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah),21 
  • Masfira Hilman (Fira),27
  • Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27
  • Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21
  • Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26
  • Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23
  • Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26
  • Maryanti Ramle (Yanti),23 


Setiap peserta akan melalui proses penyingkiran mengikut tahap pencapaian masing-masing yang akan ditentukan oleh mudirah (pengetua) yang dilantik iaitu Dr Robiah K Hamzah dan mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.


Program yang dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani ini akan bersiaran langsung (live) pada setiap Khamis, pukul 9 malam bermula 6 Oktober 2011 di saluran 106 Astro Oasis.


Apa yang kita harapkan program realiti televisyen Ustazah Pilihan ini yang dapat melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai “role model” kepada wanita masa kini...


P/S : Ramai peserta @ finalis Ustazah Pilihan ini yang cantik-cantik. Dah lah cantik, warak pula tu. Mesti ramai yang nak ambil buat menantu....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Berkuat kuasa serta merta semua pembaca Blog Aku Dan Sesuatu boleh meninggalkan komen, pendapat, cadangan atau apa sahaja di blog ini menerusi Facebook Comments Box.


Sebelum ini hanya blogger yang dapat komen di ruangan komen. Pembaca bukan blogger juga boleh komen namun sedikit rumit apabila ruangan komen itu tidak 'user friendly'. 


Ada ruangan komen yang memerlukan pembaca untuk memasukkan email dan URL. Ini merumitkan pembaca untuk melontarkan idea atau komen di entri tersebut lalu melupakan hasratnya itu.  


Ini membataskan perhubungan komunikasi antara pembaca dengan pemilik blog dan antara sesama pembaca yang lain. Dengan adanya Facebook Comments Box ini maka perbincangan mengenai sesuatu isu itu menjadi mudah maklumlah hampir kesemua pelayar internet mempunyai akaun Facebook.


Apa yang menariknya Facebook Comments Box ini menyediakan 2 ruangan komen, 1 untuk mereka yang memiliki akaun Facebook dan 1 lagi ruang komen untuk blogger. Ini  bermakna sesiapa sahaja boleh menyertai perbincangan di ruangan ini. 




Oh ya gambar ruangan Facebook Comments Box di atas ini diambil pada entri sebelum ini Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 27 September 2011. Sila klik link untuk rujukan.


Facebook Comments Box ini terletak di bawah setiap entri. Oleh itu setelah membaca entri skrolkan mouse anda ke bawah maka anda akan menjumpai Facebook Comments Box seperti gambar di atas.


Harus di ingat anda dapat komen setelah klik pada title setiap entri. Jika anda berada di 'Home' maka anda tidak akan nampak Facebook Comments Box ini. 


Kepada blogger-blogger di luar sama jom ramai-ramai gunakan Facebook Comments Box ini. Untuk tutorial memasang Facebook Comments Box di blog boleh rujuk di Blog Cik Anastasyea ini.


Ayuh kita sama-sama semaikan budaya perkongsian pendapat melalui Facebook Comments Box ini. Anda berkongsi maklumat dengan orang lain nescaya orang juga akan berkongsi maklumat dengan anda. What U give U will get back...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 29 SEPT 2011


Pasti ramai peminat bolasepak menantikan keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) perlawanan kedua peringkat kumpulan yang berlangsung pada 29 September 2011 ini kan. 


Perlawanan tumpuan awal pagi ini pastinya pertembungan Valencia VS Chelsea yang menyaksikan kepulangan bekas pemain Valencia, Juan Mata yang kini bersama Chelsea kembali ke Stadium Mestalla. Selain itu perlawanan Arsenal VS Olympiakos turut dijangka menarik.


Kesemua pasukan mahukan kemenangan bagi memungut 3 mata penting bagi mencerahkan peluang muncul 2 pasukan terbaik dalam setiap kumpulan untuk mara ke pusingan kedua 16 pasukan terbaik UEFA Champions League 2011/2012.


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 29 September 2011 yang berlangsung awal pagi tadi :- 



KUMPULAN E

Bayer Leverkusen 2-0 Racing Genk

  • Bayer : L. Bender (30'), Ballack (90')

Valencia 1-1 Chelsea (Astro STAR SPORTS CH813 2.40 am LIVE)

  • Valencia : Roberto Soldado (pen)(87')
  • Chelsea : Frank Lampard (56')


KUMPULAN F

Arsenal 2-1 Olympiakos (Astro ESPN CH812 & ESPN HD (CH832) 2.40 am LIVE)

  • Arsenal : A. Oxlade-Chamberlain (8'), A. Santos (20')
  • Olympiakoks : D.F. Torrijos (28')

Marseille 3-0 Borussia Dortmund

  • Marseille : A. Ayew (20'), (69'), L. Remy (62')


KUMPULAN G

Zenit St Petersburg 3-1 Porto

  • Zenit : R. Shirokov (20'), (63'), Danny (72')
  • Porto: J. Rodriguez (10')

Shakhtar Donetsk 1-1 APOEL Nicosia

  • Shakhtar : Jadson (64')
  • APOEL : I. Trickovski (61')


KUMPULAN H

AC Milan 2-0 Viktoria Plzen

  • Milan : Zltatan Ibrahimovic (pen)(53'), Antiono Cassano (66')

BATE Borisov 0-5 Barcelona

  • Barcelona : 19' A. Volodko (o.g.) (19'), P. Rodriguez (22'), L. Messi (38'), (56'), David Villa (90')


Chelsea hampir mencatatkan kemenangan apabila mendahului 1-0 namun Valencia berjaya menjaringkan gol penyamaan minit-minit terakhir permainan apabila dihadiahkan penalti setelah bola terkena tangan Solomon Kalou.


Barcelona pula berpesta gol di Belarus apabila menundukkan BATE Borisov 5-0. Nyata kemenangan ini amat bermakna buat Barcelona apabila hanya mampu seri 2-2 menentang AC Milan dalam perlawanan sebelum ini.


Pasukan pilihan lain seperti tiada masalah menundukkan lawan masing-masing seperti Arsenal yang menang 2-1 ke atas Olympiakos dan AC Milan menang 2-0 menentang Viktoria Plzen.


Melihat kepada keputusan @ result perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 29 September 2011 ini, tidak ada kejutan besar yang berlaku cuma Porto yang tunduk kepada Zenit Saint Petersburg 3-1.


Secara keseluruhan, kesemua pasukan masih berpeluang ke pusingan kedua walaupun ada beberapa pasukan kelihatan goyah di awal perlawanan. Apa yang penting ialah mencatatkan kemenangan dalam perlawanan seterusnya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Rombakan Kabinet Sarawak 2011



ROMBAKAN KABINET SARAWAK 2011 !


TERKINI


Rombakan Kabinet Sarawak 2011 telah pun diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi kira-kira jam 5.30 petang 28 September 2011.


Rombakan Kabinet Sarawak 2011 ini menyaksikan pelantikan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu Anak Numpang. 


Semua Menteri dikekalkan portfolio masing-masing kecuali Datuk Fatimah Abdullah dilantik menerajui Kementerian baru, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dan dibantu 2 Menteri Muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.


Selain pembentukkan sebuah kementerian baru, Kabinet baru Sarawak 2011 ini menyaksikan, 5 kementerian ditukar nama manakala 7 muka baru dilantik sebagai Menteri Muda iaitu :- 


  • Datuk Len Talif Salleh - Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal)
  • Julaihi Narawi - Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar
  • Liwan Lagang - Menteri Muda Pembangunan Sosial (Kebudayaan dan Warisan)
  • Abdul Karim Rahman Hamzah - Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia).
  • Dr Jerip Susil - Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam)
  • Rosey Yunus - Menteri Muda Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga
  • Robert Lawson Chuat.- Menteri Muda Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga


Untuk rekod, jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota kaum Cina kosong selepas penyandang sebelum ini, Tan Sri Doktor George Chan tewas pada pilihan raya negeri April lalu.


Tahniah kepada mereka yang dilantik menyertai Kabinet Baru Sarawak 2011. Jalankanlah tugas dan amanah sebaik mungkin untuk membangunkan dan membawa kemajuan kepada negeri Sarawak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



EMPIRE GALLERY SUBANG JAYA MELETUP ! 

BREAKING NEWS


Empire Gallery Subang Jaya meletup kira-kira jam 3.45 awal pagi tadi dan mengakibatkan 4 orang termasuk 2 pengawal keselamatan cedera ringan dalam akibat kejadian letupan di kompleks membeli-belah itu.  


Punca kejadian adalah di percayai  berpunca daripada kebocoran saluran gas yang berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.


Letupan di Empire Gallery Subang Jaya itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.


Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.




Berikutan kejadian Empire Gallery Subang Jaya meletup ini, beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.


Polis yang menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi rabu, 28 September 2011.


2 orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami kecederaan ringan manakala 2 orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans.


Setakat ini belum di pastikan kebocoran gas adalah disebabkan kecuaian manusia atau alatan yang tidak diselenggara dengan baik. Semoga kejadian Empire Gallery Subang Jaya meletup ini menjadi ikhtibar buat semua pihak supaya melakukan pemantauan berkala bagi alatan yang berisiko tinggi mendatangkan kemudaratan... 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 28 SEPT 2011


Pasti ramai peminat bolasepak tertungu-tunggukan keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) perlawanan kedua peringkat kumpulan yang berlangsung pada 28 September 2011 ini kan. 


Perlawanan tumpuan pastinya pertembungan Bayern Munich VS Manchester City, Manchester United VS Basel dan Real Madrid VS Ajax Amsterdam.


Kesemua pasukan mahukan kemenangan bagi memungut 3 mata penting bagi mencerahkan peluang mucul 2 pasukan terbaik dalam setiap kumpulan untuk mara ke pusingan kedua 16 pasukan terbaik UEFA Champions League 2011/2012.


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 28 September 2011 yang berlangsung awal pagi tadi :- 



KUMPULAN A



  • Bayern Munich : Mario Gomez (38', 45')


  • Napoli : Marek Hamsik (16'), E. Cavani (17' penalti)


KUMPULAN B 


CSKA Moscow 2 - 3 Inter Milan

  • CSKA : A. Dzagoev (45'), Vagner Love (77') 
  • Inter : Lucio (6'), G. Pazzini (23'), Mouro Zarate (79')

Trabzonspor 1-1 Lille

  • Lille : M.Sow (31')
  • Trabzonspor : G. Colman (75' penalti)


KUMPULAN C 


Manchester United 3-3 Basel

  • Man Utd : Danny Welbeck (16',17'), Ashley Young (90')
  • Basel : A. Frei (58', 60' 76' penalti)

Otelul Galati 0-1 Benfica

  • Benfica : B. Cesar (41')


KUMPULAN  D


Olimpique Lyon 2-0 Dinamo Zagreb

  • Lyon : B Gomis (23'), B. Kone (42')

Real Madrid 3-0 Ajax Amsterdam

  • Real : Cristiano Ronaldo (25'), Kaka (41'), Karim Benzema (49')


Melihat kepada keputusan @ result perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 28 September 2011 ini, peluang ke pusingan kedua masih cerah buat semua pasukan walaupun ada pasukan pilihan kelihatan goyah di awal perlawanan.  


Mungkin sedikit mengejutkan apabila Manchester City kalah kepada Bayern Munich 2-0 di gelanggang lawan. Manchester United pula nyaris di malukan Basel apabila gol Ashley Young minit ke 90 mengikat kedudukan 3-3.


Apa-apa pun jangan lupa esok masih ada 16 pasukan yang akan berentap untuk kumpulan E, F, G, dan H. Perlawanan tumpuan esok adalah Valencia VS Chelsea dan Arsenal VS Olympiakos 


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan dan perkembangan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012.  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 27 SEPTEMBER 2011 & 
PASUKAN YANG LAYAK KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011


Pasti ramai yang ternantikan keputusan perlawanan piala Malaysia 27 September 2011 (perlawanan keenam peringkat kumpulan) sekaligus menentukan pasukan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011.


Pada perlawanan sebelum ini, 6 pasukan sudah mengesahkan tiket layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011 iaitu wakil kumpulan A ialah Perak, wakil kumpulan B ialah Terengganu dan Negeri Sembilan, wakil kumpulan C ialah Kelantan dan Felda United manakala wakil kumpulan D ialah T-Team.


Tempat terakhir di kumpulan A menjadi rebutan antara Kedah dan Sabah manakala tiket terakhir kumpulan D menjadi rebutan antara Kuala Lumpur dan Selangor.


Siaran langsung (live) di kaca TV ialah perlawanan antara Terengganu VS Negeri Sembilan di TV1 manakala perlawanan Kedah VS Perak bersiaran langsung di saluran 801 Astro Arena jam 8.45 malam.


Inilah dia keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia 24 September 2011 (perlawanan keenam peringkat kumpulan) :-


Kumpulan A 



Kumpulan B 


Kumpulan C 


Kumpulan D 



Dengan keputusan ini, ini bermakna Sabah muncul pasukan terakhir dari kumpulan A layak ke suku akhir menepikan calon pilihan, Kedah yang seri 1-1 dengan Perak. Perak pula muncul pasukan tanpa kalah setakat ini.


Perlawanan Kedah VS Perak sedikit kontroversi selepas pengadil menidakkan 2 jaringan awal Kedah. Jurulatih Kedah menyifatkan kemenangan Kedah dirompak "orang ketiga".


Satu lagi slot kumpulan D milik Selangor yang bangkit menundukkan Kuala Lumpur 2-1 selepas ketinggalan 0-1. Dengan keputusan ini, perjuangan 2 bekas juara iaitu Kuala Lumpur dan Kedah berhenti di sini.


Inilah dia jadual perlawanan peringkat suku akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 10 dan 14 Oktober 2011 ini :-




Tahniah kepada pasukan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Buat pasukan yang terkandas di peringkat kumpulan cuba lagi tahun depan... 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



SATELIT NASA JATUH TERHEMPAS KE BUMI HILANG ? 


BREAKING NEWS


Satelit NASA yang jatuh terhempas ke bumi  dilaporkan hilang dan gagal dijumpai setakat hari ini. Pihak NASA belum menjumpai serpihan dan debu daripada Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan ini yang terhempas ke bumi Jumaat lalu.


Kini ia menjadi satu misteri kini kerana satu daripada bahagian satelit itu pun masih belum ditemui. Setakat ini belum ada mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) yang tahu secara tepat di mana serpihan-serpihan itu berada.


Pihak NASA mempercayai yang serpihan Satelit UARS ini yang jatuh terhempas ke Bumi jatuh ke dalam Lautan Pasifik, tetapi lokasi tapak serpihan belum ditentukan walaupun ada laporan dari suri rumah di Florida mendakwa serpihan satelit jatuh di belakang rumah mereka.




Untuk rekod, semasa ia jatuh ke bumi, UARS pada awalnya dikesan melalui Pantai Timur Afrika merentasi Lautan Hindi, kemudian Lautan Pasifik merentasi utara Kanada dan utara Lautan Atlantik ke satu point di barat Afrika. 


Kebanyakan daripada transit UARS adalah melalui kawasan perairan, dengan beberapa penerbangan merentasi Kanada dan barat Afrika.


Satelit itu adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.




Para sainstis NASA mengesahkan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Setakat ini juga belum ada sebarang laporan serpihan menimpa sesiapa. 


Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair maka satelit NASA yang jatuh terhempas ke bumi  yang dilaporkan hilang ini kemungkinan besar jatuh di Lautan Pasifik.


NASA juga mengingatkan kepada orang ramai, jika terjumpa serpihan yang mungkin adalah serpihan dari satelit UARS, agar tidak menyentuhnya kerana bimbang akan kemudaratannya. Sebaiknya melaporkan terus kepada pihak NASA... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~  

(Terkini) Harga Hartanah 2011 Di Jangka Terus Meningkat !



(TERKINI) HARGA HARTANAH 2011 DI JANGKA TERUS MENINGKAT !


Menurut Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda), kira-kira separuh daripada pemaju yang ditinjau bercadang menaikkan harga sebanyak 15% pada pelancaran projek mereka tahun ini.


Ini adalah berdasarkan bancian pada bulan Julai 2011 menjangkakan harga hartanah 2011 akan terus meningkat akibat kenaikan kos bahan binaan.


Selain itu, 65% daripada 147 responden menjangka harga umum pasaran akan meningkat 20% pada separuh kedua tahun 2011.




Di percayai sebab utama pemaju becadang menaikkan harga hartanah terus meningkat sebanyak 15% ini adalah di dorong oleh kenaikan secara besar-besaran dalam kos pembinaan.


Antaranya ialah kenaikan harga kos tetulang keluli yang telah meningkat sebanyak 13% kepada RM2589 setan berbanding harga pada 2010. Harga simen pula naik sehingga 4% daripada RM15.64 setiap beg pada 2010. Batu-bata juga meningkat 27% kepada 42 sen berbanding 2010.


Kenaikan kos barang telah membuatkan pemaju bakal menaikkan harga rumah selepas ini.Nak tak nak, kita masih memerlukan sebuah rumah untuk berteduh.Bagi yang dah mempunyai rumah, mungkin sudah selesa, namun bagi yang baru bercadang-cadang untuk memiliki rumah pertama,bakal garu kepala lepas ini.




Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka. Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.


Walaupun kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) iaitu pinjaman bagi pembelian rumah pertama tanpa deposit bagi rumah yang berharga bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dengan income bawah RM3,000 sebulan, namun pemaju hari ini lebih cenderung membina hartanah yang bernilai RM300,000 ke atas di sekitar Lembah Klang amnya .


Walaupun mungkin terdapat pemaju hartanah membina rumah di bawah harga RM 220,000 di Lembah Klang demi memenuhi tuntutan Skim Rumah Pertamaku (SRP) namun di jangkakan saiz rumah akan dikecilkan ekoran kenaikan harga bahan binaan.


Di harapkan kerajaan mempunyai mekanisme baru bagi membendung kenaikan harga hartanah yang terus meningkat ini. Jika kenaikan harga hartanah ini tidak di kawal pasti ia akan mewujudkan generasi tanpa rumah di Malaysia terutamanya bagi golongan muda yang baru berkerja dan gaji di bawah RM3000 amnya.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Memang dah jadi trend sekarang ini semakin kita menghampiri penghujung bulan Syawal semakin banyak pihak menganjurkan Rumah Terbuka di sana sini termasuklah anjuran kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan-badan korporat, NGO mahupun orang persendirian.


Baru-baru ini saya sempat menghadiri sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 di daerah Raub, Pahang anjuran sebuah komuniti di daerah Raub.


Memang kalau boleh tak nak lepaskan jemputan ke rumah terbuka ini. Maklumlah selepas ini mungkin susah dah nak jumpa juadah Hari Raya seperti lemang, rendang, lontong, ketupat, nasi himpit dan lain-lain.


Apa yang menariknya Rumah Terbuka anjuran sebuah komuniti ini turut mengadakan cabutan bertuah. Kira-kira 30 pengunjung bertuah akan membawa pulang hamper yang disediakan oleh pihak penganjur.




Tak sangka pula nombor saya diumumkan sebagai pemenang. Gambar di atas itulah hamper yang di menangi. Antara isi hamper ini ialah air berkabonat, wafer dan snek-snek ringan.


Bila buka hamper ini dan meneliti seluruh hadiah di dalam hamper ini dapatlah di anggarkan harga hamper ini adalah dalam RM10- RM15. Tak kisahlah berapa harganya janji orang ikhlas nak beri dan kita seharusnya bersyukur dengan rezeki ini.


Terima kasihlah kepada pihak penganjur yang menjemput orang awam ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini. Semoga raya tahun depan anjurkanlah lagi... 


P/S : Cepatlah berlalu Syawal ini. Dah tak sanggup rasanya asyik menerima jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sana sini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Majlis Perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza



MAJLIS PERNIKAHAN & PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA


Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 24 & 25 September 2011 (Sabtu) di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.


Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.


Pada majlis pernikahan, Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan 5 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan Al-Quran.




Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.


Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.


Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu yang menyaksikan majlis pernikahan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza ini.




Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan. 


Majlis perkahwinan @ resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman.


Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.




Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman yang berbeza 12 tahun dengan Memey Suhaiza.


Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Semoga perkahwinan ini akan kekal. Yang penting jangan abaikan nafkah anak-anak...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2011


Pasti ramai yang ternantikan keputusan perlawanan piala Malaysia 24 September 2011 (perlawanan kelima peringkat kumpulan) ini kan.


Dari keputusan perlawanan malam ini, kita dapat mengetahui pasukan manakah yang akan layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Antara calon yang dijangka merebut tiket awal ke suku akhir ialah Felda United, Negeri Sembilan, Perak, dan Terengganu.


Siaran langsung (live) di kaca TV ialah perlawanan antara Johor FC VS Kelantan di saluran 801 Astro Arena manakala perlawanan T-Team VS Kuala Lumpur bersiaran langsung di TV1.


Inilah dia keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia 24 September 2011 (perlawanan kelima peringkat kumpulan) :-


Kumpulan A 



Kumpulan B 


Kumpulan C 


Kumpulan D 


Daripada keputusan ini, maka T-Team sudah pun pun layak ke suku akhir. Perlawanan terakhir kumpulan D akan menetukan 1 lagi pasukan yang mengiringi T-Team sama ada Kuala Lumpur atau Selangor. 


Terengganu dan Negeri Sembilan pula muncul 2 pasukan dalam kumpulan D yang layak ke suku akhir manakala Perak satu-satunya pasukan dalam kumpulan A layak ke suku akhir setakat ini .Turut layak ialah Kelantan dan Felda United, wakil kumpulan C.


Kedah, Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk merebut tempat terakhir dalam kumpulan masing-masing. 


Perlawanan terakhir peringkat kumpulan juga amat penting untuk pasukan yang sudah layak ke suku akhir kerana ia menentukan siapa Juara setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan akan menetang naib juara kumpulan lain...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

10 Peserta Solehah TV AlHijrah



10 Peserta Solehah TV AlHijrah


Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis memperkenalkan 10 peserta Solehah iaitu sebuah program realiti terbaru di TV AlHijrah


Program realiti TV Solehah ini diwujudkan setelah mengambil kira akan kekurangan penerbitan program tv berkonsepkan Islam dan berkisar tentang wanita dan dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.


Program Solehah ini mengambil pendekatan berbeza dari realiti tv yang lain di mana di  kesemua 10 peserta Madrasah Solehah akan dikekalkan hingga ke akhir episod siaran. Tiada penyingkiran akan dilakukan sebagaimana yang lazimnya dipraktiskan oleh mana-mana program berbentuk realiti. 


Ini bermakna kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang baru diiktiraf.


Inilah dia senarai 10 peserta Solehah TV AlHijrah. Jom kita berkenalan dengan mereka ini :-






  • Amie Sofia Ahmad, 25, berasal dari Alor Setar, Kedah
  • Wan Suhaili Wan Mohd Yusof, 24, Dungun, Terengganu 
  • Mariyam Sa'ari,24, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Sarah Azizul, 25, Kajang, Selangor
  • Renny Johnnuin, 21, Kundasang, Sabah, 
  • Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23, Terengganu
  • Siti Adibah Zelkefly, 21, Kuching, Sarawak
  • Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, Kulim, Kedah
  • Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, Kuantan, Pahang 
  • Rosmarieza Rafiee, 25, Asahan, Melaka.

Program ini juga akan melibatkan seramai 4 orang musyrifah yang akan bertanggungjawab mendidik dan mengadili kesemua peserta sepanjang program ini berlangsung manakala pengacara program ini ialah Irma Hasmie Ibrahim dan Nurul Iman Dzulkefly.


Solehah ini akan bersiaran secara langsung (live) selama 13 episod mulai 23hb September 2011 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta Solehah, TV AlHijrah akan menyiarkan kapsul harian selama 2 minit khas untuk penonton setia TV AlHijrah.



Apa yang kita harapkan program realiti televisyen Solehah ini yang dapat melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai “role model” kepada wanita masa kini...


P/S : Ramai peserta @ finalis Solehah ini yang cantik-cantik. Dah lah cantik, warak pula tu. Mesti ramai yang nak ambil buat menantu....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

3 Pulau Di Sabah Untuk Dijual ?



3 Pulau Di Sabah Untuk Dijual ?


Memang agak mengejutkan apabila kerajaan negeri Sabah membiarkan 3 pulau iaitu Pulau Mengalum, Pandanan dan Montukod di Sabah dijual di pasaran antarabangsa.


Ini berdasarkan kenyataan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal yang mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau milik persendirian di Sabah itu adalah untuk di jual, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com 


Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.


Setakat ini masih tiada urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan. Untuk rekod, sebarang aktiviti penjualan pulau oleh pemilik pulau perlu terlebih dahulu melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk pengesahan status hartanah itu.




Bila timbul isu penjualan pulau di Sabah ini akan membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana pulau-pulau ini begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. 


Memang pelik apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan dalam kes ini dengan mudahnya 3 pulau ini dijual kepada pihak asing.


Jika pemilik swasta  pulau-pulau di Sabah ini dijual, kemungkinan besar ia akan melibatkan pengusiran penduduk tempatan dari hak tanah adat di kawasan pedalaman.


Diharapkan supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan 3 pulau ini memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Satelit NASA Terhempas Ke Bumi 23 September 2011 (Jumaat) ?



Satelit NASA Terhempas Ke Bumi 23 September 2011 (Jumaat) ?


Di jangkakan satelit Nasa Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) akan terhempas di bumi pada 23 September 2011 (jumaat) ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pihak pentadbiran angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) atau NASA. 


Setakat ini saintis NASA belum dapat memastikan lokasi satelit seberat 6 tan itu akan terhempas di bumi. Ianya hanya dapat disahkan kira-kira 2 jam sebelum terhempas. 


Namun mengikut ramalan, satelit berusia 20 tahun itu dijangka terhempas di kawasan antara Alaska dan Amerika Selatan.


Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa kepada orang ramai. Sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.



Satelit NASA  yang dijangka terhempas ke bumi 23 September 2011 ini telah kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.


NASA juga mengingatkan kepada orang ramai, jika terjumpa serpihan yang mungkin adalah serpihan dari satelit UARS, agar tidak menyentuhnya kerana bimbang akan kemudaratannya. 


Buat rakyat Malaysia, kita tidak perlu bimbang dengan berita satelit NASA akan terhempas di bumi pada 23 Sept 2011 ini kerana satelit ini di jangka tidak terhempas di Malaysia. 


Walaubagaimanapun kita perlu menunggu laporan rasmi dari Jabatan Meteorologi Negara untuk pengesahan.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



KEPUTUSAN PENUH :  JEPUN 2-0 MALAYSIA



Keputusan Malaysia VS Jepun memihak kepada Jepun yang menang 2-0 dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Kebangsaan Tosu, Jepun. 


Secara keseluruhan Jepun banyak mendominasi permainan yang kerapkali mengancam kubu Malaysia dari kiri dan kanan padang. Gol Jepun dijaringkan minit ke 9 menerusi Keigo Higashi dan minit ke 75 menerusi Ryohei Yamazaki


Jika tidak kerana kecekapan Khairul Fahmi pastinya Malaysia sudah dibolosi banyak kali. Bahagian tengah dan pertahanan dilihat tidak beraksi baik.


Hanya 1 percubaan berbahaya yang dapat dihasilkan pemain Harimau Muda. Di harapkan Malaysia dapat bermain lebih baik lagi selepas ini terutamanya ketika bermain di laman sendiri.


Di harapkan keputusan Malaysia VS Jepun dapat dijadikan ikhtibar untuk perlawanan akan datang. Jom ikuti laporan perlawanan dari minit ke minit :- 



1" Perlawanan sudah bermula. Malaysia menggunakan jersi kuning hitam. Sudah ada percubaan dari Jepun ke arah gawang Malaysia namun dapat diselamatkan Khairul Fahmi.

 2" Sekali lagi gerakan merbahaya Jepun dari bahagian kiri padang namun berjaya di patahkan.

5" Serangan dari kanan ke kiri padang Malaysia. Jepun dapat memasuki gawang Malaysia. Namun tandukan pemain Jepun lemah.

9" GOL!!! Jepun mendapat gol pertama menerusi Keigo menerusi 1 serangan membelah bahagian tengah dan pertahanan Malaysia. Kedudukan semasa Jepun 1-0 Malaysia 

15" Serangan bertalu-talu ke gawang Malaysia namun tandukan pemain Jepun dapat ditepis keluar Khairul Fahmi. 

 17" Nampaknya Malaysia mempunyai masalah di bahagian pertahanan dan tengah sehingga membiarkan Jepun menguasai permainan.

20" Belum ada lagi percubaan pemain Malaysia ke gawang Jepun. Pertahanan Jepun nampak well organized. 

23" Genki yang melakukan percubaan dapat ditepis lagi Khairul Fahmi. Bola yang muntah tidak di sepak kuat oleh pemain Jepun  lalu ditangkap Khairul Fahmi

26" Izzaq Farris Ramlan menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning selepas menyepak kaki kapten Jepun. 

31" Satu percubaan dari jarak jauh oleh Jepun berjaya diselamatkan Apek.  

 39" Jepun terus mendominasi permainan dengan menguasai bola. Setakat ini sudah 11 percubaan Jepun ke arah pintu gol Malaysia manakala tiada pun percubaan Malaysia ke arah gawang Jepun. 

45" 1 lawan 1 pemain Jepun dengan Khairul Fahmi menyaksikan Khairul Fahmi berjaya menidakkan percubaan pemain Jepun itu. 

Wisel ditiupkan menandakan separuh masa pertama tamat. Harap Malaysia akan lebih menyerang pada separuh masa kedua nanti untuk mencari gol penyamaan. Sementara menunggu  permainan disambung apa kata kita main Blackberry Playbook dulu. 

46" Permainan bersambung semula.   

52" Percubaan jarak jauh dari Shukur Jusoh meliar selepas Malaysia cuba mengatur serangan ke gawang Jepun 

53" Percubaan Keigo ditepis oleh Khairul Fahmi selepas menggelecek pertahana Malaysia. Jumlah serangan Jepun 16- 1 Malaysia.

61" Fandi Othman mendapat peluang menjaringkan gol namun beliau terus menggelecek pertahanan Jepun sehingga sepakan Fandi dapat ditahan pemain Jepun.   

72" Permainan banyak berlegar di tengah padang namun Jepun yang banyak menguasai bola. Malaysia pula seakan terus tercari-cari rentak.   

75" GOL !!! Ryohei Yamazaki menjaringkan gol ke 2 buat Jepun menerusi satu hantaran dari kanan padang. Beliau yang tidak dikawal melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi.

80" Statistik percubaan berbahaya : Jepun 20-1 Malaysia.

82" Sepakan penjuru ke 2 buat Malaysia. Namun dapat dikeluarkan pertahanan Jepun.  

87" Jepun dilihat terus bermain di tempat sendiri sambil melakukan hantaran sesama pemain mereka. 

90" Wisel penamat ditiupkan. Malaysia tewas 2-0 kepada Jepun. 


Berita selanjutnya akan menyusul.....



PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Jepun live Kelayakan Olimpik (pusingan Ke 3) 21 September 2011 ini kan. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Kebangsaan Tosu, Jepun.


Menentang pasukan terkuat Asia, Jepun, ramai peminat bolasepak tempatan menaruh harapan tinggi untuk skuad negara mencipta kejutan pada perlawanan hari ini sambil mengharapkan keputusan Malaysia VS Jepun berakhir dengan berkongsi satu mata.


Jika tidak mampu berkongsi mata adalah penting untuk skuad Harimau Muda untuk tidak menjadi skuad belasahan di bumi matahari terbit itu.


Untuk rekod kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1972 di Munich, Jerman. Meskipun tetap layak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia, namun kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.





Ong Kim Swee pastinya mengharapkan sentuhan 3 pemain yang bermain untuk kelab ViOn Zlate Moravce Slovakia, Mohd. Fadlhi Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Irfan Fazail untuk mempamerkan apa yang dipelajari bersama kelab Slovakia itu.  


Khairul Fahmi Che Mat pastinya menjadi pilihan menjaga gawang skuad Olimpik malam ini manakala Mohd Zubir Azmi, Mohd Fadhli Mohd. Shas, Mahali Jasuli dan Muslim Ahmad di jangka mengemudi benteng pertahanan negara daripada dirobek jentera serangan Samurai Biru.


Bahagian tengah pula bakal di perkuatkan oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy, manakala A. Thamil Arasu dijangka digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlan di jentera penyudah.


Untuk rekod, selain Jepun, turut diundi bersama skuad negara dalam Kumpulan C ialah gergasi Timur Tengah, Bahrain dan Syria.


Apa-apa pun jangan lepaskan peluang menonton perlawanan Malaysia VS Jepun live Kelayakan Olimpik (pusingan Ke 3) 21 September 2011 ini di TV 2 dan Astro Arena saluran 801 bermula jam 6.45 petang (waktu Malaysia)


Keputusan @ result Malaysia VS Jepun live Kelayakan Olimpik (pusingan Ke 3) 21 September 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~




Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia 2011. Tempahan Mulai 21 - 25 September 2011 !!!


Promosi tempat duduk percuma AirAsia 2011 kini kembali. Tempoh tempahan "tempat duduk percuma” akan bermula pada 12 tengah malam pada 21 hingga 25 September 2011, untuk tempoh perjalanan dari 3 Mei hingga 27 Oktober 2012.


Ini pastinya berita baik buat mereka yang suka ke destinasi pilihan domestik dan antarabangsa menggunakan pengangkutan udara. 


Antara destinasi terpilih ialah Cambodia, China, Hongkong, Indonesia, Brunei, Laos, Myanmar, Macau, Filipina, Taiwan,Vietnam dan termasuk Malaysia.  


Menurut AirAsia, tawaran promosi tempat duduk percuma 2011 ini adalah menghargai sokongan pengembara-pengembara yang sentiasa memilih AirAsia sebagai syarikat penerbangan pilihan. 


Melalui tinjauan pihak kami sebentar tadi (kira kira jam 12.05 tengah malam 21 Sept 2011) laman web AirAsia sesak teruk akibat trafik yang tinggi. Mungkin ramai yang melayari laman web AirAsia ketika itu untuk membuat tempahan. 


Kepada pengembara yang menjadikan kapal terbang sebagai pengangkutan pilihan jangan lepaskan peluang keemasan promosi tempat duduk percuma AirAsia 2011 ini. 


Untuk maklumat lanjut layarilah laman web AirAsia



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Tonton Filem Hantu Bonceng Online Di Youtube !



Ok buat semua peminat filem tempatan anda kini boleh tonton filem Hantu Bonceng online di Youtube. Tidak dapat di pastikan sudah berapa lama filem ini berada di Youtube. 


Setakat entri ini ditulis sudah 17710 pelayar internet sudah menonton filem Hantu Bonceng online di Youtube. Mungkin disebabkan promosi yang berterusan dan kontroversi yang timbul dari filem ini ramai yang menonton filem ini selain tarikan Zizan Raja Lawak sebagai hero utama filem ini.


Untuk rekod filem Hantu Bonceng ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa 2 minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.


Kepada yang mahu menonton filem Hantu Bonceng online di Youtube boleh menontonnya di bawah ini 






Secara peribadi, admin sudah menonton filem ini di Youtube. Rasa bersyukur sangat kerana tidak membazir duit menonton di pawagan atau melanggan Astro First kerana bagi admin filem ini biasa-biasa sahaja berbanding filem Adnan Sempit yang lebih menonjol humornya.


Admin merasakan lawak Zizan Raja Lawak dalam filem ini biasa-biasa aja. Zizan perlu bergandingan dengan Johan baru lawaknya mampu menyengat. Namun semua itu pilihan penerbit filem. Pelakon dan penonton tiada kuasa menentukan barisan pelakon sesebuah filem.


Pendapat sesetengah pihak, filem bukanlah sebuah medium untuk berdakwah. Namun, ‘Hantu Bonceng’ masih mempunyai unsur pengajaran. Isu rempit masih berlegar dalam masyarakat begitu juga dengan amalan ilmu hitam, semuanya digarap dengan penuh teliti dan mampu menyampaikan pesanan baik buat penonton.




Cuma beberapa babak yang membuatkan admin kecewa dengan filem ni. Pertamanya, penggunaan kalimah Allah yang nampaknya seperti dipersendakan demi untuk mengundang tawa penonton dan adegan lelaki dan perempuan Islam yang bukan muhrim tinggal dalam satu rumah adalah tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam


Apa-apa pun admin berpendapat ‘Hantu Bonceng’ adalah sebuah filem komedi ringan yang cukup sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Sebenarnya admin dahagakan  filem yang mempunyai tema dan  yang bermutu tinggi yang mampu mengangkat taraf filem Malaysia di peringkat antarabangsa... 


Apa-apapun semua ini adalah pendapat peribadi sahaja. Adalah lebih baik kita menonton sendiri untuk menentukan baik buruknya sesebuah adegan dalam filem itu. Oleh itu buat semua pembaca, selamat menonton Hantu Bonceng !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  



MAMEE Mister Potata Taja Manchester United 3 Tahun (2011 - 2014)


MAMEE-DOUBLE Decker Bhd pengeluar snek Mister Potato telah taja Manchester United dan Serentak dengan itu syarikat ini meletakkan sasaran perolehan RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun selepas berjaya memperoleh kontrak tajaan kelab bola sepak terkemuka dunia, Manchester United (MU).


Melalui kerjasama itu, pihak MAMEE-DOUBLE Decker Bhd - Mister Potato percaya ia satu peluang syarikat itu memperkenalkan jenama itu di seluruh dunia menerusi tajaan kepada Manchester United selama 3 Tahun (2011 - 2014).


Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada MAMEE-DOUBLE Decker Bhd - Mister Potato meningkatkan jualan dan pengedaran produk secara global khususnya di Asia kerana kira-kira 190 juta peminat pasukan ini adalah penduduk Asia.




Nampaknya semakin banyak syarikat Malaysia menaja kelab bolasepak di England. Sebelum MAMEE- Mister Potato taja Manchester United, Genting Casinos telah menaja Aston Villa manakala Air Asia dan MAS Airlines pula menaja QPR.


Dengan penajaan ini iklan Mister Potato akan terpampang di papan iklan di Stadium Old Trafford ketika pasukan Manchester United beraksi. 


Secara peribadi memang bagus ada syarikat tempatan yang bercita-cita besar mahu meneroka pasaran global melalui penajaan dalam bidang sukan. Ini menunjukkan syarikat tempatan mempunyai sumber kewangan yang kukuh selain mahu menjadi peneraju utama dalam pasaran dunia.


Tetapi alangkah baiknya jika ada syarikat yang menaja kelab-kelab dan pertubuhan sukan tempatan. Memang di akui peminat dan pengikut kelab-kelab dan pertubuhan sukan tempatan hanyalah di peringkat domestik namun adalah penting untuk syarikat-syarikat ini untuk capture pasaran domestik terlebih dahulu sebelum ke peringkat global....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget