Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan Zed Zaidi (pelakon Sembilau Kasih) dan Natalia Halimatun Mustafa Kamal pada 29 April 2011 sama tarikh dengan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton. 


Mereka selamat diijabkabulkan kira-kira jam 8.35 malam di Restoran Felda D’Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

 
Menurut sumber, pihak pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM300 yang dibalas 9 dulang dari pihak perempuan.


Apa-apapun Selamat Pengantin Baru buat Zed Zaidi dan isteri, Natalia Halimatun Mustafa Kamal. Semoga pernikahan anda ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...


P/S : Ada orang tanya saya kenapa kerap buat cerita pasal orang kahwin. Sudah menunjukkan minat ke arah itu ke? Jawapan saya: Saya tak tahu nak tulis apa dah. So tulis tentang orang kahwin senang sikit...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~



Tanggal 29 April 2011 ini pasti tercatat dalam sejarah dunia apabila  di jangkakan 2 billion penonton akan menyaksikan perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton (The Royal Wedding : William & Kate) live dari London. 


Kali terakhir majlis perkahwinan besar-besaran keluarga di raja Britain ialah pada tahun 1981 iaitu perkahwinan antara Putera Charles dan Puteri Diana. 


 

Untuk rekod, Putera William mula jatuh hati pada Kate pada malam pertunjukan fesyen ketika putera raja itu berada pada semester kedua di Universiti St Andrews, Scotland pada 2001.


Selepas itu media seluruh dunia mengikuti perkembangan percintaan mereka berdua sehinggalah mereka bersetuju untuk berkahwin pada 29 April ini. 




Banyak acara yang akan diadakan sempena The Royal Wedding ini antaranya perarakan berkuda,  perarakan pengantin dari Gereja Westminster Abbey, pertunjukkan angkatan tentera udara Diraja dan banyak lagi.


Anda boleh tonton Majlis Perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton live di NTV dari 3pm-8pm, Astro TLC, www.youtube.com/theroyalchannel dan di Yahoo pada 29 April 2011 ini..




Oleh itu, jangan lupa saksikan Wedding of the Year ini. Memang rugi rasanya kalau terlepas menyaksikan detik yang bersejarah ini..,


P/S : Sementara kita tunggu siaran langsung di siarkan di TV dan internet apa kata kita layan Hypp TV dulu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



LATEST UPDATE


Real Madrid tumpas 0-2 ke atas Barcelona dalam perlawanan yamg penuh dengan kontroversi dan kekasaran. Kedua-dua gol Barcelona di jaringkan oleh Lionel Messi.


Pada separuh masa pertama, Barcelona menguasai perlawanan dengan ball possession 70-30 namun kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol.




Banyak kekasaran berlaku lalu memaksa pengadil memberi kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan. Kad merah dilayangkan kepada penjaga gol simpanan Barcelona, Jose Pinto yang mencetuskan perbalahan pada masa rehat.


Masuk separuh masa kedua, Pepe dilayangkan kad merah kerana mengasari Javier Mascherano pada minit ke 61.


Jose Mourinho bertindak mempertikaikan keputusan pengadil. Ekoran tindakan itu, beliau dihadiahkan kad merah lalu diarahkan duduk di bangku penonton.




Kekurangan seorang pemain tidak menghalang Real dari terus menyerang tetapi Barcelona menjaringkan gol dulu menerusi Lionel Messi yang menerima hantaran silan Ibrahim Affelay pada minit ke 83.
 

Sekali lagi Lionel Messi menjaringkan gol untuk mejadikan kedudukan 0-2 dengan menggelecek 3 pemain Real Madrid dari tengah padang lalu menewaskan Iker Casillas di gawang Real.




Kedudukan kekal sehingga tamat permainan. Ini bermakna Barcelona adalah calon layak ke perlawanan akhir. Real Madrid perlu menang 3-0 di Nou Camp jika berhajat ke perlawanan akhir di Wembley nanti...


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai peminat bolasepak tertunggu-tunggu keputusan Real Madrid VS Barcelona live separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 28 April 2011 ini kan.


Untuk rekod, Real Madrid dan Barcelona sudah bertembung sesama mereka 2 kali dalam tempoh 5 hari iaitu dalam saingan La Liga dan final Piala Raja Sepanyol.




Barcelona pastinya mahu membalas dendam atas kekalahan kepada Real Madrid dalam final Piala Copa Del Rey baru-baru ini di mana Cristiano Ronaldo menjaringkan gol  kemenangan dalam masa tambahan.


Jom kita lihat statistik pertembungan Real Madrid VS Barcelona ini :- 




Jurulatih Real Madrid pula, Jose Mourinho pernah membimbing Inter Milan menentang Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-Juara, tahun lalu sebelum membawa kelab Itali itu muncul juara. 


Jom kita lihat kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :-




Berdasarkan kesebelasan utama ini, Mourinho akan mengunakan khidmat Lassana Diarra di bahagian tengah, menggantikan Sami Khedira yang belum pulih daripada kecederaan.


Barcelona juga diramal menggunakan formasi biasa 4-3-3, selain meletakkan rangkaian Xavi, Andres Iniesta dan Lionel Messi untuk menggugat benteng lawan.




Apa-apa pun jangan lupa saksikan pertembungan El Clasico antara Real Madrid VS Barcelona UEFA Champions League semi final 1st Leg live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 a.m 28 April 2011.


Keputusan @ result perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Maskot Sukan SEA Indonesia 2011 : Biawak Komodo



Maskot Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November 2011 ini ialah biawak komodo yang di beri nama "Modo" (jantan) dan "Modi" (betina).


Menurut sumber, biawak komodo ini dipilih sejajar dengan usaha kerajaan Indonesia mahu melindungi spesies haiwan itu yang semakin berkurangan.


Inilah dia maskot Sukan SEA Indonesia 2011, Moda dan Modi :-




Modo dan Modi diperkenalkan kepada umum dalam 1 majlis bagi memulakan detik pengiraan 200 hari menjelang perasmian sukan serantau itu yang akan diadakan di Palembang.


Untuk makluman, komodo adalah spesies biawak terbesar di dunia. Ia hanya terdapat di kepulauan Komodo di Flore.


Apa-apapun jangan lupa beri sokongan kepada atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November 2011. Semoga atlet Malaysia membawa balik sebanyak mungkin pingat yang dipertandingkan..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



LATEST UPDATE


Keputusan perlawanan Schalke 04 VS Manchester United UEFA Champions League 1st Leg Semi Final 17 April 2011 menyaksikan Schalke tewas 0-2 kepada MU.


Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan untuk menjaringkan gol walaupun beberapa percubaan dilakukan menguji penjaga gol lawan.




Gol pembukaan hadir pada minit ke 67 menerusi Ryan Giggs yang menerima through pass dari Wayne Rooney lalu melorongkan bola di bawah kangkang Manuel Neuer.


Gol kedua menyusul pada minit ke 69. Kali ini giliran Wayne Rooney yang menerima through  pass dari Javier Hernandez lalu menjaringkan gol menjadikan keputusan 0-2.




Selepas gol kedua, MU di lihat mengendurkan asakan dan banyak bertahan. 2 jaringan itu kekal sehingga perlawanan tamat.


Ini bermakna MU sudah selangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung di Wembley, London. 


PREVIOUS ENTRY


Pasti peminat bolasepak tertunggu-tunggu keputusan perlawanan Schalke 04 VS Manchester United Separuh Akhir 1st Leg Liga Kuara-Juara Eropah 27 April 2011 ini kan. 


Schalke mengejutkan banyak pihak apabila melangkah ke saingan separuh akhir buat pertama kali dalam sejarah selepas me­nyingkirkan penyandang juara, Inter Milan di suku akhir.


Jom kita lihat statistik menarik untuk perlawanan ini :-




Pemain tumpuan dalam perlawanan ini ialah Raul Gonzalez (Schalke). Untuk rekod, pada tahun 2000, Raul yang mewakili Real pernah menyumbat 2 gol di Old Trafford untuk menyingkirkan MU.


Raul, 33 sudah mencipta 71 gol sepanjang penyertaan beliau dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.




Wayne Rooney pastinya menjadi tonggak MU untuk memenangi perlawanan ini. Rooney menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Chelsea pada perlawanan suku akhir di Stamford Bridge.


Oleh itu semua pemain Schalke tidak boleh membiarkan Wayne Rooney bergerak bebas pada pertembungan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang MU ini. 




Apa apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Schalke 04 VS Manchester United UEFAChampions League semi final 1st leg ini live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 pagi 27 April 2011.


Keputusan @ result perlawanan menarik ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

KFC Lunch Treats Dari Isnin Ke Ahad 12pm-3pm



Sekarang ini KFC dah ada KFC Lunch Treats setiap hari dari isnin ke ahad bermula dari jam 12pm hingga 3pm. Terdapat 3 set menu yang di tawarkan iaitu :- 

  • Set A (RM4.95) : Famous Bowl dan air berkabonat

  • Set B (RM 5.95) : Colonel Burger, Fun Fries dan air berkabonat

  •  Set C (RM 5.95) :  1 ketul ayam, nasi, coleslaw dan air berkabonat


Mungkin ada yang tak tahu apa tu famous bowl kan. Kalau Colonel Burger, Fun Fries dan Nasi Ayam tu ramai yang dah tahu.  




Inilah dia rupa Famous Bowl. Dalam bekas ini ada campuran ayam yang dipotong kecil, jagung dan kuah. Boleh tahan sedapnya. Saya bagi 7.5 out of 10.


Dengar cerita ramai yang complaint pasal Famous Bowl ni sebab dalam iklan bekas dia nampak besar tapi bila beli kecik je. Ada lah sama saiz dengan bekas Tau Foo Fah.




Bagus juga bila KFC ada buat KFC Lunch Treats ini. Boleh bersaing dengan McD Value Lunch. Kalau nak makan ayam datanglah ke KFC. Nak makan burger boleh datang ke McD...


Bagi yang berkerja tu kalau asyik-asyik makan nasi mamak je bila lunch hour apa kata sekali sekala trylah KFC Lunch Treats atau McD Value Lunch ini.Memang berbaloi..


P/S : Jangan lupa ada goverment tax 6% setiap kali anda beli dari KFC atau McD. Kalau harganya RM5.95 akan jadi RM6.30...

 
Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Our World, Their War



Bayangkan jika Deceptions yang di ketuai oleh Megatron mengancam keselamatan dunia dan seluruh penduduk bumi. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan orang yang anda sayangi?


Tentunya kita sebagai manusia kerdil tidak mampu menentang robot-robot ini. Sekali kena jentik terus mati. Tetapi bagaimana pula jika kita di kalangan Autobots? Bagaimana kita dapat menyelamatkan bumi? 


Jika saya ialah Optimus Prime, apa yang boleh saya lakukan untuk menentang Decepticons ialah dengan :- 

  • Menentang Decepticons dengan sedaya upaya biarkan nyawa terkorban demi menyelamatkan orang yang tersayang kerana inilah salah satu sifat keberanian Optimus Prime. (Optimus Prime telah terkorban ketika menyelamatkan Sam Witwicky dalam Revenge of The Fallen).

  • Sebagai ketua di kalangan Autobots, saya akan memimpin dan menaikkan semangat kesemua Autobots untuk berjuang habis-habisan kerana itulah tugas sebenar pemimpin (Dapat di lihat dalam Transformers 1 bagaimana Optimus Prime menaikkan semangat Autobots ketika peperangan berlaku).

  • Merancang strategi terbaik untuk menewaskan Decepticons. Dalam peperangan memiliki senjata tercanggih dan bala tentera yang ramai tidak akan bermakna jika tidak mempunyai strategi peperangan untuk menewaskan musuh.  

  • Berkerjasama dengan penduduk bumi untuk mencari titik kelemahan Decepticons. Kecanggihan sains teknologi hari ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu Optimus Prime dan rakan-rakan di medan perang.

  • Cuba mengumpan Decepticons untuk bertarung di planet yang tidak berpenghuni supaya tiada nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa kemusnahan. 



Sebenarnya itu hanyalah imiginasi saya semata-mata. Maklumlah filem Transformers 3 : Dark Of The Moon yang di bawakan oleh Ultimate Movie Card  (GSC- Eon Bank Credit Card) akan menyerang di pawagam seluruh Malaysia tak lama lagi.


Buat semua kaki wayang, anda perlu dapatkan GSC- Eon Bank Credit Card kerana anda akan mendapat keistimewaan seperti on da spot redemption, contest yang menarik, diskaun dan banyak lagi.




Anda layak untuk mendapat diskaun 10% jika anda membeli tiket GSC menggunakan GSC- Eon Bank Credit Card.


Memang berbaloi kan. Untuk makluman lanjut tentang Ultimate Movie Card anda boleh klik di sini GSC- Eon Bank Credit Card.


Apa-apapun jangan lupa saksikan Transformer 3 : Dark of The Moon di pawagam berdekatan dengan anda bermula 1 July 2011 ini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Youngman Artiga : Proton Satria Neo Di China 2011

(credit to Paultan)


Memperkenalkan inilah dia Youngman Artiga iaitu versi Proton Satria Neo yang di jual di China oleh  syarikat Youngman Automobile Group Ltd. 


Sebelum ini syarikat ini mengedar Proton Gen 2 di China yang di jenamakan semula sebagai EuropeStar.




Dapat di lihat beberapa perubahan ketara untuk model ini jika di bandingkan dengan Proton Satria Neo yang di jual di Malaysia. Banyak pengubahsuaian dilakukan dengan menggunakan Carbon Fibre.


Antara yang nampak ketara ialah pada bonet, side skirt, spoiler, grill, bumper hadapan dan juga belakang.




Untuk makluman, Youngman Artiga ini menggunakan enjinnya  yang dibekalkan dengan Supercharger, sama seperti Proton Lotus R3 Supercharged yang boleh menghasilkan 180 Kuasa kuda dan 200 Nm kuasa tork.




Ini pula ruang dalaman model ini. Permukaan dalamannya nampak ranggi dan sporty dengan gabungan warna hitam dan merah. Kerusi pemandu pula adalah di sebelah kiri.




Ini pula bahagian belakang model ini. Perubahan yang nampak ketara ialah pada bahagian ekzos dan spoiler yang berbeza dari Proton Satria Neo yang dijual di Malaysia.


Kalau nak tengok lagi gambar-gambar menarik model Youngman Artiga ini boleh lawat di blog Paultan ini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Lirik Lagu Stacy - Kisah Dongeng



Kali ini nak share dengan anda semua lirik lagu terbaru Stacy - Kisah Dongeng. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim (Edry KRU).


Biasanya Edry akan beri lagu berentak rancak kepada Stacy tapi kali ini lagu ini berentak balada. Mungkin Stacy nak buat pembaharuan barangkali.


Stacy - Kisah Dongeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini


...Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


 Lagu ini akan di mainkan di corong-corong radio sikit masa lagi.. Tunggu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Pada 22 April sehingga 1 May 2011 ini akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 bertempat di PWTC Kuala Lumpur dari 9 pagi ke 10 malam.


Ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan bagi membolehkan penerbit dan pengusaha buku tempatan dan luar negara mempromosikan judul-judul dan koleksi terbitan mereka kepada para pengunjung.




Pesta buku antarabangsa kali ke-30 ini telah diiktiraf sebagai pesta buku terbesar di negara ini dan antara yang terunggul di rantau ASEAN.


Tema yang dipilih bagi tahun 2011 ialah “Buku: Dunia Tanpa Sempadan” (“Books: World Without Borders”). Tema ini di pilih untuk  membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat khusus generasi muda.




Semua buku dalam pelbagai bidang ada di jual dan di pamer di sini. Anda juga boleh dapat harga diskaun jika membeli buku di sini nanti. 


Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).


Jika anda ada kelapangan, singgahlah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini yang berlangsung selama 10 hari ini. Bawa anak anda sekali semoga dapat menanamkan minat anak anda untuk membaca buku...


Velasrizal Rodriguez


ADIOS~~~



Keputusan @ result Real Madrid VS Barcelona live Final Copa Del Rey 21 April 2011 berpihak kepada Real Madrid yang menang 1-0 ke atas Barcelona dalam masa tambahan.


Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol. Walaubagaimanapun Barcelona banyak mendominasi permainan dengan hantaran pendek yang kemas.  




Pada separuh masa kedua, Barcelona berjaya menjaringkan gol menerusi david Villa namun gol itu tidak di sahkan kerana offside.


Semakin menghampiri penghujung 90 minit, permainan menjadi semakin tegang. Banyak kad kuning di layangkan kepada pemain Real Madrid dan sepakan percuma di berikan kepada Barcelona. 





Permainan di teruskan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol. Gol kemenangan Real Madrid dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo yang menanduk hantaran silang Angel Di Maria pada minit ke 102. 




Ketika Real kebal bertahan, Angel Di Maria di layangkan kad merah pada minit ke 120 kerana mengasari pemain lawan. Namun itu sudah terlambat menghalang Real Madrid muncul juara Copa Del Rey 2011.


Untuk rekod ini trofi pertama Real Madrid di bawah kendalian Jose Mourinho. Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011...


Velasrizal Rodriguez
 

Adios~~~~



Kalau anda seorang perempuan bujang yang mahu mencari bilik untuk di sewa di sekitar Kuala Lumpur, di Kondominium Putra Villa Taman Melati Gombak ada 1 bilik untuk di sewa.


Kawan saya memerlukan seorang roommate untuk master bedroom. Harganya ialah RM300 setiap bulan. Deposit pula 1+1+150 (untuk utilities).


Antara kemudahan yang di sediakan ialah kolam renang, gimnasium, kedai runcit, pengawal keselamatan 24 jam selain lokasi kondominium yang hanya 5 minit jalan kaki ke LRT Gombak. 




Bakal penyewa mestilah seorang yang pembersih, jujur dan bertanggungjawab. Lelaki, alkohol dan aktiviti jenayah adalah dilarang sama sekali di bawa masuk. 


Jika anda berminat untuk menyewa bilik ini dan anda memenuhi kriteria di atas, sila hubungi  atau SMS Fairuz Wahida di talian 0195776789. Kemasukan adalah pada bulan May 2011.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis memperkenalkan 10 peserta Imam Muda Astro Musim ke 2 (IM2) 2011  yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.


Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106). Jom kita berkenalan dengan peserta Imam Muda musim ke 2 (IM2) 2011 kali ini. 




SENARAI PESERTA IMAM MUDA MUSIM KEDUA :

  • Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum)
  • Mohd Azlan Zulkarnain,25, (jurutera) berasal dari Cheras Kuala Lumpur.
  • Mujahid Suhaimi ,20 bekas ahli gimnastik  (pelajar).Berasal dari Singapura.
  • Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa)
  • Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam)
  • Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (guru besar) berasal dari Segamat, Johor
  • Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (pensyarah) berasal  dari Air Tawar Perak
  • Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).   Berasal dari Kg.Rimba Brunei Darussalam
  • Ali  Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa)
  • Abdul Fattah Riddzwan, 21, (fasilitator).berasal dari Negeri sembilan.


Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion.


Jom kita berkenalan pula dengan pengetua dan tenaga pengajar Imam Muda 2 kali ini :- 




TENAGA PENGAJAR IMAM MUDA MUSIM KEDUA

  • Mudir Imam Muda 2 (Pengetua) : Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz
  • Senarai Mursyid Imam Muda 2 : Ustaz Ikmal Zaidi, Ustaz Tuan Asmawi,  Ustaz Izhar Ariff dan Ustaz  Zulkefli Hamat


Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama 4 tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.


Jangan lupa saksikan Kapsul Imam Muda pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar Imam Muda 2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 Apri 2011l) dan Medan Imam Muda 2 live (Jumaat, 9 malam).


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2011



Baru-baru ini sebuah laman web terkemuka iaitu Top Study Links telah mengeluarkan senarai ranking universiti terbaik seluruh dunia termasuklah universiti yang ada di Malaysia.


Jom kita terjah ranking universiti terbaik di Malaysia 2011.




Tidak di nyatakan pula ranking ini di keluarkan berdasarkan pencapaian akademi pelajar atau bardasarkan penyelidikan yang di jalankan oleh universiti.


Untuk melihat ranking universiti terbaik dunia pula boleh klik di sini Top Study Links


Sekurang-kurangnya dengan adanya ranking ini, mungkin boleh membantu pelajar lepasan SPM untuk memilih universiti atau kolej manakah yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget