Kalau anda ke Kuantan Pahang, memang tidak sah kalau anda tidak mengunjungi Teluk Cempedak. Selain pantainya yang bersih, keadaan persekitaran yang selesa menjadikannya sebagai lokasi pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Baru-baru ini aku berkesempatan ke Teluk Cempedak bersama rakan-rakan sekolah dahulu sempena perkahwinan sahabat kami di Paya Besar, Kuantan.
Di pantai ini, pelbagai kemudahan disediakan Antaranya menara tinjau, jambatan, surau, bilik mandi dan tandas, tembok pinggir pantai serta pentas utama untuk menjalankan apa sahaja aktiviti. Selain itu, tempat letak kereta yang luas dan selamat.
Tak ketinggalan restaurant makanan segera pun ada di sini seperti Mc Donald dan KFC so bab makan tiada masalah la. Siap dengan drive thru lagi tu.
Kat sini nak mandi pun tiada masalah. Airnya pun bersih. Memang ramai yang suka mandi di sini. Kalau air pasang pengunjung tak di galakkan untuk mandi dan bendera keselamatan akan di naikkan.
Maklumlah bila dah ramai-ramai ni tak sah kalau tak mandi laut. Apa lagi kami pun mandi la ramai-ramai di Teluk Cempedak ni.
Ini pula misi menangkap ketam batu yang banyak berkeliaran di permukaan batu besar ini.
Ini pula aksi berehat seketika kerana tertelan air laut. Baru tahu yang air laut itu masin. Sakit tekak di buatnya.
Bagi yang bujang mungkin anda suka berkhemah di tepi pantai. Tapi bagi anda yang berkeluarga, anda boleh menginap di chalet dan hotel yang di sediakan.
Memang seronok beristeri istirehat di Pantai Teluk Cempedak ini. Boleh lapangkan minda. Kalau boleh hendak bina rumah di tepi pantai. Jika anda ke Kuantan jangan lupa singgah di sini ya..
Adios~~~