Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Jadual Suku Akhir Piala Dunia 2010



Pusingan kedua Piala Dunia 2010 telah pun melabuhkan tirai. Daripada 16 pasukan kini tinggallah 8 pasukan terbaik yang kan memburu piala yang berprestij ini..


Dalam pusingan kedua ini, nama besar seperti England, USA dan Portugal telah pun teringkir. Mereka tewas kepada lawan yang jauh lebih hebat dari mereka.


Pusingan kedua ini telah menimbulkan kontroversi apabila pengadil tidak mengesahkan jaringan Frank Lampard (England) yang melepasi garisan gol dan membenarkan jaringan Carlos Tevez (Argentina) ketika pemain itu dalam posisi offside. 


 

Apa pun keputusan telah di buat oleh pengadil. Tahniah kepada yang layak ke pusingan suku akhir. Jom kita terjah jadual perlawanan suku akhir nanti :-






Perlawanan tumpuan suku akhir ini pastinya pertemuan Holland VS Brazil dan Argentina VS Jerman. Pastikan anda jangan terlepas menyaksikan perlawanan yang menarik ini.


Adios~~~



Angel Di Maria, 22, telah bersetuju menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan sekitar RM 98.7 juta (25 juta Euro) dan kontrak selama 6 tahun.


Bekas pemain sayap Benfica ini merupakan pemain pertama yang di bawa masuk oleh Jose Mourinho untuk menguatkan bahagian sayap kiri Real Madrid. 




Di Maria merupakan pemain terbaik Liga Portugal pada musim 2009 - 2010 yang pernah memenangi 2 kali kejuaraan Piala Liga Portugal dan Liga Portugal. Beliau juga pemenang pingat emas Olimpik bawah 20 tahun bersama Argentina. 


Sekarang ini Di Maria tengah berjuang bersama pasukan Argentina dalam Piala Dunia 2010. Mereka telah pun layak ke pusingan suku akhir dan akan menentang Jerman nanti.


Selamat Maju Jaya Angel Di Maria !


Adios~~~~

Peperiksaan Punca Tekanan ?



Sekarang ini sudah trend semakin ramai penduduk negara ini termasuk kanak-kanak dan remaja dikesan mengalami penyakit berkaitan psikiatri.


Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan sejak lima tahun lalu yang mendapati 11.2% penduduk berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah itu.


Salah satu punca kepada fenomena tersebut ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi golongan tersebut ketika menghadapi PEPERIKSAAN !




Berdasarkan kenyataan tersebut ada kaitan yang  mengaitkan peperiksaan sebagai punca tekanan kepada individu.


Ini kerana ada sesetengah pihak meletakkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.


Kegagalan dalam mencapai sesuatu target menyebabkan lahirnya perasaan kecewa dan membawa kepada kesan sampingan yang lain pula.




Bukan setakat budak-budak dan remaja, golongan dewasa pun selalu mengeluh bila perlu menghadapi peperiksaan, lebih-lebih lagi yang sudah agak berumur, tak pasal-pasal tekanan darah naik dan macam-macam penyakit lain muncul.


Namun begitu peperiksaan masih diperlukan dalam menilai keberkesanan sesuatu proses pembelajaran, kefahaman serta kemahiran seseorang pelajar atau pekerja dalam organisasi. 


Mungkin jugak satu kaedah lain perlu dikaji untuk menambahbaik sistem penilaian sesuatu perkara di dalam negara ni. Apakah agaknya cara dan kaedah yang paling sesuai untuk gantikan kaedah peperiksaan ni…


P/S: Patutlah ada cadangan mahu memansuhkan UPSR dan PMR... 


Adios~~~~

Hasil Terjahan Segmen Kenali Blogger !



Baru-baru ini blog Aku dan Sesuatu ini telah di terjah oleh Segmen kenali Blogger  yang dikelolakan oleh Sharinginfoz pada setiap hari ahad.


Dalam segmen itu, telah di nyatakan jumlah visitor semasa pada blog ini pada ketika artikel itu di tulis seperti gambar di bawah :-


 

Selepas beberapa jam segmen itu ke udara, jumlah visitor blog ini telah bertambah kepada :-


Inilah yang dikatakan impak orang lama yang dah banyak makan garam ! Terima kasih di ucapkan. 


Terima kasih juga kepada kepada mereka yang sudi menjadi followers blog ini. InsyaAllah aku akan menjadi follower anda pula sikit hari nanti. Tungguuu..


 Adios~~~

Jom Karaoke : Wali Band - Baik-Baik Sayang



Segmen Jom karaoke dah masuk minggu ke 2. Terasa cepat masa berlalu. Rasa baru semalam sahaja segmen ini diperkenalkan.


Terima kasih kepada NamaSayaNor  yang telah menyokong segmen Jom karaoke. NamaSayaNor juga telah meminta lagu Wali Band - Baik-Baik Sayang untuk di siarkan.


Demi menghargai sokongan beliau, pihak penerbit bersetuju menyiarkan lagu Wali Band - Baik-Baik sayang khas buat NamaSayaNor.


Jom karaoke lagu ini bersama-sama ok :-





Lirik :-



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang


Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku



Klik sini untuk download MP3 Wali Band - Baik-Baik Sayang


P/S : Jangan lupa request lagu permintaan anda. InsyaAllah permintaan anda akan ditunaikan pada hari ahad minggu seterusnya dan nama anda juga akan disiarkan di blog ini nanti..


Adios~~~

Jadual Pusingan Kedua Piala Dunia 2010



Sedar tidak sedar Piala Dunia 2010 sudah pun memasuki pusingan kedua. Pusingan kedua ini adalah 16 pasukan terakhir di mana pasukan yang tewas boleh terus pulang tanpa menunggu keputusan perlawanan lain. 


Italy dan Perancis adalah 2 nama besar yang gagal mara ke pusingan kedua. Ini sedikit sebanyak merencatkan keghairahan Piala Dunia kali ini di mana finalis edisi 2006 tercicir di peringkat kumpulan. 


Jom kita terjah jadual perlawanan untuk pusingan kedua :-






Antara perlawanan tumpuan pastinya perlawanan Sepanyol VS Portugal dan Jerman VS England.  Ini bermakna 2 pasukan pilihan pasti akan tercicir di pusingan kedua ini. 


Kemampuan pasukan kerdil juga tidak harus diperkecilkan. Uruguay, Paraguay dan USA di jangka akan mencipta kejutan layak ke pusingan suku akhir.


Jangan lupa saksikan perlawanan pusingan kedua ini yang menjanjikan kehangatan berterusan.. Teruskan sokong pasukan pilihan anda walaupan Malaysia tak layak ke Piala Dunia..


P/S : Berbangga dengan pengadil Malaysia yang layak ke Piala Dunia 2010, Sukbiddin Mohd Salleh


Adios~~~~



Umum mengetahui skandal terbesar yang melanda Indonesia sekarang ini yang melibatkan 3 nama besar dalam industri hiburan negara itu, Ariel PeterPORN, Luna Maya dan Cut Tari.


Skandal ini juga mendapat perhatian media antarabangsa. Baru-baru ini Ariel telah pun menyerah diri kepada pihak polis bagi membantu siasatan.


Jom kita terjah foto-foto Ariel ketika dalam tahanan pihak polis :-






Nama pun artis popular tentulah ramai banduan tumpang bergambar beramai-ramai. Tumpang glemer la katakan.


Pihak polis telah mengesahkan video klip itu adalah asli bukan 'video engineering' seperti yang di dakwa. Polis juga menjumpai video di mana Ariel 'beraksi' bersama  4 orang lelaki.


Kepada golongan artis atau ahli politik, ingat-ingatlah sebelum anda melakukan sesuatu yang 'bodoh'. Jika tersalah langkah buruk padahnya. Itulah harganya menjadi orang yang di kenali ramai..


Adios~~~~

Jersi Baru Arsenal Musim 2010 / 2011 !



Nampaknya kelab gergasi England, Arsenal telah pun melancarkan jersi baru mereka. Walaubagaimanapun ini adalah jersi kedua (away) mereka.


Jersi kedua ini gabungan warna kuning dan merah hati berserta jalur jarang di di bahagian dada. 


Jom kita terjah jersi ini dengan lebih dekat :-






Jersi ini menjadi jersi kedua rasmi manakala jersi berwarna dark blue pada musim lepas menjadi jersi ketiga The Gunners.


Jom kita terjah pula aksi pemain Arsenal mengayakan jersi baru ini:-






Secara peribadi memang cantik jersi ini. Nampak garang dari jauh dan dekat. Lagipun jarang pasukan bolasepak menggunakan kombinasi kuning dan merah hati.


Jersi ini sudah mula masuk pasaran. Kepada yang berminat mendapatkan jersi ini bolehlah klik di link ini http://onlinestore.arsenal.com/icat/replicakit


Semoga jersi baru ini dapat menguatkan semangat pemain Arsenal untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris..


Adios~~~~

10 Pemain Bintang Tidak Beraksi Di Piala Dunia 2010 !



Sekarang ini 1 dunia sudah di landa demam bolasepak Piala Dunia 2010. Dari kanak-kanak sehinggalah ahli parlimen, semuanya bercakap tentang Piala Dunia.


Antara topik utama mereka ialah pemain bintang yang akan menyerlah sepanjang kejohanan ini. 


Di sebalik ramalan pemain mana yang akan menyerlah, tahukan anda terdapat kira-kira 10 pemain berstatus bintang tidak beraksi untuk edisi Piala Dunia kali ini.


Jom kita terjah siapa mereka itu:-


1. David Beckham (England)


 

  • Bekas kapten England ini mengalami kecederaan ketika bermain untuk AC Milan musim lepas sekaligus meranapkan impiannya beraksi untuk Piala Dunia yang ke 4 bagi dirinya.   
  • Walau bagaimanapun beliau di bawa ke Afrika Selatan atas tiket jurulatih.

2. Ronaldinho (Brazil)



  • Bekas pemain terbaik dunia ini tidak di bawa ke Afrika Selatan atas alasan kemerosotan prestasi sejak akhir-akhir ini.
  • Antara punca kemerosotan prestasinya ialah gemar berfoya-foya dengan wanita.


3.  Micheal Ballack (Germany)




  • Beliau di landa kecederaan ketika  perlawanan final Piala FA 2009/2010, Chelsea VS Portsmouth. 
  • Memandangkan umurnya yang mencecah 30-an, ini bermakna beliau tiada peluang lagi untuk bermain di Piala Dunia.

4.  Rio Ferdinand (England)



  • Beliau di landa kecederaan ketika sesi latihan ketika baru beberapa hari tiba di Afrika Selatan.
  • Tempatnya di ganti oleh Micheal Dowson dan gelaran kapten terpaksa di lepaskan kepada Steven Gerrard.

5.   Zlatan Ibrahimovic (Sweden)



  • Penyerang prolifik Barcelona ini tersisih dari Piala Dunia bukan di sebabkan kecederaan tetapi kerana Sweden gagal layak ke Piala Dunia 2010. 

6. Micheal Owen (England)



  • Beliau pernah menjadi penyerang no 1 England suatu ketika dahulu.
  • Masih mempunyai penyudah yang tajam tapi kerap di landa kecederaan mengakibatkan beliau di ketepikan oleh Fabio Capello.

7. Nani (Portugal)



  • Pemain sayap Manchester United ini tersisih dari Piala Dunia akibat kecederaan.
  • Gandingan beliau bersama Cristiano Ronaldo di bahagian sayap selalu menjadi mimpi ngeri pasukan lawan.

8. Andrei Arshavin (Russia)




  • Senasib dengan Ibrahimovic di mana negara beliau juga gagal layak ke Piala Dunia 2010.
  • Pernah menjadi rebutan kelab utama Eropah selepas mempamerkan aksi memukau ketika Euro 2008. 

9. Ruud Van Nistelrooy (Holland)



  • Setelah gagal mendapat tempat di Real Madrid beliau berhijrah ke Hamburg dengan harapan akan mendapat tempat ke Piala Dunia.
  • Walaupun bermain baik untuk Hamburg, namun prestasi cemerlang Robin Van Persie, Arjen Robben dan Dirk Kuyt menutup peluang beliau ke Afrika Selatan.


10. Karim Benzema (Perancis)



  • Pernah di label sebagai penyerang generasi baru Perancis.
  • Prestasi turun naik di Real Madrid menyebabkan namanya disisih dari skuad Piala Dunia Perancis.


Semoga ini semua bukan petanda penamat karier mereka..


Adios~~~~




Mulai saat ini, setiap hari ahad akan di isytiharkan sebagai hari karaoke di blog ini. Oleh itu setiap hari ahad kita akan berkaraoke bersama-sama dengan video klip yang disediakan.


Sebagai permulaan, pemilihan lagu di pilih secara rambang oleh penerbit. Jika ada permintaan lagu dari blogger lain, InsyaAllah lagu itu akan di siarkan minggu hadapan.


Oleh itu sila tinggalkan permintaan anda di ruangan komen.


Lagu yang menjadi pilihan penerbit minggu ini ialah :-





Lirik:-


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku


Banyak kata
Yang tak mampu aku ungkapkan
Kepada dirimu


Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku


Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku


P/S :- Jangan lupa request permintaan anda, nama anda akan di siarkan di blog ini nanti. Jangan request lagu yang merepek repek ya seperti lagu Surti dan Tejo..


Adios~~~~

Calon Nama Anak Kucing Datuk Seri Najib !



Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan bagi anak kucing parsi berbulu jingga dan putih yang dibelinya baru-baru ini. 


Kepada yang mempunyai idea itu bolehlah kemukakan di dalam blog Datuk Seri Najib Tun Razak, www.1malaysia.com.my 


Jom kita terjah antara calon nama yang di cadangkan oleh segelintir rakyat Malaysia :-








Ini adalah sebahagian nama yang di cadangkan. Memang kelakar habis kan. Tapi kalau anda lihat di lowyat.net lagi teruk nama di cadangkan. Nak tahu apa tengoklah sendiri..


Kepada yang ada idea tu bolehlah cadangkan di blog Datuk Seri Najib. Tapi tak di nyatakan pula sama ada ada hadiah yang di tawarkan atau tidak...


Adios~~~~

Awek - Awek Piala Dunia 2010 !



Bukan sahaja pemain berstatus bintang menjadi tarikan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2010 ini tetapi juga awek - awek dari serata dunia yang menonton Piala Dunia edisi kali ini. 


Mereka ini hadir bagi menyokong pasukan negara mereka dengan harapan negara mereka mampu melangkah jauh. Namun mereka juga sebenarnya adalah tarikan setiap kali edisi Piala Dunia.


Jom kita terjah awek - awek dari pelbagai negara yang menyerikan kejohanan kali ini :-  



Argentina



Italy



Afrika Selatan



Denmark



England



Belanda



Australia



Brazil


Nampaknya sekarang ini semakin ramai perempuan minat menonton perlawanan bola sepak yang di dominasi oleh lelaki. 


Sekurang-kurangnya kalau perlawanan bola sepak hambar bolehlah tonton awek-awek ini kan. Berbaloi la juga  bayar tiket mahal - mahal..


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget