Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Terkini


Keputusan Malaysia VS Indonesia live final kedua (2nd Leg) AFF Piala Suzuki 2010 29 Dec 2010  di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta telah memihak kepada Indonesia yang menang 2-1 tetapi tewas secara aggregat kepada Malaysia 4-2.


Separuh masa pertama, Indonesia melancarkan serangan bertali arus namun Malaysia masih mampu bertahan. 


Peluang terbaik Indonesia hadir apabila di anugerahkan sepakan penalti namun Firman Butina gagal menewaskan Khairul Fahmi di gawang Malaysia.



Safee Sali muncul wira Malaysia apabila menjaringkan gol di separuh masa kedua apabila Malaysia melancarkan serangan balas pantas hasil hantaran Ashaari Shamsudin.


Indonesia yang tersentak dengan gol itu mebawa masuk Bambang Pamungkas untuk mencari 5 gol untuk menafikan aggregat 4-0 Malaysia. 




Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan  gol kedua hasil  jaringan Muhammad Ridhwan (m-88).


Walaupun berjaya menjaringkan 2 gol namun gagal menafikan aggregat gol iaitu 4-2. Safee Sali muncul sebagai penjaring gol terbanyak (5 gol)  manakala Firman Butina pula muncul sebagai Most Valuable Player (MVP).

 

Tahniah skuad Harimau muda yang muncul Juara AFF Piala Suzuki 2010. Semoga ini akan membawa sinar baru kepada bolasepak Malaysia.


Nak baca lagi tentang laporan penuh perlawanan ini boleh baca di blog SharingInfoz ini.


Previous Entry


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Malaysia VS Indonesia live final kedua (2nd Leg) AFF Piala Suzuki 2010 29 Dec 2010 dari Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.


Perlawanan ini akan di adakan pada pukul 8 malam 29 Dec 2010. Siaran langsung (live) boleh di tonton di RTM 1 dan AstroSuperSport Channel 813.




Inilah dia jalan utama ke Stadium Gelora Bung Karno yang di penuhi lautan manusia berpakaian merah berduyun-duyun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bersejarah ini. 




Nampaknya polis Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar stadium bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.


Peringatan supaya tidak membawa laser ke dalam stadium juga di maklumkan kepada penonton menerusi poster yang di gantung di luar stadium.




Skuad bola sepak Malaysia terpaksa berlatih di kawasan Hotel Sultan, di Jakarta selepas latihan di gelanggang asal dibatalkan kerana bimbang diganggu hampir 40,000 penyokong Indonesia. 


Di kawasan hotel penginapan, beberapa penonton mengejek pemain serta jurulatih dari luar pagar sambil membawa kain rentang. Antara kain rentang kelihatan melaungkan kata “Laser No...Football Yes” (Laser...Tidak), “Raja ‘Gombal’ pasti hancur”. 




Semoga anak buah k. Rajagopal akan menang lagi pada malam ini meskipun secara aggregat Malaysia sudah mendahui 3-0. Jangan lupa menyaksikan perlawanan secara langsung (live) di RTM 1 dan AstroSuperSport Channel 813.


Keputusan dan laporan penuh Malaysia VS Indonesia live final kedua (2nd Leg)  AFF Piala Suzuki 2010 akan di kemaskini di blog ini selepas tamat perlawanan..


Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

ejaMaria said...

huh... tak sabar nak tengok... semoga harimau malaya berjaya gempar malam ini...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget